Sunday, December 1, 2013
10 Cara Untuk Pastikan Kita GAGAL
1 - Biarkan 'ketakutan' menyelubungi diri dan menghalang kita daripada melakukan sesuatu yang baru. Buat sesuatu yang baru itu menakutkan.
2 - Jangan bertanya dan meminta pertolongan daripada sesiapa. Mereka semua bukannya betul sangat pun. Kita tidak perlukan mereka semua kerana pendapat kita pasti betul.
3 - Sentiasalah berfikir 'semua perkara baru pasti tidak akan membuahkan hasil', dan jangan fikir 'bagaimana jika kita cuba perkara yang sedikit berlainan'.
4 - Risaukanlah apa orang fikir. Tiada yang lebih penting daripada apa yang orang akan kata kepada kita, lebih-lebih lagi orang yang kita tidak kenal.
5 - Selalu bergaul dengan orang yang sering mengadu domba dan asyik memberi kritikan tanpa solusi. Mereka ini selalunya betul.
6 - Fahamilah bahawa kita ini hanya bernasib baik jika berjaya. Kerja keras hanya untuk pekerja, bukannya kita. Kita ini ketua, jadinya kita tidak perlu bekerja keras.
7 - Setiap kali kita hadapi cabaran dan halangan, pastikan kita berhenti.
8 - Biarkan perasaan was-was dan ragu-ragu pada diri kita jadi pilihan utama. Berasa yakin diri itu terlalu merepek.
9 - Jadilah seperti orang biasa, jangan lakukan perkara baru yang bukan-bukan. Orang lain pun selalu bertindak biasa-biasa, jadi, pasti itu sesuatu yang baik.
10 - Jangan sesekali ambil tindakan jika ada idea baru, kerana jika idea itu bagus, kita pasti perlu bekerja keras.
Langkah tambahan PERCUMA - Dalam masa 10 saat kita jumpa orang yang tidak kita kenali, pastikan kita terus jual dakwah kita. Pasti usaha kita itu membuatkan mereka gembira dan rasa dihargai.
Labels:
Bisnes
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment