NAJWAN | Diari Lelaki: About Me

About Me


Nama saya Najwan (haii), dan saya suka aiskrim vanila. Fokus utama menulis di blog ini untuk berkongsi idea dan minat dalam sesuatu bidang, terutama dalam bisnes & penulisan. I am free to share everything with you. :)

Page ini baru sahaja diubah mengikut citarasa 'baru'.

K.I.S.S : Keep It Simple & Short.

Senang dan tidak ada bau-bauan, nyanyi-nyanyian dan iklan yang amat mengganggu ketenteraman awam. Bagi 'programmer' di luar sana, saya ini masih baru belajar bab blog-blog ni, jadi, minta beri tunjuk ajar ya.

2011

Saya mula cuba luangkan masa dengan menulis. Blog ini pun saya jadikan medium utama untuk berkongsi mengenai pengalaman dan apa-apa perkongsian yang ada. Dari hari ke hari, mula menulis serba sedikit tip-tip dan cerita dongeng yang pernah dilalui selama hidup di dunia.


2012

Mood menulis naik turun kerana kemalasan yang melampau dan tidak pandai guna blog. Walaubagaimanapun, menulis merupakan salah satu cara untuk memuaskan diri. Kini aktif menulis di Facebook. Akaun Twitter baru dibuka dan pasif sejak dibuka. Ha.

2013

It's me. Still me.

2014

Cuba untuk terus aktif dalam menulis blog. Suka berada dalam kelompok yang ramai. Especially kelompok yang gila-gila sebab idea secara tak langsung akan tersebar luas. Suka mencuba sesuatu yang baru. Perkara yang kebiasannya orang "tua" akan marah, perkara itulah yang paling saya suka buat.

Masa saya senang 're-schedule' jika mahu jumpa orang-orang penting. It's my life anyway.

InsyaAllah blog ini akan sentiasa aktif ... dalam masa terdekat ini.

2015

Tahun baru, azam baru. Saya gabungkan blog ini perkongsian berupa santai dan bisnes. Boleh pilih mahu baca yang mana.

Nice to meet you..
                                                                                                                                 - NAJWAN -

No comments: