NAJWAN | Diari Lelaki: 5 Cara Untuk Kejar Impian Bisnes Bagi 'Newbie'

Thursday, August 27, 2015

5 Cara Untuk Kejar Impian Bisnes Bagi 'Newbie'


Semua orang menginginkan impian mereka menjadi kenyataan. Dan anda juga pasti tidak terlepas daripadanya. Pernahkah anda merasakan yang diri anda akan berjaya suatu hari nanti? Adakah anda mempunyai kekuatan diri yang akan membantu anda untuk melakukan sesuatu yang besar dalam hidup anda? Apakah anda hanya perlukan sedikit masa sahaja lagi untuk buktikannya dan memastikan yang impian anda akan menjadi kenyataan?

Jika pernyataan ayat-ayat di atas ini menggambarkan diri anda, sebenarnya, anda sudah mempunyai sikap yang diperlukan untuk menjadi seorang yang berjaya! Tahniah!

Oleh sebab itu, saya ingin membantu anda dengan berkongsi mengenai 5 Cara Mudah Untuk Kecapi Impian Yang Mungkin Anda Belum Tahu.

1. "Fake it. You'll make it."

Ini adalah antara pepatah yang dibina berasaskan kajian sebenar, dan ianya sesuai untuk diaplikasi oleh mana-mana individu yang mahu berjaya. Jika sekarang anda masih belum berjaya, pura-pura dahulu, dan insyaAllah suatu masa nanti anda akan berjaya.

Pakar psikologi mengatakan bahawa apabila kita wujudkan 'rasa' mengenai sesuatu perkara, 'tindakan' kita akan memberi respon terhadapnya. Contoh mudahnya adalah seperti seukir senyuman. Senyuman bukan sahaja kesan daripada perasaan gembira. Tetapi dengan senyuman juga boleh membuatkan anda dan orang lain gembira.

Prinsip yang sama juga boleh diaplikasi dalam "fake it till you make it". Jika anda bertindak dengan cara yang tertentu, perasaan anda, emosi anda, tahap keyakinan diri anda akan terikut selari dengan tindakan anda. Lama-kelamaan, jika anda kerap berpura-pura bahawa anda seorang yang berjaya, insyaAllah tenaga dan keyakinan diri anda akan semakin bertambah dan kejayaan itu tidak mustahil akan hadir dalam diri anda.

2. Sentiasa yakin dengan diri. Tidak kira dalam apa-apa situasi yang berlaku.

Aset yang paling berharga dalam diri anda adalah 'keyakinan diri'. Tetapi, masalahnya, ianya sangatlah sukar untuk memaksa diri menjadi yakin tanpa mengira rasa was-was dan takut pada sesuatu. Ramai orang yang berjaya, pada waktu dahulunya mengalami sindrom rasa rendah diri yang lahir akibat daripada status dan pencapaian seseorang. Bila dia kenal orang yang rapat dengannya menjadi lebih berjaya daripada dia, perasaan negatif sebegini akan lahir.

Walaubagaimanapun, jangan risau. Perasaan tersebut adalah normal bagi setiap manusia. Persoalannya sekarang adalah, sama ada anda mahu teruskan dengan perasaan tersebut, atau anda mahu berubah jadi kuat, dan melawannya dengan keyakinan diri anda.

Saya sarankan kepada anda supaya yakinkan diri. Keyakinan diri ini boleh membantu adalah menyelesaikan segala masalah dalaman diri. Percayalah, semua orang suka dengan orang yang tinggi keyakinan diri ini.

3. Minta bantuan orang lain.

Orang yang bijak, dia tahu betapa tidak bijaknya dia. Sebab itu, orang yang bijak ini selalu meminta pertolongan daripada orang lain.

Antara sebab ramai orang di luar sana berjaya adalah bukan kerana mereka tahu semua benda, tetapi kerana mereka selalu minta tolong daripada orang lain. Mereka sering melakukan kerja secara berjemaah.

Ingat, mungkin dengan beraksi 'solo', anda boleh berjaya dengan pantas, tetapi jika anda beraksi secara berjemaah, insyaAllah anda boleh pergi jauh dengan lebih cergas.

4. Memilih dalam menentukan siapa yang anda mahu luangkan masa bersama. 

Orang yang berjaya tahu bagaimana untuk uruskan masa merka. Mereka mengibaratkan pengurusan masa mereka sama seperti pengurusan wang.

Oleh sebab itu, anda seharusnya meluangkan masa anda dengan orang boleh membuatkan diri anda menjadi semakin baik dari hari ke hari. Anda tidak seharusnya meluangkan masa ditempat yang anda dilihat sebagai orang yang paling bijak dan pandai. Anda sepatutnya meluangkan masa ditempat yang anda sentiasa dicabar, diasah bakat, dan disemai benih-benih positif.

Orang yang berjaya sangat suka luangkan masa dengan orang berjaya yang lain. Dan apabila tiba isu mengenai cara pengurusan masa yang betul, maka anda perlu membuat keputusan yang tepat.

5. Ambil risiko.

Orang yang berjaya bijak mengambil risiko dalam hidup mereka. Rahsia untuk menjadi pengurus risiko yang hebat adalah dengan mula mengambil risiko. Ianya kelihatan mudah, tetapi, ia adalah benar. Anda tidak akan tahu kesan tentang apa-apa risiko jika anda tidak mahu mula untuk mengambilnya.

Mulakan dengan mengambil risiko yang kecil dahulu. Jika dalam pelaburan, jangan terus melabur semua modal anda. Buat kecil-kecilan dahulu. Cari risiko yang kecil, yang tidak menyebabkan rugi yang besar.

Cuba ambil risiko dengan yakin pada diri anda. Ianya sangat membuahkan hasil & pengalaman yang bermakna.

Giliran Anda

Jadi, untuk berjaya ini sebenarnya tiada penghalang. Penghalang utama untuk mengecapi kejayaan adalah diri anda sendiri. Sama ada anda mahu berubah menjadi baik, ataupun teruskan dengan diri anda yang sekarang.

Ingat, penentu masa depan kita, adalah diri kita sendiri. Bukannya orang lain.

1 comment:

valorylarossa said...

Tithole - Titanium Price Per ounce - Tioga.com
This sale titanium teeth includes two Tithole Tithole Tithole Oils titanium jewelry for piercings and a 3 Piece keith titanium Triton, including a steel bottle. titanium (iv) oxide You can also buy chi titanium flat iron Tithole Oils for