eh, ni la tempat aku lepak tadi.. luls |
Sihat? Lama tak merapu kat sini ye chuolls. Okeh, straight to the point. InsyaAllah tak lama kalian baca bebelan suci saya.
Petang tadi, ditengah redupnya awan mengelilingi mentari, aku mengambil inisiatif nak menceriakan jiwa yang tengah berhabuk asyik duk lepak depan laptop saja. So, tup tup tup,
aku buat keputusan nak pergi Taman Tasik Titiwangsa (TTT).
Sampai-sampai sana, punyalah ramai orang. Aku ingat ada pasar ke apa tadi. Rupanya memang ramai kot orang petang-petang ahad macam tadi. Family moment mungkin. Terkejut juga. Sebab last aku pergi 2 tahun lepas, which masa tu sangat krik-krik. Maybe aku pergi waktu malam kot, sebab tu tak ada orang sangat. Luls.
Jadi, ceritanya tak ada lah menarik mana pun. Sesaja nak kongsi. Aku lepas parking motor, dengan pakai baju T hijau & seluar sukan, aku selamba je ambil angin kat sana. Selipar tandas je dowh pakai, tak payah stylo sangat. Bukan nak mengorat orang pun pergi sana. Jalan kaki, pusing-pusing kawasan sana saja.
tadi takdak bot camni, kalau ada memang aku serbu |
Okay, secondly, angin kat sana gila best dan ditambah pula dengan cuaca bapak elok alhamdullillah, memang superb! Seronok gila aku petang tadi. Macam dalam cerita luar negara kot. Baju ditiup angin. Memang fenfeeling romantis dia tu ada dowh. Kui3... Kalau dapat bawa orang rumah mai sana memang tak kan nyesal punya lah. So, kahwin lah laju-laju hokey?
Next, which is thirdly, aku dapat benda yang berharga petang tadi. Aku sedar yang aku ni sebenarnya bukan sesapa pun. Luls.
Okay, itu saja aku nak kongsi hari ini. Actually, banyak benda aku dapat. Aku ada jumpa 2 orang kenalan aku tadi. So, bertegur camtu jelah. Then banyak lah lagi. Kesimpulannya, it's good to go outside of your room and travel around the world. Aku tak ada lah travel sangat, cuma pergi jalan-jalan sahaja. At least, ada usaha kan? Hihi...
That's all from me. Didoakan Allah berkati hidup kita semua dan kita sentiasa diredhaiNya.
"Bermusafirlah, sesungguhnya ada hikmah disebalik permusafiran."
No comments:
Post a Comment