NAJWAN | Diari Lelaki: Ujian : Kisah Semalam

Thursday, February 6, 2014

Ujian : Kisah Semalam



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (panjang sikit bagi salam hari ni ^.^). Sihat kan teman-teman? InsyaAllah kita sentiasa berdoa agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat dan seterusnya dimasukkan ke dalam syurga yang kekal abadi.


Tiada idea pun pagi ni mahu menulis tajuk apa. Tapi sebab mahu kekal konsisten, tulis jela apa pun yang nak ditulis~. Okai, daripada tiada isi lansgsung, paling kurang, ada cerita jugak nak tulis. Haha.

Kisah semalam, menggamit memori kelam. Aku selalu jugak kata kat orang, 'janganlah down, percaya kat diri'. Tapiiiii,.. T_T.. Kadang-kadang diri sendiri yang tak termakan dengan nasihat kepada orang lain. Kita tahu, kita ingat, kita maklum dengan perkara tersebut, tetapi, lemah juga diri bila diterima ujian sebegitu.

Mungkin keadaan diri aku berbeza dengan mereka-mereka yang aku boleh katakan bertuah daripada ku. Opps, bukan aku mahu kata aku ni tiada tuah langsung ye. Allah tu Maha Pemberi Rezeki, jadinya, ada rezeki yang telah ditetapkan bagi setiap insan. Cuma, itulah. Masih banyak yang perlu diperbaiki.

Walaubagaimanapun, setiap kesusahan, pasti ada kebaikan dan kesenangan. Ingat tak ayat surah Al-Sharh/Al-Inshirah ayat 5-6? (Baca sendiri okai.. hihi..). Tak apa lah, sebab aku sayang kau orang, aku tulis terjemahannya,

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Allah ulang DUA kali kot dalam surah ni. Jadi, kita memang kena letak pergantungan yang sepenuhnya pada Allah ye. Jangan fikir yang hidup asyik susahhhh je. Deal? :P

Sungguh tenteram hidup kalau segala perbuatan kita disulami dengan acuan Al-Quran. Ha, bila sebut acuan Al-Quran ni, teringat post lama yang bertajuk Pasangan Acuan Al-Quran. Sila la baca ye kalau rajin. Haa.

Okai, walaubagaimanapun, aku akan cuba untuk terus kuat menghadapi ujian sebegitu.

"Eh kau ni cakap ujian apa ha? Aku dari tadi baca, kau tak bagitahu pun ujian apa."

"Haha..."

Bila mana kita rasa susah, itulah ujian. Contoh, malu cakap kat depan orang ramai, takut mengaku bersalah, apa lagi contoh? Dan yang sweet nya ujian ni, kalau kita buat dengan beraninya, insyaAllah kita dapat benda baru. Kan?

Bila fikir-fikir semula, rugi pula kita rasa 'inferior' pada diri. Okai xpe, hari semalam, biar dengan cara semalaam, hari ni, kita perbaiki dengan cara yang lebih masyuk ye? :P

Ingatlah sama-sama bahawa seorang mukmin yang baik itu, adalah mukmin yang hari ini, lebih baik daripada hari semalamnya. Sekian~... Jom istighfar dan selawat pagi-pagi ni :)