NAJWAN | Diari Lelaki: Ujian Itu Rezeki Seorang Insan

Friday, November 1, 2013

Ujian Itu Rezeki Seorang Insan



Assalamualaikum 'teman tapi mesra' semua (^^,)v

Lama dibiarkan bersawang blog ni tanpa diusik. Apapun, insyaAllah kembali aktif menulis setelah selesai urusan pilihanraya kampus di sini. Post hari ini, fokus untuk kita sama-sama tahu, setiap ujian yang kita terima, itulah sebenarnya rezeki Allah untuk kita. Kita menerima ujian yang berbeza daripada orang lain kerana Allah mahu jadika kita ni istimewa daripada kawan-kawan kita.
Sebab itu bila kita mampu tangani suatu ujian tersebut, mudah untuk kita menerima ujian seterusnya. Itu dinamakan pengalaman yang berharga. Lihatlah ujian itu menggunakan mata hati :)

Untuk hari ini, NS nak kongsi satu mesej daripada kawan NS sendiri. Perlukan pandangan katanya. Apa kata teman-teman cuba bagi pendapat untuk mesej kawan NS ni.

Ni mesejnya :

''Salam NS, Aku rasa mesti kau pernah rasa macam ni kan. Rasa macam bila kau ada banyak masalah, kau macam persoalkan kenapa semua benda ni jadi kat kau padahal kau jaga solat semua tu. Kau selalu berdoa dan minta pertolongan Allah. Tapi kau rasa macam tak adil semua ni. Kau rasa macam nak give up je. Indeed, rasa lagi malas nak lalui kehidupan ini. Hmm, macam mana kau atasi eh? Sebab aku selalu rasa macam ni :'(.."

Sedih NS bila mula-mula baca mesej ni. Lepas dapat mesej ni, terus NS karang sepanjang-panjang mesej yang boleh. Harapnya, dapat tolong dia waktu tu. 

Antara isi yang NS cuba sampaikan :

''Wasalam. Alhamdulillah sebab N nampak yang Allah nak uji diri N (bukan nama sebenar). Kita sama je N, aku pun rasa macam tu. Tipulah kalau aku rasa enjoy je hidup ni. Cuma, mungkin ujian kita terima lain-lain. Siapalah aku nak tolong kau sedangkan aku sendiri tak mampu selesaikan masalah aku. Tapi tak pe, aku memang suka berkongsi dengan kawan-kawan aku. Ok, kalau aku kat tempat kau, memang aku rasa macam tu. Rasa susah walaupun jaga semua ibadah. Aku kalau rasa macam tu, selalu ingat kata-kata yang menguatkan semula semangat aku, 'kalau nak tahu kita dijalan yang betul, keselesaan akan hilang sikit demi sedikit, tetapi ia akan diganti dengan ketenangan.' Tak mudah untuk hidup di dunia kerana kesenangan itu hanya ada di syurga. Kadang-kadang, nak lawan rasa give up tu, aku selalu latih diri aku buat sesuatu yang aku minat. Contoh kalau kau minat jadi photographer, kau lepak la dengan kamera kau, dan ambil gambar  di tempat yang menarik. Kalau kau minat travelling, kau start kereta, pergilah jalan-jalan. N, hidup ni luas. Banyak benda lagi kita tak terokai. Usah fikir masalah diri, memang tak kan hilang. Enjoy je hidup kita ni. Hidup tak lama. Satu lagi, yang paling best, aku suka tambah nilai dalam diri orang. Contoh macam kita selalu puji tindak tanduk kawan-kawan kita yang terpuji. Selalu bagi kata-kata rangsangan pada mereka. InsyaAllah kita akan turut berasa gembira. Maaf kalau panjang sangat mesej aku kat kau. Last, aku cuma nak minta tolong satu je daripada kau, cuba kau fikir, kenapa kau ada kat sini? Aku pasti banyak sebabnya dan segala ujian tu, pasti untuk jadikan kau orang yang hebat satu hari nanti. Just walk and face it, the rough time will gonna come, but they're not come to stay, they've come to pass.''

Haa.. Panjang mesejnya. Tapi isinya, lebih kurang begitulah. Mungkin ada salah silapnya respon NS pada N. Mungkin teman-teman boleh berikan pendapat yang lebih baik daripada NS. NS masih baru menarik nafas sebagai manusia, masih mencari ilmu di telaga dunia. Ajarilah NS dengan ilmu yang bermanfaat. InsyaAllah kita sama-sama peroleh kebaikan yang diberkati Allah.

Ok, insyaAllah esok NS akan kongsikan kisah yang seterusnya. Banyak perkara yang Allah nak ajar hambaNya sepanjang hidup ini. Salam jumpa lagi!

Like Us ---> Motivasi Hati <---

2 comments:

Zayani Zulkiffli said...

Menarik cara penulisan awak :)

Najwan Shaharum said...

Terima kasih sudi singgah..;) Harap bermanfaat