NAJWAN | Diari Lelaki: Cara Untuk Memulakan Perbualan Dengan 3 C's

Thursday, October 17, 2013

Cara Untuk Memulakan Perbualan Dengan 3 C's



Assalamualaikum. Selamat sejahtera sahabat-sahabat (^^,)...

Hari ini nak 'share' sikit cara-cara yang insyaAllah boleh membantu kita semua untuk mulakan perbualan, atau berkomunikasi dengan kawan baru. Meh sama-sama kita tengok.


1. Cool - 'Be Cool', jangan gopoh dan terlalu gemuruh. Dalam kata lain, 'DON'T FREAK OUT' . Kita cipta 'first impression' yang baik pada hemat kawan tersebut. Senyum sebelum tegur dan sebelum mulakan perbualan. Jangan cakap laju macam kereta api (pon pon), nanti mereka tidak dapat tangkap apa yang kita mahu sampaikan.

2. Courage - 'Be Courage', jadi berani. Jangan jadi PENAKUT. Redah saja, peduli apa orang kata dan apa akan terjadi. Belum cuba belum tahu. Kalau takut nak cuba, nanti tak tahu apa kesannya. Haa. Jangan tunjukkan yang kita ni 'memaksa diri jadi berani'. Antara caranya untuk jadi berani, jangan fikir apa-apa, 'just do it'. Jangan lupa senyum :)

3. Confident - 'Be Confident', jangan teragak-agak.  YAKIN apa yang kita buat itu betul (walaupun mungkin nampak 'fail', ahaha). Jalan dengan yakin, elakkan hayun tangan macam mahu pergi kawad kaki. Kaki kita pun, eloknya melangkah seperti 'machoman' dan 'pengurus syarikat', jangan pula melangkah macam zombi (terhuyung-hayang). Kepala pula, kita cuba tegakkan, jangan terangguk-angguk macam unta masa berjalan (unta pun tak macam tu). Haha. Cara jalan yang terbaik, macam Mike dalam cerita 'Suits'. Apapun, mesti yakin dengan apa yang kita buat. Kalau boleh, elakkan sebut 'err..err, emm..emm' dalam perbualan.

Setakat ini saja perkongsian dan tips untuk mulakan perbualan. Banyak lagi mahu kongsi, tapi esok-esok pula. Huhu. Saya harap dapat membantu sahabat-sahabat semua. Ramai orang di luar sana menunggu kita menegur mereka dahulu, cuma kita sahaja yang tidak tahu dan risau yang mereka ini mahu ditegur atau tidak. Cuba dulu. Kalau mereka tidak mahu, biarkan sahaja. Peduli apa orang kata, yakin dengan segala perbuatan kita. :)

Lebih menarik lagi di Motivasi Hati... (^,^)

4 comments:

sitirohaida said...

thanks for the tips...

wanmin92 said...

Harap bermanfaat, thanks for BW eh..:)

Unknown said...

Mantap (Y)

wanmin92 said...

hihi..harapnya membawa manfaat walaupun sebesar zarah ^^,