NAJWAN | Diari Lelaki: Berani Tetapi Bertangguh

Thursday, January 22, 2015

Berani Tetapi Bertangguh

*gambar hiasan tanpa ada kaitan*
Assalamualaikum, apa khabar geng? Amacam bro? Amacam sistah? Wat's up brotha? Hello sistah? Hoho! Sentiasa didoakan agar kalian berada dibawah payungan rahmat Allah S.W.T. dan selawatlah kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. (selawat ke atas baginda).

Awak, pertama sekali, saya nak bagitahu awak yang
tajuk entry ni awal-awal lagi diilhamkan pada saya sebelum saya mula menulis. Entah mengapa. Biasanya saya menulis dahulu baru fikir tajuknya. Mungkin selepas bangun daripada mereputz agaknya (dibaca dengan tidur).

Anyway, that's it! Jadi, apa perkara yang "berani tetapi bertangguh" ni? Saya percaya yang jika kita lihat tajuk ni pun, pasti ada dalam kalangan kita yang akan dapat fikir beberapa contoh mudah seperti orang yang mahu berbisnes. Dalam situasi ini, kita nak buat bisnes, kita berani, tetapi asyik tangguh dengan bermacam-macam alasan seperti 'tidak ada tim', 'tidak ada duit' & so on. Abang tak suka la awak bagi alasan macam tu. Hoho poyo habis!

Okay, that's the introduction. Mohon faham atau buat-buat jelah faham ye awak. Baiklah, fokus utama konten entry kali ini mudah. Graduan tadika pun boleh faham sebenarnya. Apatah lagi awak-awak yang sangat hebat dan punya banyak pengalaman. Okay, begini, pernah tak dalam hidup kita, kita amat susah untuk membuat keputusan? Sebagai contoh, kita diberi peluang untuk melakukan sesuatu yang kita mahu. Kita berani mahu nyatakan apa yang kita mahu, tetapi dalam masa yang sama, kita bertangguh.

Saya ambil diri saya sebagai contoh. Dahulu, saya mahu ada 1 tim bisnes. Saya nak. Saya tahu saya ni berani nak suarakan hal ini (ececece... angkat bakul sendiri nampakk!). Lebih menarik lagi, saya sudah rangka perancangan jangka masa pendek untuk tim tersebut. Tetapi malangnya, saya bertangguh. Saya menunggu tim tersebut menjadi sempurna. Saya tunggu ahli dalam tim itu seperti yang saya kehendaki. Oleh itu, sampai sekarang saya tidak jumpa tim seperti itu. Bodoh sungguhkan? Hoho!

Jadi, apa poin yang sebenar?

Awak kena teruskan sahaja dengan impian itu tanpa peduli faktor luaran dan dalamannya. Jangan terlalu fikir dan brainstorming 'berapa ahli kita perlukan', '5 tahun lagi nak buat apa', dan bla bla bla. Dipendekkan cerita, dalam kes saya sebentar tadi, saya seharusnya teruskan sahaja perancangan tersebut tanpa fikir apa-apa yang teknikal. Yang penting matlamat dan pendirian itu sudah ada. Kita pakat redah sama-sama!

Perkara yang sama saya lalui sekarang (tim baru). Kami pakai redah sahaja apa yang ada. Buat je, biar orang mahu fikir apa pada kami. Asalkan kerja yang bermatlamat itu berjalan. Done!

Contoh lain, contoh yang sesuai untuk muda mudi diluar sana. Kalau dah rasa mampu dan ibubapa setuju, mesti kalian rasa nak kahwin kan? So? Bagitahu terus la dowh mak ayah dengan pasangan yang dicintai tu. Jangan ajak couple atau apa-apa yang berkaitan. You have her number and text her about what do you feel. Jangan bertangguh oi! Nanti orang lain ambil. Baru kau kenal anak kau punya syurga nanti duduk bawah tapak kaki siapa. Hoho!

Ni tak, ramai antara kita ni berani. Berani.... tapinya, "tak apalah, nanti bila tiba masa, insyaAllah saya melamar dia." <--- puii dowh puiii. Nak tunggu sampai dia dipinang orang lain? Duhhh kau mamat. Nanti kau jugak yang duk ceruk penjuru rumah & buat muka sedih. Ehem, emm.. Awak, saya tak marah. Kasar sikit je. Heu..heu.. *gelak sopan*.

Okay, so lebih kurang macam tu lah. Saya pernah berada dalam kedua-dua situasi dan saya rasa perkara seperti ini amat perlu dibendung sekarang. Perkara-perkara begini boleh jadi penentu hidup kita di masa akan datang. Jadi, ubah perlakuan kita terhadap sesuatu. In brief, redah je boss! Peduli apa orang fikir. In fact, orang tak fikir pasal kita pun sebenarnya.

Selesai untuk entry kali ini. Moga tak buhsan baca bapak panjang. Dan tahniah kalau baca sampai akhir. Saya sangat terharu awak baca sampai habis. Huhu. *nah cokolat*. Mana yang baik, mungkin boleh ambil, jika tiada, maaf salah silap ya. Saya, Beyonce, Ustaz Azhar Idrus, dan awak, kita semua manusia. So, we do mistakes :)

Istighfar & Selawat

"Percaya kepada diri dan melangkahlah tanpa peduli desas-desus mulut manusia disekeliling telinga kita. Ingat, lalat itu suka kepada perkara kotor & membuatkan manusia benci kepadanya. Ikutlah resmi lebah, mencari madu yang bersih dan tidak mengganggu hal keadaan manusia."

No comments: