NAJWAN | Diari Lelaki: Impromptu

Wednesday, June 3, 2015

Impromptu

Bismillah...

Sebagaimana tajuk di atas, tulisan ini spontan sahaja. Tiada asas dalam menulis tulisan ini. Gambar pun malas nak upload. Haha. Random.

Di sini aku nak terus terang. Sebenarnya, aku bosan dengan ayat puitis-puitis ni. Contoh :

"Lihatlah awan... Cakaplah dengan langit... Boraklah dengan hujan... Lunchlah bersama Pokok..."

Aku rasa macam,  "ape ke bende lah ko nak borak dengan benda alah macam tu? ..duhhh..." (sapu tudung atas bahu)..eh?


Haha. Merepek apa entah aku.

Eh, aku gelak sorang sahaja ni rasa. Nevermind. Baik.

Begini, aku tadi pergi UIA (sekarang pun masih di sini), tempat yang mana aku dah duduk nearly 5 tahun dan akan sambung lagi about approximately 3 years (dah kenapa rojak habis bahasa, nampak dek editor mau dia banned terus aku).

Al kisah, aku ada janji nak berkongsi sesuatu dengan seorang insan ini. Janji dibuat 3 atau 4 hari sebelum hari ini. Tup tap tup tap, sampai lah pada hari yang dijanjikan iaitu 3 Jun 2015. Perkara yang dijanjikan atau ditentukan itu sangat detail, macam biasa, aku suka benda yang detail so senang hidup.

+ 3 Jun 2015,
+ 11.30 pagi,
+ Tempat sekian-sekian,

Apa yang terjadi tadi ialah, 2 perkara di atas tu ditepati. Malangnya, tempat tu pula last minute cancel. Aku ni kan cerewet sikit (kahkah), aku memang nak tempat yang dijanjikan tersebut, jadi aku tak layanlah nak toleransi bagai tukar tempat last minute ni. Lagipun, agak lama tempoh perjanjian tersebut, jadi tak rasa sangat banyak alasan ke tukar tempat last minute? Persiapan boleh buat awal-awal kot.

"Ala kau strict sangat. Benda boleh setel."

Kau nak setel, kau pergi jumpa orang lain. Aku kalau kau nak slow talk, sori naik lori. Kalau benda tu reasonable aku boleh terima, benda simple macam tu, em.... sorry ok.

Jadi apa yang aku dapat daripada situ adalah sikap kurang serius dalam melakukan sesuatu. Ada tempat kita kena ambil serius, ada tempat boleh main-main. Dan untuk membezakan 2 benda ni pun, kena pandai. Jangan ingat kita sesama kawan, benda professional pun kita nak main-main. Cannot like that la bruhh... Kan?

So, last-last, aku cancel kan sahaja. Aku tak nak kata yang aku susah-susah datang daripada Australia ke UIA untuk penuhi janji tu, which is sangat tak bagus kita ungkit apa yang kita buat, kononnya kita lah yang paling banyak berkorban. No, its not good. (ni contoh ja, aku kat melesia lagi ni).

Dalam situasi ni, aku anggap sebagai professional relationship lah. So, aku deal macam tu. Kalau nak ajak sembang kedai kopi, aku boleh jadi lain. Ikut situasi. Aku tak tahu la korang faham tak apa aku tulis. Haha.

*krikkk.. krikkk.... krikkk...*

Jadi, begitulah ceritanya. Pesanan aku untuk sesama kita yang muda mudi comel lote ni, aku buat dalam bentuk poin kat bawah, jom tengok ....

+ Kalau berjanji, make sure apa yang dijanjikan itu sebijik dengan apa yang terjadi. Kalau tak jadi tu akibat daripada natural disaster atau act of God, its ok. Tapi kalau benda boleh plan awal, tapi tak plan, itu masalah.

+ Be professional. Simple. Ini kau dah umur 100 tahun pun masih bicara soal hati, nak emo sana sini, terasa bagai nak rak, perli sadis-sadis, lantak kau lah. Kesian kau hidup penuh benda macam ni je. Sedar sikit yang orang kat luar sana tu umur baru 21 tahun dah invent benda yang berguna untuk seluruh dunia. Keluar sikit daripada kepompong selesa tu.

+ Cari bahan ilmiah atau bahan berbentuk pengalaman yang bervariasi. Maksudnya, kalau kau ni kos totok agama saja, cari bahan lain berbentuk barat pula. Pelbagaikan cabang ilmu. Katanya pendakwah (eh?). Takkan nak dakwah anak usrah je kot (eh? lagi). Setiap bahan itu ada kelebihan masing-masing. Kalau yang liberal sangat tu, pergi baca Muqaddimah tulisan Ibn Khaldoon sana. Bising memekak nak gaduh pasal khilaf.

+ Sentiasa berdamping dengan orang yang elok-elok. Maksud aku orang yang bagus. Nak tengok orang yang bagus ni agak subjektif. Aku pun tak tahu nak bagi guide macam mana. Tapi aku tahula kalau aku sendiri nak pilih orang nya. Ok, mudahnya mungkin begini, kalau dah orang tu depan-depan mengutuk ko, mengumpat pula kat belakang, aku rasa elok jauhkanlah. Sebab kebarangkalian untuk kau jadi macam dia tu, sangat TINGGI.

+ Kehkeh, banyak pula. Ok, ni last. Just be yourself. Jangan terlampau ikut apa orang cakap kat kita. In fact, tak ada siapa yang percaya kat kita. Contoh, kita nak naik moto masa kecil, konfem mak ayah tak kasi. Mungkin sebab diorang sayang kita tak nak sakit. But, kenapa sekarang mereka kasi pula? Sebab kepercayaan diorang hadir bila kita dah besar. So, bukan sebab kita, tapi sebab umur. Aku dulu naik motor secara haram je, mak ayah tak bagi, aku redah. HAHAHA. Anak derhaka ke agaknya? Nauzubillah... Aku tak nak pengaruh korang yang jangan percaya kat mak ayah. Bukan tu poin aku woi. Poin aku, kalau bukan kau yang percaya pada diri kau, siapa lagi? Persoalan untuk kau fikirkan.

Baik, beres. Panjang juga aku mengarut pagi ni. Selesa juga tulis bentuk tulisan santai tak berformat dan berfokuskan tatabahasa yang tepat. Haha. Apapun, aku doakan kalian agar sentiasa dipermudah urusan oleh Allah.

Sampai jumpa lagi. Assalamualaikum....

No comments: