NAJWAN | Diari Lelaki: Rindu : Dia & dia

Tuesday, December 23, 2014

Rindu : Dia & dia


Gelora jiwa entah mengapa,
Adakah kerana kehilangan si dia?
Bukan! Aku tahu apa sebabnya,
Aku jauh daripada Dia,
Apa pula beza antara dia & Dia?


Sekian lama aku mendiamkan diri daripada menulis. Aku tahu tiada siapa pun yang membaca karangan ku ini. Biarkanlah. Cukup sahaja aku yang menjadi pengarang, dan aku juga yang girang membaca apa yang dikarang. Itu sudah cukup baik buat ku. Jam menunjukkan jam 4.16 pagi, aku masih lagi di sini, di hadapan komputer riba, menaip kata-kata yang kekal di tapak tulisan ku ini.
Entah mengapa, aku rasa sungguh sunyi. Sunyi yang membawa diri aku untuk menulis pada pagi ini. Tiada teman, tiada gelak tawa, tiada gurau senda, tiada segalanya. Adakah aku ini yang anti-sosial? Nah, mustahil!

Adakah ini balasan kerana aku tidak menghargai orang disekeliling aku? Hmm, mungkin. Apapun,
jawapan itu sebenarnya ada, cuma mungkin aku yang buta untuk menilai.

Kadang-kadang aku terfikir, hubungan aku dengan kawan-kawan adakah dalam keadaan yang baik? Entah. Sekali lagi 'entah' aku berikan. Aku tak tahu. Aku cuba untuk menjadi yang terbaik. Jika tersalah cara, ampunkan ku. Tegurlah mana yang perlu. Aku rela ditusuk kata-kata pedih, daripada
menerima azab yang pedih di sana nanti.

Aku pernah ditanya satu soalan. Soalan yang aku jangka, serba sebanyak merubah tindakan ku sejak ianya ditujukan kepada ku dahulu. Bilakah soalan itu disoal kepada ku? Dulu. Lama dahulu. Titik tolak yang merubah diri ini hingga sekarang.

"Kau memang layan perempuan lagi baik daripada lelaki ke?"

Kaku, dan sentap juga aku ketika ditujukan persoalan ni. Aku masih ingat, aku hanya tersenyum tika soalan ini berlegar di dalam pemikiran ku. Aku tiada jawapan yang tepat. Benarkah aku begitu? Mungkin ya. Aku ada zaman silam yang teruk. Ibarat sampah. Tetapi, usah berhenti membersihkan diri. Sampah itu boleh dikitar semula menjadi bahan berguna. Sentiasa beri peluang kepada diri kita. Jangan putus asa.

Sejak daripada persoalan itu, aku mula mengorak langkah baru. Lelaki aku tegur seelok dan sesesuai yang mungkin, perempuan yang tiada kaitan dengan ku, akan ku cuba untuk tidak terlalu mesra. Oh, ibu dan saudara mara ku dikecualikan. Mereka itu wajar dihormati dan berakhlak dengan mereka. Nanti! Aku tidak bermaksud untuk mengatakan yang aku tidak menghormati wanita selain daripada saudara mara ku.

Aku hormat mereka. Cuma, mungkin aku cuba untuk tidak menanam rasa 'terlalu selesa & terlalu baik' dengan mereka. Aku risau. Aku takut. Aku ini manusia lemah. Aku cukup mudah rasa sayang kepada manusia. Tak kira lelaki atau wanita. Mereka itu juga manusia, mereka ada hati. Aku juga ada hati. Jadi wajarlah hati ini berkomunikasi dengan hati yang lain. Jika boleh, aku ingin menolong segala benda, tetapi dek kerana bukan semua perkara dibawah kudrat ku, aku cuba untuk menolong satu persatu. Tiadalah kudrat manusia itu menandingi kuasa Allah Yang Esa.

2 minggu lepas, aku mendengar perkhabaran berita tingkah laku ku ini juga dilakukan oleh seorang yang berilmu. Bukan ustaz, bukan ulama. Seorang yang biasa-biasa sahaja. Tetapi dia disanjung anak muridnya. Tingkah laku yang bagaimana? Jika datang kepada mu wanita yang tiada hubungan dengan kamu, jangan kamu layan mereka seperti mana mahram mu. Berakhlak, jangan melalak. Berbudi, jangan berkelahi.

Oh, sungguh jauh aku daripada pesanan yang terakhir itu. Sudah-sudahlah dengan pengalaman yang lepas. Aku serik dengan kesan 'berakhlak dan berbudi' itu. Bolehkah aku berlaku kasar? Bukankah aku tidak mahu terlalu baik dan selesa dengan mereka?

Jika itu jawapan ku, sesungguhnya aku masih tidak faham sebab dan kenapa Allah mengutuskan Rasul-Nya di alam ini. Baiklah. Aku tahu. Aku akan cuba. Aku juga akur aku terkadang terlepas pandang pesanan tersebut. Aku cuba untuk terus konsisten.

Oh lupa pula. Yang bertanyakan soalan di atas itu sebenarnya, 'dia' itu tidak asing dengan aku. Malah, begitu rapat. Itulah 'diri' aku yang sentiasa bersama tika mana aku senang dan susah. 'DIa' sentiasa menyoal perbuatan aku. "Mengapa begini, mengapa begitu". Terkadang aku mampu menjawabnya, terkadang tidak. Apapun, aku bersyukur kerana Allah berikan 'dia' dalam hidup ku. Terima kasih.

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." :)

p/s : gambar tak dak kaitan yes? ahahaa :P (form 5, main golf, LOL)

No comments: