NAJWAN | Diari Lelaki: Indah Hidup Bersahabat

Sunday, February 16, 2014

Indah Hidup Bersahabat



Assalamualaikum. Sihat? Lama sudah tidak 'update' blog (bajet macam orang lain suruh kau update sangat~). Aku kira labah-labah dah nak mula buat jaringan perumahan mereka di laman ini. Syiioohh~ Jangan kau berani bertapak di medan untuk aku melontarkan persoalan dan pandangan wahai labah-labah.(>_<)


Penat selama 3 hari menghadiri program tidak dapat melawan penat lelah pejuang agama Allah di luar sana. Allah, masih banyak perlu aku perbaiki. Masih banyak benda yang perlu aku lalui. Oleh itu, teruskan mencari pengalaman. Tidak ada kapasiti atau penanda aras tahap pengalaman seseorang itu. Jadi, mari berusaha mencari pengalaman secara terus menerus. Jangan hanya dengan perbalahan idea menyebabkan kita bermasam muka dalam berorganisasi.

Aku Budak Baru Belajar

Aku tahu aku masih menyusu dan memerlukan dodolan sahabat-sahabat untuk terus konsisten dalam mengejar kebaikan. Yang paling utama, doa-doa insan berharga disekeliling agar nikmat agung iman dan islam tidak hilang meninggalkan aku. Semoga Allah tunjukkan yang haq dan batil kepada kita semua.

Ada orang kata,

'Macam kau banyak sangat ilmu nak cakap macam-macam.'

'(banyak 'macam' kau ea? Haha)

'Aku tidak kata aku banyak ilmu, aku tahu aku lah yang paling tidak punya apa-apa di dunia ini. Tetapi salahkah untuk aku menyampaikan apa yang aku tahu. Jika salah silalah tegur. Itu gunanya hidup bersahabat. Bukannya bersahabat dengan menyatakan pendirian 'sarcastic' dalam berhujah. Cakap bab agama dan perjuangan, tetapi tidak menyokong sahabat-sahabat lain untuk terus berada dalam medan yang sebenar.

Mengapa masih pertikai sesuatu yang sudah kita tahu akan faedahnya? Salahkah kita berkongsi untuk manfaat bersama?' Persoalan yang sering bermain di minda. Harap aku dijauhkan daripada diuji Allah mengenai perkara ini.

Tarbiyyah Semasa

3 hari berprogram banyak mengimbau memori pahit manis bersama sahabat. Sesungguhnya tarbiyyah Allah itu ada di mana-mana sahaja. Walaupun tidak cukup tidur (ekceli, curi-curi jugak tidur..wkwkw..:P ), dan juga diuji dengan ketiadaan sumber asas kehidupan manusia seperti air, makanan dan sebagainya, hal ini sangat mengajar kita erti sabar.

Walaupun begitu, bukanlah aku orang yang sabar tersebut (air tak ada kot, so, terpaksalah berhijrah ke stesen petrol..ahah..^_^). Tetapi, sahabat-sahabat lain yang amat konsisten dalam perjuangan. Mereka mementingkan perkara yang utama. Allah, kerdilnya diri ini. Masih banyak yang perlu aku lalui dalam dunia, lubuk ujian untuk manusia.

Indah hidup bersahabat kerana Allah. Ada yang memberi kata-kata galakan, ada yang menyokong dengan senyuman dan ada juga yang sering mencari kesalahan. Bagus!

'Eh, mengapa bagus pula oit?'

Iyalah. Sebabnya... pasti sukar untuk kita mengetahui apa kesalahan dan kekurangan yang ada dalam diri. Jadi, antara wasilahnya ialah, Allah kurniakan sahabat yang sebegitu untuk menjadi penanda aras agar kita terus melakukan perubahan ke arah kebaikan. Jangan salahkan mereka, malah berterima kasihlah. Kerana teguran itulah yang akan membina kita menjadi seorang insan yang lebih baik dari hari ke hari.

Lagi elok kalau bagi hadiah pada mereka. Tetapi.... kui3 :P..

Ok lah. Maghrib sudah menyapa. Awan mendung sudah bereselindung kelam disebalik kegelapan malam. Ku akhiri tulisan ini dengan ribuan kemaafan jika terdapat salah dan silap dalam tutur kata dan ayat-ayat yang diutarakan.

Terima kasih kerana membaca, dan teruskan berjuang kerana Allah. Ingat, jom selalu istighfar dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. :)

1 comment:

haleenieybiz4ever said...

salam
nak joint sy tak buat bizz stem cell, bukan jual brg tp jual marketing plan. boleh pm saya 0172663132