NAJWAN | Diari Lelaki: My Story : Minat Semalam

Thursday, October 24, 2013

My Story : Minat Semalam



Assalamualaikum sahabat-sahabat yang sangat saya kasihi. Selamat pagi! Didoakan pagi kita dirahmati Allah dan malamnya diterima segala amalan kita. NS rasa nak sangat menulis pagi ni sebelum pergi ke kelas. Mungkin tiada yang penting, cuma suka NS nak berkongsi dengan sahabat-sahabat.


Sering NS terfikir, apa sebenarnya yang NS mahu dalam hidup ni? Wang? Harta? Isteri? Keluarga? Bangun pagi-pagi, gosok gigi, sembahyang subuh, pergi ke kelas, makan, joging, makan, dan tidur. Kitaran yang lebih kurang sama asyik berlaku dalam hidup.

Setakat ini, yang mengubah biodata harian tu, adalah apa yang NS minat buat. Apa yang NS suka lakukan. Contoh macam malam semalam, nak dijadikan cerita, ada seorang kawan ni, dia 'whatsapp' & bagitahu dia ada sesuatu yang tak kena. Memang minat NS untuk tolong kawan yang diuji Allah sebegitu rupa. Tanpa fikir panjang, NS set masa, dan terus 'call'. Alhamdulillah, lama juga berbual. Suka NS dengar cerita kawan-kawan. Makin luas pemikiran yang boleh dicipta.

Itulah manusia. Terkadang diuji, terkadang dikeji. Kitaran hidup seorang hamba. Yang pentingnya kat sini, percaya atau tidak, jika sebelum tidur semalamnya, kita buat sesuatu yang kita suka dan perkara itu baik, insyaAllah pagi esoknya kita bangun dengan mudah dan ceria sepanjang hari. Dan, sebaliknya, jika kita buat sesuatu yang kurang elok pada malam semalamnya sebelum tidur, ada kemungkinan yang besar untuk kita bangun pagi dengan keadaaan yang kurang memuaskan dan hari tersebut akan berlalu dengan kurang keseronokan.

Mungkin peristiwa ini pernah terjadi pada sahabat-sahabat, dan mungkin tidak. Harap kita didekatkan Allah dengan perkara yang baik-baik. NS rasa benda ni memang nampak mudah dan 'simple', tetapi, benda ni lah yang insyaAllah bakal menentukan cara hidup kita seterusnya nanti.

Tolong, dan permudahkanlah hal orang lain, insyaAllah Allah temukan kita dengan kesenangan tika kesusahan melanda kita. Selalu 'improve' minat kita, buat selalu jangan lupa. Minat tu anugerah Allah pada kita, dan kita ini istimewa dengan ada minat tersebut. Cungkil dan ketahuinya dengan penuh pasti. NS boleh tolong rasanya kalau sahabat-sahabat masih keliru antara minat dan hobi. InsyaAllah.

Ok, 'time to go to the class'. Terima kasih sudi baca 'post' ni. Hidup rasa tidak sempurna kalau tidak berkongsi. Huuu.. Last, hidup ni sebenarnya senang, cuma kita yang susahkan. Sama juga seperti agama. Agama itu mudah, cuma manusia susahkan dengan adat mereka dan lain-lain. So, just enjoy in life..(^^,)v

Lebih menarik di page Motivasi Hati (^^,)

4 comments:

sitirohaida said...

have a nice day najwan...thanks for sharing

wanmin92 said...

insyaAllah amin.. Harap bermanfaat.. didoakan urusan kita sentiasa dipermudah Allah :)

Busyra Takiyudin said...

tq for sharing. :)

wanmin92 said...

thanks for BW.. :)