NAJWAN | Diari Lelaki: Keluarga Dan Cinta

Sunday, December 28, 2014

Keluarga Dan Cinta

family aku, saudara, dan nenek (wan) yang terlibat dengan banjir ;)

Assalamualaikum. Sihat? Aku penat bercampur puas. Sudah 2 hari aku tidak bertemu air suci. Cuma bertentang mata dikala wudhu' dan memberus gigi. Itulah lumrah kehidupan insan-insan yang diuji. Maka, bertasbih lah kepada Ilahi. Tiada yang lebih mengetahui perkara ghaib kecuali Dia Yang Maha Mengetahui.

Menjadi mangsa banjir selama 2 hari setengah amat menyeronokkan.
Berada bersama komuniti kampung, tidur di dalam kelas di sekolah menengah. Berukhwah bersama jiran dan saudara sekampung. Cukup seronok. Perkara yang baru mungkin. InsyaAllah akan ku kenang sampai bila-bila.

Tiada sebab lain kecuali kerana kedua ibu bapa ku, aku pulang ke Pahang bersama adik beradik ku yang lain. Puas bertentang mata dengan mereka, memeluk erat tubuh tua, menikmati masa terluang selagi ada. Alhamdulillah. Hanya padaMu aku memuji.

27/12/2014

Tengah pagi, antara jam 12 - 1 pagi, aku selamat sampai ke pusat mangsa banjir dipindahkan. Di sana, aku bersua dahulu dengan ayah saudara ku. Seusai sesi bersalaman selesai, aku ternampak kelibat ibu ku. Jerit kecil hati ku, "Ibu!", aku terus bersalam sambil memeluk beliau. Rindu, bukan kerana banjir, bukan kerana rumah kami bakal ditenggelami arus bah, tetapi rindu kerana di ibu ku.

Kami meneruskan langkah ke bilik yang ditempatkan keluarga kami, aku nampak ayah dan ibu saudara ku. Ku salam keduanya. Ya, ibu saudara itu adik kepada ayah ku, jadi wajar aku berakhlak pada beliau. Selesai sesi 'greeting', aku, abang, abang ipar, dan saudara ku bersetuju untuk melihat sendiri keadaan kampung kami. Rumah kami. Halaman tempat kami bermain dikala kecil. Baiklah, 2 buah kereta menuju ke lokasi kejadian.

Dalam 6 minit perjalanan, kami menjejakkan kaki ke destinasi yang dituju. Di bahagian hadapan sudah dinaiki air, jadi kami mengambil jalan belakang untuk ke rumah. Sebelum tiba ke rumah, kami perlu 'mengaruk' air di belakang kerana air bah dibelakang sudah pun memenuhi jalan untuk ke rumah kami.

Selang beberapa minit, kami sampai sebenar-benar sampai di halaman rumah kami. Iya, air sudah melimpah dihadapan rumah. Rumah saudara ku sudah pun ampuh. Kini, tinggal rumah aku dan nenek ku. Aku menuju ke rumah, aku membuka kunci pintu, dan pada saat aku membuka sahaja pintu rumah, sayu hati ku melihat barang-barang yang dikemas rapi.

"Terima kasih ibu & ayah kerana bersusah payah mengemas semua ini."

Aku sedih, mengapa aku tidak turun bersama? Kuat sungguh kudrat kalian berdua. Aku masih ingat, ibu ku sentiasa memuji kekuatan ku tika mana beliau bergusti tangan dengan ku. Tetapi, aku lemah sebenarnya. Ibu ku lagi besar kudratnya daripada ku. Nah, buktinya di depan mata. Kerusi diangkat atas meja, tilam disorok atas almari, dan pelbagai lagi. Kagum, aku sungguh kagum. Tiada apa yang aku boleh lakukan selain berdoa agar kalian berdoa dimasukkan ke dalam syurga yang kekal abadi. Amin.

Seusai mengemas sedikit barang keperluan untuk dibawa ke pusat pemindahan, kami merenung sejenak dihadapan air bah yang berada tidak sampai sekaki daripada kami. Aku pasti masing-masing punya monolog sendiri berkaitan ujian hebat daripada Allah ini.

Pada tengah pagi itu juga, aku tidak dapat tidur malam. Entah kenapa. Seronok sangat mungkin? Aku pun tidak mengerti. Yang pasti, aku tidak berjaya melelapkan mata. Aku habiskan masa itu dengan whatsapp rakan-rakan dan update twitter sahaja. Haha. Sungguh tak produktif hidup ku~

Pagi itu, selepas subuh, aku dan saudara ku pergi meninjau lokasi di mana kawasan sekeliling kampung kami yang mengalami ujian yang sama. Agak teruk keadaannya. Mengikut pengalaman orang tua disini, inilah bah yang paling teruk selepas tragedi banjir pada tahun 1971. Bagi ku, tidak apa, tiada masalah langsung. Ini baru sedikit sahaja kuasa yang ditunjukkan Allah. Aku tidak keluh, aku tahu ada hikmah yang ingin diberikan. Tunggu dan lihat.

28/12/2014

Hari ini. Aku sudah pulang. Pulang ke taman budi dan ilmu, UIAM. Ya, sebentar sahaja aku di sana. Melempias rindu kepada kedua ibu bapa. Syukur alhamdulillah. Mood exam kembali menerajui diri. Aku akan cuba yang terbaik, walaupun hari ini hari pertama aku membuka buku. Haha. Sekali lagi, tak produktif sungguh. Dulu aku mereput, kini aku melukut. EH?

Baiklah, akhirnya, pesan aku, jika ada peluang, pulanglah. Pulang bertemu mata dengan ibu bapa di sana. Mereka sebenarnya mengharapkan kita menemani mereka. Berhubunglah dengan mereka. Mereka hanya punya kita sebagai warisan. Mereka di sana, bersusah payah mengemas diri, berkorban keselesaan tempat tinggal, namun, mereka masih mempunyai masa menyalurkan wang kepada kita, bertanya keadaan diri kita, dan pada masa yang sama, apa yang tergerak dalam hati kita? Adakah mengingati manusia yang kita cintai? BF atau GF? Gadget?

Sudah-sudahlah teman. Kembalikan kasih sayang mu pada mereka. Kembalikan semula. Agar hati sewaktu kita kecil, mampu berhubung dengan mereka semula. Hati si anak kecil yang tiada cinta lain selain cinta mereka berdua. :)

"Taatilah ibu bapa dalam perkara kebaikan."

2 comments:

Ana AuNi said...

Lorh...adik ijat ke? Haha..

Najwan Shaharum said...

Eh tak lah... Sepupu.. Hoho! Kenal ke?