NAJWAN | Diari Lelaki: Kerja Sebenar Seorang Businessman

Wednesday, October 23, 2013

Kerja Sebenar Seorang Businessman



Assalamualaikum sahabat-sahabat yang terhebat dan tersayang :)

Hari ini, lagi perkongsian daripada Puan Ainon. Suka sangat NS  baca 'post' daripada beliau. Informasinya amat menyentuh jiwa dan kena dengan keadaan sekeliling. Untuk hari ini, suka saya kongsi perkara yang berkaitan tentang kerja sebenar seorang 'businessman'.


Banyak orang bisnes sangat sibuk menjalankan macam-macam kerja, sampai dia tidak mempunyai masa untuk melakukan perkara-perkara yang dia sukai, seperti hobi dan lain-lain. Meskipun dia sangat kuat bekerja namun bisnesnya merangkak-rangkak hendak maju ke depan. Sudah 8 tahun menjalankan bisnesnya, namun jualan belum melebihi RM400k sebulan. Banyak orang bisnes melakukan kerja-kerja yang dia PANDAI melakukannya.

Kalau dia pandai memasak, dia sendiri yang duduk di depan kuali. Dia tidak percaya jika orang lain yang memasak. Kalau dia pandai menghias kek pengantin, dia sendiri yang melakukan kerja-kerja menghias kek. Kalau dia pandai membuat website, dia sendiri yang duduk di depan skrin komputernya.

Jadi, apakah sebenarnya kerja seorang businessman?

Kerja 1. Dia mencipta peluang membuat duit untuk dirinya.

Contoh: Dia membuka kedai pinggan mangkuk.

Kerja 2. Dia membantu orang-orang di sekelilingnya membuat duit.

Contoh: Dia mengajak orang lain menjadi business-partnernya bersama-sama membuka kedai-kedai baru.

Semua kerja-kerja lain dia ambil staff bagi melakukannya.

Kerja No. 2 itu sangat penting.

Pandai melakukan kerja No. 2 itu lebih penting daripada kerja No. 1. Apabila kita pandai melakukan kerja No. 2, orang-orang lain akan lakukan kerja No.1 untuk kita, Ini yang dilakukan oleh Saidatina Khadijah. Beliau menjalankan bisnes dengan menggunakan bakat dan tenaga Muhammad Muda. Dengan itu Muhammad Muda menjadikan Saidatina Khadijah lebih kaya.

Sekian perkongsian. Seronoknya membaca 'post' Puan Ainon kerana beliau sering mengaplikasikan cara perniagaan Nabi dengan 'trend' perniagaan sekarang. Amat banyak hasil positif yang boleh kita sama-sama lihat. InsyaAllah kita cuba untuk berada dijalan yang lebih baik.. :)

Untuk lebih menarik, Like Motivasi Hati .. (^^,)v

2 comments:

Anonymous said...

Minta link fb puan atau blog puan ainon bole

Najwan Shaharum said...

https://www.facebook.com/profile.php?id=572523113&hc_location=stream

Ni FB Puan Ainon.. moga bermanfaat.. :)