NAJWAN | Diari Lelaki: Tips Berfikir Dengan Efektif

Thursday, October 17, 2013

Tips Berfikir Dengan Efektif


Assalamualaikum Sahabat-sahabat (^^,)...

Hari ini NS mahu kongsi serba sedikit mengenai cara berfikir yang efektif, tidak kira lah kita pelajar ke, pengurus, suri rumah atau sebagainya. Hehe. Di sini, ada 2 perkara yang sangat penting kita kena tahu dan 2 perkara ini amat berbeza :


1. Berfikir secara kritis.

Yang ini banyak bagusnya. Ia menjadikan kita lebih teliti dalam memproses maklumat dan cadangan yang dikemukakan kepada kita. Berfikir secara kritis juga membantu kita mengurangkan risiko membuat keputusan yang salah dan berbahaya. Bila kita dapat tahu bahawa sesuatu itu salah, kita dapat elakkan perkara yang sama atau kesan yang negatif berlaku kepada kita pada masa akan datang. Secara ringkasnya, makin banyak pengalaman kita buat salah, makin berjaga-jaga kita dalam membuat keputusan. :)

2. Bercakap secara kritis.

Yang ini sangat berbahaya! Elakkan daripada menterjemahkan fikiran kita dengan kata-kata. Apabila kita mula bercakap secara kritis, di situlah bahaya sosial berlaku! Ramai orang akan terasa dengan kata-kata kita. Elakkan memberi teguran di khalayak umum. Jika masalah atau teguran itu terlalu penting untuk diutarakan, mesej lah sahabat kita itu, atau bagi tahu dia secara individu. Ingat, silaturrahim perlu dijaga. :)

TeeHee :P

Wait a sec! Apakah itu yang dikatakan 'critical thinking'?

Tujuan kita berfikir secara kritis adalah:

+ Mencari salah
+ Mencari silap
+ Mencari kekurangan
+ Mencari kecacatan
+ Mencari keburukan
+ Mencari apa yang tidak ada
+ Mencari apa yang tidak cukup

Selagi perkara-perkara itu kita fikirkan secara diam-diam, ianya bagus. Jadi, teruskan bermain dengan minda kita. Minda kita sangat canggih, gunakan sebaiknya. Banyak-banyak berfikir, kerana ia dapat menolong kita menjadi seorang yang berfikiran kritis. Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi (^^,)

Lebih menarik lagi di Motivasi Hati... (^,^)

No comments: