NAJWAN | Diari Lelaki: December 2014

Sunday, December 28, 2014

Keluarga Dan Cinta

family aku, saudara, dan nenek (wan) yang terlibat dengan banjir ;)

Assalamualaikum. Sihat? Aku penat bercampur puas. Sudah 2 hari aku tidak bertemu air suci. Cuma bertentang mata dikala wudhu' dan memberus gigi. Itulah lumrah kehidupan insan-insan yang diuji. Maka, bertasbih lah kepada Ilahi. Tiada yang lebih mengetahui perkara ghaib kecuali Dia Yang Maha Mengetahui.

Menjadi mangsa banjir selama 2 hari setengah amat menyeronokkan.

Friday, December 26, 2014

Dunia & Keluarga

my house is just behind the Temerloh sign

26 Disember 2014

Aku masih disini, mereput di dalam bilik. Mengelamun mengimbau detik dan tika mana mereka dikampung bersusah payah memunggah barang. Aku mahu tolong. Paling tidak pun, aku mahu berada disana bersama mereka. Tetapi, apakan daya, 30 Disember merupakan tarikh kertas pertama peperiksaan akhir ku.

Baiklah, aku mengambil jalan untuk tidak ke meja peperiksaan,

Thursday, December 25, 2014

Jodoh & Ujian Ditangan Allah

pagi 25/12 : gambar ni diambil di depan gate rumah
Assalamualaikum. Kerap pula 2, 3 hari ni aku update blog. Ada udang sebalik mee-hun kah? Haha. Opkos lah tak ada. Aku tak berapa makan sangat mee-hun ni. Cuma, aku tak tahu kat saluran mana aku nak express feelings aku pasal mangsa banjir tu semua. Sedih tu ada, gembira sebab diorang pasti dikurnia hikmah yang lebih besar pun ada. Hmm... (tetiba celaru identiti kat sini -__-)

Tuesday, December 23, 2014

Rindu : Dia & dia


Gelora jiwa entah mengapa,
Adakah kerana kehilangan si dia?
Bukan! Aku tahu apa sebabnya,
Aku jauh daripada Dia,
Apa pula beza antara dia & Dia?