NAJWAN | Diari Lelaki: "Happyness"

Monday, June 8, 2015

"Happyness"

Bismillah...

Assalamualaikum... Sihat? 

Senyum, senyum selalu,
Senyum, senyum denganku,
Tiada seindah senyuman.

Mesti ramai nak gembira kan? Sebenarnya jika mahu gembira, mudah sahaja. Anda tidak perlu pun keluarkan wang dan enjoy sorang-sorang, anda juga tidak perlu kahwin dengan artis jika mahu gembira. Jadi bagaimana? Begini.

Anda hanya perlu wujudkan mindset yang keadaan anda sekarang ini sudah selesa & mencukupi. Itu sahaja. Kuasa syukur. Dan untuk lebih bagus, anda gunakan apa yang anda ada untuk memudahkan urusan orang lain. Boleh jadi dalam bentuk wang, makanan, motosikal, kereta, dan sebagainya. Banyak cabang-cabangnya. 

Eh, mengapa jika ingin bahagia, kita kena mudahkan urusan orang?

Senang sahaja. Baik, cuba anda bayangkan, anda berada di dalam kesusahan. Anda sedang kelaparan. Anda tidak ada wang untuk mengisi perut anda. Dan ditakdirkan Allah, ada seorang hamba Allah memberi makanan, dan wang kepada anda. Apa perasaan anda waktu tersebut? Adakah anda gembira? Adakah anda merasakan seperti ingin sangat membalas jasa dia 100 kali ganda? Apapun, pasti perkara yang baik-baik sahaja yang anda fikirkan ketika itu kan?

Ha, begitulah sifirnya. Biasanya, orang yang kita tolong, mereka insyaAllah akan mendoakan kita. Jadi, usah takut bersedekah dan menolong muslim yang lain. Ingat, rezeki itu milik Allah. Bukannya kerja kita, bukannya bos, bukannya mak ayah. Allah Maha Pemberi Rezeki. Mudah bukan jika kita hanya meletakkan pergantungan hidup dan rezeki kepada Allah?

So, itu sahaja. Ringkasnya, jika anda mahu gembira, anda perlu sentiasa bersyukur dan sentiasa rasa diri anda cukup. Di samping itu juga, anda perlulah memudahkan dan membantu urusan manusia lain. Serius, anda insyaAllah akan puas menolong orang lain. Yang penting, niat anda haruslah ditetapkan kerana Allah.


No comments: