NAJWAN | Diari Lelaki: Sabarlah Wahai Hati

Monday, November 4, 2013

Sabarlah Wahai Hati



Assalamualaikum dan selamat pagi teman-teman..(^^,)v

PERINGATAN!!! Ini bukan 'post' yang emosi-emosi atau untuk luah perasaan ya..:P
Nak kongsi apa yang sering bermain dalam diri seorang insan bergelar manusia...(tak da kerja dah ni)..

Bila mana diri ini berkata, 'dunia ini mungkin bukan untukku', pantas aku mengubat hati, berbicara seorang diri.


Aku manusia, aku insan biasa. Aku bukan ingin mengejar perhatian kerana aku sudah punya kasih sayang seorang ibu dan bapa. Aku cuma mahu menjalankan tanggungjawab yang dipikul walaupun tidak sebesar tanggungjawab pemimpin dunia. Aku punya masa, aku punya kesibukan yang perlu dilaksana. Waktu 24 jam yang diagih kepada setiap manusia, ku alaminya jua. Tetapi, adakah kerana diri ini lalai sehingga diuji sedemikian rupa? Aku bukan ingin menyalahkan takdir yang menimpa, tetapi sekadar merenung betapa sayangnya Dia pada seorang hamba. 

Diri ku tidak kuat, malah amat lemah apabila sudah tertulis di Luh Mahfuz untuk menerima ujian daripadaNya. Hari ini dan semalam, punya cerita dan kisah yang berbeza. Aku lemah bila berseorangan tanpa teman seagama. Tetapi apakan daya, semua ini harus ku tempuhi sepenuh jiwa. 

Apabila ditanya, apa masalah kamu wahai insan yang masih bernyawa? Apakah tidak cukup untukmu nikmat hidup di muka dunia? Apakah lagi perkara yang masih belum cukup untuk membuatkan kamu gembira? Harta? Kerjaya?

Sungguh hina diri ini apabila kembali melihat dunia di mata agama. Sungguh kedua-duanya (harta & kerjaya) tidak akan dapat aku bawa pulang ke pusara. Hanya saham ilmu, sedekah jariah dan anak yang soleh mampu aku wariskan sebelum dijemput malaikat Izrail untuk meneruskan perjalanan ke alam seterusnya.

Bermonolog seorang diri merupakan kebiasaan bagi ku yang sering alpa. Menjadi pengubat apabila diri dihanyut rasa hampa. Hampa untuk terus berbakti pada jalan agama tercinta. Biarlah akan ia. Ujian itu datang untuk pergi, bukan untuk terus bertakhta. Teruskan hidup, nikmati alam yang kedua. Bersedia untuk melakukan amal sebelum berpindah ke alam ketiga.

Ingatlah wahai hati bahawa kau tidak keseorangan, kau punya teman, kau punya pengubat luka. Siapa? Tidak lain tidak bukan, Allah Azza Wajalla. Hamparkan hatimu pada perancanganNya, nescaya kamu akan tabah menjalani kehidupan sebagai hamba, sebagai pejuang agama dan tanah air tercinta..:)

Terima kasih sudi membaca.. Kalau ada yang baik tu, harap bermanfaat, jika tiada, ku susun jari minta maaf..(^^,)v

1 comment:

Anonymous said...

Hai abam najwan...:3