NAJWAN | Diari Lelaki: My Story : Berani Untuk Berubah

Wednesday, October 2, 2013

My Story : Berani Untuk Berubah


Hari ini saya rasa sangat bersyukur sebab dapat hidup lebih positif daripada sebelum ini. Masa dulu yang bagi saya amat teruk, hinggakan ramai orang menggelar saya sebagai orang yang suka memainkan perasaan manusia lain. Paling teruk sekali, sampai saya dipinggirkan dalam kalangan kawan saya sendiri. Pada waktu itu, pelajaran entah ke mana, hubungan dengan Allah lagi lah jauh. Perempuan keliling pinggang, cinta sana sini, kredit membazir duit mak ayah, jahil tidak tentu arah. Tidak pernah terlintas dalam hati untuk fikir tentang susahnya ayah hantar ke sekolah, mak pula susah-susah buat kerja rumah, ayah setiap hari cari nafkah, tetapi, saya hanya mencari masalah. Langsung tidak peduli semua itu. Yang penting, hidup 'enjoy'.

Selang beberapa tahun, banyak perkara mengajar saya.
Rasa ingin berubah itu makin kuat. Ketika umur 18 tahun, jujur saya katakan, tidak mudah untuk berubah kerana masih ada sisa-sisa kejahilan dalam diri. Ditambah pula orang sekeliling yang masih mengenal saya sebagai diri saya yang dahulu. Pada mulanya, memang rasa 'down' nak berubah. Sering hati bertanya bagaimana untuk menghadapi semua ini. Alhamdulillah, waktu itu, Allah hadirkan ustazah yang sering memberi kata-kata positif dan membantu saya dalam mengharungi ujian tersebut.

Dan kini, umur saya sudah mencecah 21 tahun. Menggalas tanggungjawab sebagai pelajar perundangan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia . Alhamdulillah banyak ilmu dan pengalaman baru yang saya peroleh. Yang paling penting, diri saya yang dahulunya ibarat kepompong, berubah menjadi rama-rama, terbang menuju cahaya perubahan. Sekarang, saya punya misi yang amat jelas. Untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mana-mana remaja dan belia yang inginkan perubahan, tetapi kurang keyakinan diri dan sukar untuk mencari kehebatan yang tersembunyi dalam diri mereka. Saya tidak mahu mereka melakukan kesalahan seperti mana saya dahulu. Saya mahu mereka berjaya ketika mereka masih berada di bangku sekolah sebelum mengorak langkah ke medan kerjaya. Harapan saya, agar saya dapat bersua dengan mereka ini, seterusnya jika diizinkan Allah, saya mahu menolong mereka menjadi insan yang lain daripada yang lain InsyaAllah :)

Lebih menarik di, Motivasi Hati.. (^,^)

2 comments:

Zahra Technology said...

Assalamualikum...Kagum dgn niat anda..sememangnya ramai yg perlukan khidmat anda di luar sana...ssaya amat2 pasti!! Teruskan usaha bagi menaikkan martabt anak bangsa kita...terutamanya melayu Islam...siapa lg yg akan memonopoli negara klau bukan kt sendiri.. And beruntuung dgn umur anda yg masih muda anda sudah merasakn tanggubgjawab yg sebegitu...sunnah nabi kt utamakan..."ummatii...ummati...."

Najwan Shaharum said...

Wa'alaikumussalam.. InsyaAllah, mudah mudahan urusan kita diberkati Allah.. Harapnya begitulah.. Aminn...:)