NAJWAN | Diari Lelaki: Sehari Bersama Cinta

Tuesday, February 3, 2015

Sehari Bersama Cinta

gambar macam biasa, tak da kaitan. hoho!
Assalamualaikum... Sihat?

Didoakan kita sentiasa berada dalam rahmat & hidayah Allah SWT. Apa khabar antum? LOLs.

Awwoooo! Awwoooo! Awwoooooo!! <--- bunyi serigala sempena @bigbadwolf yang berlangsung sekarang di Mines. Jadi, sesiapa yang suka buku, jom berkejaran ke sana laju-laju!

Guys, semalam aku balik rumah semata-mata nak main boling dengan adik-beradik aku.
Haha. Jam 1 bertolak, sampai sana jam 3 petang. Sampai-sampai rumah terus aku ikut diorang pergi shopping complex kat sana. Agak produktif kan hidup aku? luls.

Macam biasa, keputusannya, aku tak kalah & tak menang. Haruslah kan, baling pun masuk longkang. Nak try baling bola pusing ke kanan, tapi ke kiri dia pergi. Susah nak faham benda bulat ni. Oleh itu, aku cipta perumpamaan sendiri semalam, 'bola boling itu ibarat wanita'. Faham? Buat-buat faham jelah ya chuools. By the way, semalam 2nd time kot aku main benda alah bulat tu. So, no wonder la asyik ke lubang longkang. Hoho!

Ha, aku ingat selesai kat situ saja lepas habis main boling, last-last abang aku ajak pula kami mengembara di pengembaraan 6D. Yes, first time juga aku cuba benda tu. Mula-mula rasa macam, mehh...puii...pfftt... Bila dah rasa benda tu, best lah juga. Mungkin sebab kami ramai so boleh menjerit merapu-rapu. Kejap, korang tahu kan benda alah 6D ni? lebih kurang 3D tu lah rasanya. Kita duduk atas kerusi dan kita tengok skrin besar tu, ibarat yang kita ni memang mengembaralah. Semalam kami pilih pengembaraan naik roller coster. Agak poyo, tapi best lah juga nak menggedik & merapatkan ukhwah kat tempat macam tu. LOL!

Okey done! But, benda yang paling aku suka semalam adalah..... jeng jeng jeng... Semua tu abang aku yang support + bayarkan. So aku macam free rider saja. Hoho! Seronok tak terkata lah bila dapat benda free. Yang tak seronoknya bila dapat penyepak free ja. >__<

Sekarang aku dah sampai Yuyaiyei yang yizlumic. Bertolak tadi jam 10pagi lebih dan sampai jam 12 lebih. So, memang tak sampai 24 jam aku kat rumah. It's okay saja. At least berkumpul juga seluruh family satu hari. Bersyukur pada Allah. Alhamdulillah, wa syukru lillah, bersyukur.. pada Mu Ya Allah <--- menyanyi lagu Opick. Leuls.

Selesai, didoakan kalian berada dalam keadaan sihat & sentiasa bertaqwa kepada Allah. Istighfar & selawat :)

p/s : next post aku nak tulis pasal wanita idaman lak. Hoho! *mood miang*

"Kasihlah kepada saudara mu seperti kasihmu pada diri sendiri."

No comments: