NAJWAN | Diari Lelaki: Pasangan Acuan Al-Quran

Sunday, February 2, 2014

Pasangan Acuan Al-Quran


Assalamualaikum teman teman budiman. Sihat? Aku sentiasa doakan kalian berada dalam keadaan yang dirahmati Allah dan hidup dalam keadaan kaya dan berjaya. Mula daripada hari ni, aku nak update blog aku yang jadi kediaman labah-labah (bukan labu labi okeyyy) sejak turun temurun nih. So far, insyaAllah aku akan terus menulis dengan tulisan yang aku kira, ada nilai disisi sudut pandang ku insyaAllah (harapnya untuk kalian ada jugaa...huuu). Walaupun blog aku ni tak ada lah se'famous' (ini bahasa rojak~) blog-blog yang hebat-hebat belaka di luar sana, aku tak kisah pun semua tu. Asalkan aku ada platform sendiri yang dapat aku salurkan idea dan perkongsian. Daripada aku pendam, dan
biarkan ia berlarutan dilarut air yang sudah pasti tidak sesuai melarutkan sesuatu yang apabila dilarutkan akan memudaratkan diri yang tidak melarut. <---- ok, tak payah amik serius ayat pelik aku ni.. Heee.... (^_____^)

Macam biasa, pagi-pagi lagi cik 'mood menulis' dah datang sapa aku.

"Oi cik abang! Ingat aku duk dalam diri hang sesaje ke ha? Pegi menulis cepat!"

"Eh, amboih garangnya engkau hari ni yek T_T ?"

"Dah tu? Kau cakap nak tulis sana la, sini la, tapi nak post dalam blog pun susah. Apecer der? (gangster pulak cik 'mood menulis' pagi hari ni.. wuwuwu..T_T)

Aku buka  lappy, double-click shortcut Wordpad, memang secara tidak langsung tajuk ini aku tulis. Rendah diri bila ingin menulis perihal tajuk seperti mana yang tertera di atas. Maklumlah, aku bukannya ada 'pasangan' lagi (tapi miang jugak nak tulis >_<...ayookk). Walaubagaimanapun, aku nak juga tulis. Kalau salah sila lah tegur ya~. Hoho ~(=,=~) (~=,=)~ ...

Pasangan Acuan Al-Quran

Sebenarnya, bagi aku, tajuk ni dari segi dasarnya mudah dan senang difahami. Sebab kalau nak kaji lagi dalam, aku pun tak reti (aku pun tengah belajaq lagi nih, angpa jangan dok buli aku naaa...T_T). Sebelum tu, apabila kita berbicara mengenai Al-Quran, jangan lupa ye rujuk juga Hadith Nabi S.A.W. Dua-dua ni kan sumber hukum yang utama (^_^).

Okey, contoh ayat Al-Quran yang biasa kita guna untuk rujukan adalah Surah An-Nur ayat 32,

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (nikah) dan hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan karunia-Nya dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

Seterusnya, Surah An-Nur ayat 26,

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula) … .”

Bila kita tengok-tengok ayat di atas ni, secara tidak langsung kita tahu bahawa, kita lah penentu pasangan hidup kita. Bagaimana acuan yang kita bentuk dalam diri menjadi penentu bagaimana pasangan kita. <--- Opss.. macam Dr Jodoh pulak aku nih~ =.= ....

Walaubagaimanapun, itulah hakikatnya. 'What you give, you get it back' okay? Actually, ni je point utama dalam banyak-banyak ayat aku kat atas ni. Ahahahaa~ :P

Kita yang kena perbetul diri dulu kalau nak Allah kurnia seorang yang berharga untuk dijaga. By the way, mesti teman-teman ada lagi tip-tip atau janji-janji Allah yang lain mengenai perkara ni. Sila-sila lah utarakan. Boleh juga aku tambah ilmu pengetahuan. Heaha~...

Hari ni ringkas-ringkas je post nya sebab hari esok, 3 Februari dah mula sesi pembelajaran. Pagi ni la aku nak pi balik mahallah aku. Kalau balik lambat-lambat nanti panas. Maklum ler, naik motor je pun. Ok, aku dah bagi tahu ni, so, tolong la doakan keselamatan aku ye. Heehee.. (macam tak patut je aku tulis cam ni~).
OKay guys! Selamat Menyambut Hari Ahad! <---tak perlu kot~ ..

Jangan lupa selawat dan istighfar kita yek. Dapat pahala kot, siapa yang tak mahu kan. Sekian~

No comments: