NAJWAN | Diari Lelaki: 2015

Thursday, August 27, 2015

5 Cara Untuk Kejar Impian Bisnes Bagi 'Newbie'


Semua orang menginginkan impian mereka menjadi kenyataan. Dan anda juga pasti tidak terlepas daripadanya. Pernahkah anda merasakan yang diri anda akan berjaya suatu hari nanti? Adakah anda mempunyai kekuatan diri yang akan membantu anda untuk melakukan sesuatu yang besar dalam hidup anda? Apakah anda hanya perlukan sedikit masa sahaja lagi untuk buktikannya dan memastikan yang impian anda akan menjadi kenyataan?

Jika pernyataan ayat-ayat di atas ini menggambarkan diri anda, sebenarnya, anda sudah mempunyai sikap yang diperlukan untuk menjadi seorang yang berjaya! Tahniah!

Oleh sebab itu, saya ingin membantu anda dengan berkongsi mengenai 5 Cara Mudah Untuk Kecapi Impian Yang Mungkin Anda Belum Tahu.

1. "Fake it. You'll make it."

Ini adalah antara pepatah yang dibina berasaskan kajian sebenar, dan ianya sesuai untuk diaplikasi oleh mana-mana individu yang mahu berjaya. Jika sekarang anda masih belum berjaya, pura-pura dahulu, dan insyaAllah suatu masa nanti anda akan berjaya.

Pakar psikologi mengatakan bahawa apabila kita wujudkan 'rasa' mengenai sesuatu perkara, 'tindakan' kita akan memberi respon terhadapnya. Contoh mudahnya adalah seperti seukir senyuman. Senyuman bukan sahaja kesan daripada perasaan gembira. Tetapi dengan senyuman juga boleh membuatkan anda dan orang lain gembira.

Prinsip yang sama juga boleh diaplikasi dalam "fake it till you make it". Jika anda bertindak dengan cara yang tertentu, perasaan anda, emosi anda, tahap keyakinan diri anda akan terikut selari dengan tindakan anda. Lama-kelamaan, jika anda kerap berpura-pura bahawa anda seorang yang berjaya, insyaAllah tenaga dan keyakinan diri anda akan semakin bertambah dan kejayaan itu tidak mustahil akan hadir dalam diri anda.

2. Sentiasa yakin dengan diri. Tidak kira dalam apa-apa situasi yang berlaku.

Aset yang paling berharga dalam diri anda adalah 'keyakinan diri'. Tetapi, masalahnya, ianya sangatlah sukar untuk memaksa diri menjadi yakin tanpa mengira rasa was-was dan takut pada sesuatu. Ramai orang yang berjaya, pada waktu dahulunya mengalami sindrom rasa rendah diri yang lahir akibat daripada status dan pencapaian seseorang. Bila dia kenal orang yang rapat dengannya menjadi lebih berjaya daripada dia, perasaan negatif sebegini akan lahir.

Walaubagaimanapun, jangan risau. Perasaan tersebut adalah normal bagi setiap manusia. Persoalannya sekarang adalah, sama ada anda mahu teruskan dengan perasaan tersebut, atau anda mahu berubah jadi kuat, dan melawannya dengan keyakinan diri anda.

Saya sarankan kepada anda supaya yakinkan diri. Keyakinan diri ini boleh membantu adalah menyelesaikan segala masalah dalaman diri. Percayalah, semua orang suka dengan orang yang tinggi keyakinan diri ini.

3. Minta bantuan orang lain.

Orang yang bijak, dia tahu betapa tidak bijaknya dia. Sebab itu, orang yang bijak ini selalu meminta pertolongan daripada orang lain.

Antara sebab ramai orang di luar sana berjaya adalah bukan kerana mereka tahu semua benda, tetapi kerana mereka selalu minta tolong daripada orang lain. Mereka sering melakukan kerja secara berjemaah.

Ingat, mungkin dengan beraksi 'solo', anda boleh berjaya dengan pantas, tetapi jika anda beraksi secara berjemaah, insyaAllah anda boleh pergi jauh dengan lebih cergas.

4. Memilih dalam menentukan siapa yang anda mahu luangkan masa bersama. 

Orang yang berjaya tahu bagaimana untuk uruskan masa merka. Mereka mengibaratkan pengurusan masa mereka sama seperti pengurusan wang.

Oleh sebab itu, anda seharusnya meluangkan masa anda dengan orang boleh membuatkan diri anda menjadi semakin baik dari hari ke hari. Anda tidak seharusnya meluangkan masa ditempat yang anda dilihat sebagai orang yang paling bijak dan pandai. Anda sepatutnya meluangkan masa ditempat yang anda sentiasa dicabar, diasah bakat, dan disemai benih-benih positif.

Orang yang berjaya sangat suka luangkan masa dengan orang berjaya yang lain. Dan apabila tiba isu mengenai cara pengurusan masa yang betul, maka anda perlu membuat keputusan yang tepat.

5. Ambil risiko.

Orang yang berjaya bijak mengambil risiko dalam hidup mereka. Rahsia untuk menjadi pengurus risiko yang hebat adalah dengan mula mengambil risiko. Ianya kelihatan mudah, tetapi, ia adalah benar. Anda tidak akan tahu kesan tentang apa-apa risiko jika anda tidak mahu mula untuk mengambilnya.

Mulakan dengan mengambil risiko yang kecil dahulu. Jika dalam pelaburan, jangan terus melabur semua modal anda. Buat kecil-kecilan dahulu. Cari risiko yang kecil, yang tidak menyebabkan rugi yang besar.

Cuba ambil risiko dengan yakin pada diri anda. Ianya sangat membuahkan hasil & pengalaman yang bermakna.

Giliran Anda

Jadi, untuk berjaya ini sebenarnya tiada penghalang. Penghalang utama untuk mengecapi kejayaan adalah diri anda sendiri. Sama ada anda mahu berubah menjadi baik, ataupun teruskan dengan diri anda yang sekarang.

Ingat, penentu masa depan kita, adalah diri kita sendiri. Bukannya orang lain.

Wednesday, July 29, 2015

5 Jenis Artikel Yang Menarik Minat Pembaca Di Facebook


Sebelum anda mula menulis artikel atau post di Facebook anda, tidak kiralah di Facebook Profile atau Facebook Page, anda haruslah tentukan fokus tulisan anda dahulu. Apa yang anda mahu kongsikan dan sampaikan kepada pembaca pada hari ini?

Di sini kami akan kongsikan 5 jenis artikel atau genre penulisan yang ramai pengguna Facebook suka baca di media sosial mereka.

1. Artikel yang apabila pembaca baca, tulisan itu sepertinya memang dituju khusus kepada hidup mereka, perasaan mereka, keinginan, dan keperluan mereka.

Biasanya, artikel seperti ini menceritakan perihal keluarga, cinta, pengalaman jatuh naik individu, dan sebagainya. Artikel yang menceritakan sesuatu yang juga pernah terjadi kepada pembaca. Artikel seperti ini amat diminati dan jika memang pembaca boleh menyelami setiap bait perkataan artikel tersebut, ada kemungkinan yang tinggi, artikel itu akan VIRAL di media sosial pembaca.

2. Artikel yang menceritakan sesuatu yang menarik, seperti informasi santai yang mudah difahami.

Contoh mudahnya adalah artikel yang menyentuh perihal tip-tip pelancongan, memasak, menjimatkan wang, dan sebagainya. Artikel yang menyediakan informasi yang menarik dan ringkas. Walaupun ringkas, tetapi informasinya itu boleh digunapakai dan realistik. Bukannya informasi yang hanya sedap mata membaca sahaja.

3. Artikel mengenai individu yang berjaya.

Ini adalah antara jenis artikel yang sering mendapat perhatian ramai. Di dunia ini, semua orang mencari-cari sumber motivasi. Dan antara salah satu untuk terus kekal bermotivasi adalah dengan membaca kisah-kisah inspirasi individu yang sudah berjaya. Sudah banyak kisah-kisah seperti ini diterbitkan di laman sesawang. Anda juga boleh baca artikel sebegini di tab Kisah Inspirasi yang ada di laman sesawang SifufbAds.

4. Artikel mengenai informasi penting, seperti berita terkini dan sebagainya.

Pernahkah anda melayari Facebook dan ternampak orang 'share' artikel daripada mana-mana berita semasa? Pasti anda rasa ingin klik pada link artikel itu kan? Sememangnya lumrah manusia ingin tahu perkara yang terjadi disekeliling mereka. Berita kematian, berita politik, berita gadget, dan sebagainya. Tidak dapat tidak, informasi sebegitu adalah perkara yang sering mendapat sambutan daripada pembaca media sosial.

5. Artikel yang menjawab persoalan-persoalan yang ada dalam kepala pembaca. 

Ini adalah merupakan contoh artikel yang menyelesaikan masalah pembaca. Mudah sahaja untuk menerbitkan artikel sebegini. Cuba anda fikirkan apa masalah yang sering berlaku kepada manusia? Paling kurang pun, dalam sehari itu, apa masalah yang anda hadapi? Dan apabila anda sudah kenali masalah tersebut, cuba anda cari solusinya dahulu di carian Google, dan seterusnya berkongsi solusi tersebut di Facebook. Untuk lebih 'advance', anda kongsikanlah tip-tip yang memang anda rasa orang lain perlu tahu. Contohnya, tip untuk tingkatkan jualan di Facebook dalam masa sehari. Yang penting, pastikan informasi tersebut benar dan boleh dilakukan oleh orang ramai.

Giliran Anda

Baiklah, banyak lagi sebenarnya jenis-jenis artikel yang pembaca suka baca. Tidak mengapa, kita kenal sikit-sikit dahulu dan praktikkan mana yang boleh kita lakukan sekarang. Semoga bermanfaat untuk kita sama-sama cakna.

Monday, June 8, 2015

"Happyness"

Bismillah...

Assalamualaikum... Sihat? 

Senyum, senyum selalu,
Senyum, senyum denganku,
Tiada seindah senyuman.

Mesti ramai nak gembira kan? Sebenarnya jika mahu gembira, mudah sahaja. Anda tidak perlu pun keluarkan wang dan enjoy sorang-sorang, anda juga tidak perlu kahwin dengan artis jika mahu gembira. Jadi bagaimana? Begini.

Wednesday, June 3, 2015

Impromptu

Bismillah...

Sebagaimana tajuk di atas, tulisan ini spontan sahaja. Tiada asas dalam menulis tulisan ini. Gambar pun malas nak upload. Haha. Random.

Di sini aku nak terus terang. Sebenarnya, aku bosan dengan ayat puitis-puitis ni. Contoh :

"Lihatlah awan... Cakaplah dengan langit... Boraklah dengan hujan... Lunchlah bersama Pokok..."

Aku rasa macam,  "ape ke bende lah ko nak borak dengan benda alah macam tu? ..duhhh..." (sapu tudung atas bahu)..eh?

Tuesday, May 26, 2015

Potret - Mengenali Diri


0650

Entah mengapa aku tiba-tiba berminat ingin mendengar lagu melayu bertajuk 'Potret' yang dinyanyikan Akim AF & The Majistret. Kisahnya, semalam aku terdengar lagu ini didendangkan oleh seorang kawan di ruang Instagram. Setelah lama dihalakan telinga kepada lagu ini, sedap juga rupanya. Tambahan pula, memang suara kawan aku itu sedap pun. Jadi tidak kisahlah aku pun turut rasa mahu 'nyanyi'.

Friday, May 22, 2015

Cerita Semalam

romantik? Haha... (tak da perasaan)~~

Seronok melihat pasangan sedondon yang diberi nama Menara Berkembar Petronas ini. Berdiri sama tinggi, rupanya indah membuatkan ramai iri hati, pinggangnya ramping bagai mawar berduri. Cukup-cukup indah rupanya hidup berpasang-pasangan dan berfamili.

Seperti biasa, aku mengeluarkan peluh di petang hari. Menikmati nikmat tubuh badan yang masih digelar rezeki, sebelum ianya lumpuh dijengah mati.

Teman Rapat

"...perjalanan hidup itu indah jika kita meletakkan semua pengharapan kepada Allah."

14 April 2015

Tepat jam 11.45 malam, aku duduk di penjuru kiri meja makan di dapur rumah ku. Bukan menanti makan malam dihidangkan, tetapi mengambil masa untuk bersendirian. Berbekalkan potongan buah pie, aku mengunyah sambil menulis apa yang terlintas di hati. Oh ya, menulis ini juga merupakan cara untuk aku "berbual" dengan sahabat paling rapat dengan aku ; diri aku sendiri.

Wednesday, April 1, 2015

Cinta Subuh


Assalamualaikum. Sudah lama berhenti menulis di blog. Hari ini, rasa teruja mahu menulis. Bukan sebab GST dilaksanakan pada hari ini. Tetapi ragam manusia yang ku hadapi. Baik. Ringkas sahaja ceritanya.

Tuesday, February 3, 2015

Sehari Bersama Cinta

gambar macam biasa, tak da kaitan. hoho!
Assalamualaikum... Sihat?

Didoakan kita sentiasa berada dalam rahmat & hidayah Allah SWT. Apa khabar antum? LOLs.

Awwoooo! Awwoooo! Awwoooooo!! <--- bunyi serigala sempena @bigbadwolf yang berlangsung sekarang di Mines. Jadi, sesiapa yang suka buku, jom berkejaran ke sana laju-laju!

Guys, semalam aku balik rumah semata-mata nak main boling dengan adik-beradik aku.

Sunday, February 1, 2015

Sepetang Di Tasik Cinta


eh, ni la tempat aku lepak tadi.. luls
Assalamualaikum cinta (^_^)... eh?

Sihat? Lama tak merapu kat sini ye chuolls. Okeh, straight to the point. InsyaAllah tak lama kalian baca bebelan suci saya.

Petang tadi, ditengah redupnya awan mengelilingi mentari, aku mengambil inisiatif nak menceriakan jiwa yang tengah berhabuk asyik duk lepak depan laptop saja. So, tup tup tup,

Thursday, January 22, 2015

Berani Tetapi Bertangguh

*gambar hiasan tanpa ada kaitan*
Assalamualaikum, apa khabar geng? Amacam bro? Amacam sistah? Wat's up brotha? Hello sistah? Hoho! Sentiasa didoakan agar kalian berada dibawah payungan rahmat Allah S.W.T. dan selawatlah kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. (selawat ke atas baginda).

Awak, pertama sekali, saya nak bagitahu awak yang

Saya Rindu Awak

Assalamualaikum kalam pemula,
Kepada rakan nun jauh di sana,
Apa khabar kalian teman semua?
Moga sentiasa dirahmati Yang Esa.

Haiii... Tinggal lagi 2 hari untuk 'birthday boy' sorang ni (yeayy..!). Dan lagi 3 hari untuk aku teruskan perjalanan ke taman budi. Dah tak lama duduk kat rumah. At least, rumah dah okay sikit-sikit. Pintu dah tukar, dapur dah kemas, dan semalam beli rak besi baru sebab mak dah 'merajuk' dengan rak kayu tu semua. Haha. (dengan perabot pun boleh merajuk.. >___<).

Tuesday, January 20, 2015

Sapu-Sapu Blog

ekceli...gambar ni tak da motif pun letak. so abaikan~

Assalamualaikum. Sihat? It's been awhile I didn't jot down anything in this succulent blog yet not edible. Haha *merepek*... Anyway, it's good to be here again.

Just nak share, saya dah tukar server (Summoners War) daripada Global Server ke Asia Server tadi. Yeay!! Excited dowh. Mesti tak ramai main game ni kan? Foine!