NAJWAN | Diari Lelaki: Pilihan Hidup

Tuesday, February 4, 2014

Pilihan Hidup



Assalamualaikum wahai sahabat-sahabat yang dikasihi Allah. Ingat lagi tak ni nak lawat blog aku? (>_<)v.. InsyaAllah akan ku doakan aku dan kalian semua agar diampun dosa oleh Allah dan kita sama-sama mendapat rahmat Allah di dunia dan di akhirat.

Hari ni macam biasa, berpagi-pagi aku bangun, berbekalkan hati semurni embun pagi (cewaahh!), menulis sepucuk surat untuk kalian. Bacalah...


Dear Tipah Tertipu,

ALASAN MENGAPA ASYIK MENGARUT BILA MENULIS BLOG

Surat ini bertujuan untuk menyatakan pendirian mengapa saya selalu merepek niyang rapik apabila menulis blog. Sebabnya ialah.......

(jangan kata kau orang terpedaya dengan adegan mengarut aku pagi ni sudah~~...)

Okai, (serius) berbalik semula kepada tajuk asal post untuk kali ni. Untuk makluman u'olls, malam semalam aku ada perjumpaan dengan kawan-kawan. Awal semester, biasalah untuk kami ada perjumpaan. Jadinya, masa perjumpaan tu, adalah seorang sahabat yang aku sangat kagumi dengan ilmu beliau dan cara penyampaian beliau. Amat bernilai permata-permata berharga yang boleh dikutip daripada penyampaian beliau.

Beliau menyentuh perkara yang boleh dikira dasar dalam rutin seharian manusia. Beliau ada bacakan hadis (tapi aku lupa la apa matan hadisnya.. wuwuwu.. T_T). Cuma, aku teringat terjemahannya je. Jom baca sama-sama (^,^)

“Datang kepada ku Jibril, katanya : Ya Muhammad, hiduplah kau di dunia ini sekehendak engkau, maka kau akan mati, dan kasihlah engkau sekehendak engkau, maka engkau akan bercerai/berpisah dengannya, dan beramallah sekehendak engkau, maka engkau akan menerima balasannya dan ketahuilah engkau bahawa kemuliaan mukmin itu mendirikan ibadah ditengah-tengah malam.....''

- Riwayat Al-Baihaqi daripada Jabir - 

Rasa teruja tak? Teruja tak? Haa... alhamdulillah.. (^__________^). Walaubagaimanapun, ada banyak riwayat yang lebih kurang macam di atas. Tapi, apapun kita ambil mana yang baik ya. Fokus aku mendengar penjelasan dan huraian hadis ini daripada beliau semalam. Aku angguk-angguk tanda patuh, membenarkan isi-isi yang beliau utarakan (korang mesti ingat aku angguk-angguk geleng-geleng ni kan? aduiii~..apapuntakbolehla =..= ).

Okai, antara isi yang beliau kongsikan semalam, apapun perkara yang kita buat, mesti kena ada matlamat atau sebab yang satu, iaitu Lillahita'ala (kerana Allah). Dalam kata lain, tajdid niat (perbaharui niat). Contohnya macam belajar, memasak, menangis, menulis, dan sebagainya. Mesti nak kena ada niat kan? Baru kita dapat pahala (kalau amalan tu tidak bercanggah dengan syarak la syaratnya..hehe..). Senang cerita semua benda lah. Best kan kalau macam tu?

Dan juga, beliau tekankan kepada mahasiswa secara khusus agar tidak terpesong niat asal untuk belajar. Kita belajar untuk apa? Pointer atau kerana Allah? Okai, memang lah kita nak pointer tinggi dan redha Allah, tetapi, antara dua-dua ni tak boleh seimbang, mesti kena ada salah satu yang lebih. Dan sepatutnya, kita lebihkan lah pada niat kita belajar kerana Allah. Wasilahnya (jalannya) adalah melalui belajar itu sendiri. Iaitu menaikkan pointer. Jadi, kalau dapat keputusan yang lain daripada yang lain, tidak la rasa down sangat, sebab kita dah buat yang terbaik dan kita yakin bahawa pasti ada hikmah disebalik sesuatu. Allah kan menguji hambaNya mengikut kemampuan kita. Kan? (aku tetiba rasa macam aku syok sendiri je nih~..)

Ha, yang sebenarnya benda ni senang je. Kalau nak tengok kita ni belajar kerana Allah atau pointer, kita tengok bila kita dapat keputusan (ayyokk). Kalau ada yang rasa putus asa, atau tidak dapat terima hakikat tu, atau apa-apa jela, .. tu pasti ada yang tak kena. Walaubagaimanapun, manusia tidak dapat dipisahkan dengan emosi. Jadi, wajarlah beremosi kalau dapat keputusan yang 'so-so'. Dan, yang paling penting, waktu tu kita muhasabah la diri, adakah betul niat kita selama ni. Adakah gigih usaha aku? Belajar untuk pointer atau Allah? :)

Dan timbul pula isu, 'apa aku nak sumbang pada islam kalau pointer aku so-so macam tu'? Pagi esok pula aku tulis benda ni. Aku rasa macam panjang dan banyak je kalau nak tulis mengenai persoalan di atas. Macam panjang je, macam banyak je, macam comel je, macam cantik je <---ok yang ni aku dah melebih XD~

Oitt geng! Aku ni tak marah tau. Kau orang jangan ingat aku ni macam best sangat. Aku ni nak berkongsi je. Kalau kau orang  nak melenting, kau orang melenting kat sahabat aku yang bagi ucapan masa perjumpaan kita orang semalam (homaigod! kalau dia baca post aku ni, mahu aku kena penyepak Ronaldo sat g -__-).

Okai, point utama untuk post aku kali ni adalah lebih pada niat kita. Ingatlah, kita hidup bukan berseorangan. Maksud aku kat sini, bukan kita tidak hidup berseorangan sebab kita dikelilingi orang yang ada dalam rumah kita, atau manusia yang ada di dalam bumi ini, TETAPI, lebih kepada 2 malaikat yang sentiasa bersama kita, iaitu Raqib & 'Atid. Dan sudah pasti, Allah sentiasa bersama kita. Innallaha ma'ana (sesungguhnya Allah bersama kita). :)

Jadi, usah takut usah gentar. Hidup di dunia pasti ada cabaran. Percaya dengan diri kita, jangan terlalu terikut kata orang. Use our instinct (guna kata hati/naluri kita). Bergembiralah dalam dunia ini dengan berlandaskan hukum Allah.

Okai, selesai untuk hari ni. Sampai jumpa lagi esok hari insyaAllah. Berpagi-pagilah dengan selawat dan tahmid. Jom selawat dan istighfar :)

No comments: