NAJWAN | Diari Lelaki

Thursday, October 17, 2013

Tips Berfikir Dengan Efektif


Assalamualaikum Sahabat-sahabat (^^,)...

Hari ini NS mahu kongsi serba sedikit mengenai cara berfikir yang efektif, tidak kira lah kita pelajar ke, pengurus, suri rumah atau sebagainya. Hehe. Di sini, ada 2 perkara yang sangat penting kita kena tahu dan 2 perkara ini amat berbeza :

Cara Untuk Memulakan Perbualan Dengan 3 C's



Assalamualaikum. Selamat sejahtera sahabat-sahabat (^^,)...

Hari ini nak 'share' sikit cara-cara yang insyaAllah boleh membantu kita semua untuk mulakan perbualan, atau berkomunikasi dengan kawan baru. Meh sama-sama kita tengok.

Friday, October 4, 2013

My Story : Teruskan mencari!



Hari Jumaat barakah menyapa lagi. Alhamdulillah dikurniakan pengalaman yang berharga pada setiap detik di dunia ini. Sungguh Allah itu Maha Penyayang.

Nak dijadikan cerita, selepas selesai majlis konvokesyen Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada tahun 2010 lepas, saya diberi peluang oleh Allah untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru di sebuah sekolah sukan di Pahang. Terima kasih juga kepada kedua mak ayah yang tercinta atas doa yang tidak putus-putus untuk anak mereka.

Walaupun hanya 3 bulan mengajar di sana, tetapi pengalaman itu yang paling menarik.

Wednesday, October 2, 2013

My Story : Berani Untuk Berubah


Hari ini saya rasa sangat bersyukur sebab dapat hidup lebih positif daripada sebelum ini. Masa dulu yang bagi saya amat teruk, hinggakan ramai orang menggelar saya sebagai orang yang suka memainkan perasaan manusia lain. Paling teruk sekali, sampai saya dipinggirkan dalam kalangan kawan saya sendiri. Pada waktu itu, pelajaran entah ke mana, hubungan dengan Allah lagi lah jauh. Perempuan keliling pinggang, cinta sana sini, kredit membazir duit mak ayah, jahil tidak tentu arah. Tidak pernah terlintas dalam hati untuk fikir tentang susahnya ayah hantar ke sekolah, mak pula susah-susah buat kerja rumah, ayah setiap hari cari nafkah, tetapi, saya hanya mencari masalah. Langsung tidak peduli semua itu. Yang penting, hidup 'enjoy'.

Selang beberapa tahun, banyak perkara mengajar saya.