NAJWAN | Diari Lelaki: Cinta Subuh

Wednesday, April 1, 2015

Cinta Subuh


Assalamualaikum. Sudah lama berhenti menulis di blog. Hari ini, rasa teruja mahu menulis. Bukan sebab GST dilaksanakan pada hari ini. Tetapi ragam manusia yang ku hadapi. Baik. Ringkas sahaja ceritanya.


Yang Pertama,

Rupa-rupanya, masih besar jumlah golongan label-melabel ini. Aku tidak pasti di mana puncanya. Mungkin hati. Mungkin diri individu. Aku tidak kisah. Cuma aku bimbang sahaja dengan sikap label-melabel itu, mereka akan menyesal suatu hari nanti. Aku menulis berdasarkan apa yang aku pernah lalui. Ya, aku juga pernah berakhlak sebegitu, dan sekarang aku tahu ianya salah. Seterusnya, aku kira tidak salah untuk aku memberi pesanan kepada kawan-kawan aku yang berada di luar sana. Ingat, lambangkan peribadi kita dengan akhak budiman.

Yang Kedua,

Aku mohon, kita semua tahu yang Allah itu bersifat Maha Pengampun. Jadi mengapa bukan kita sebagai hamba mencontohi sifat Dia Yang Esa? Mengapa kita sukar untuk memaafkan seseorang? Atau mengapa kita amat sukar ingin mengubah tanggapan kita terhadap seseorang?
Aku tidak menagih simpati manusia. Cuma aku kesian kepada mereka yang ingin kembali mencari sinar Ilahi, dicemuh dengan perbuatan keji mereka yang lepas. Persoalannya, yang mencemuh itu, sudah sempurna? Sudah pasti kaki kalian akan melangkah ke syurga? Jadi lah seorang yang pemaaf. Sebagaimana kita mahu orang layan kita begitu, kita layan lah orang itu sebegitu.

Yang Ketiga (Special)

'A'ku agak topik ketiga ini bosan sedikit. Jadi jika mahu skip pun tiada masalah. Hihi. Sebelum itu, anda lihat dahulu video ringkas ini. Sangat best! Baru sahaja sebentar tadi aku terdetik mahu membuka video ini setelah dikongsikan rakan di FB. Ringkas dan padat isi yang disampaikan.


'I'ni sahaja aku kongsikan. Kisah cinta aku? Haha... Tiada kaitan. Baik. Teruskan berdakwah you all....

'N'ice day, 1 April. Too much things to consume. May Allah ease us. :)

No comments: