NAJWAN | Diari Lelaki: Belajar Suka Perkara 'Present' Sebelum Dianugerah Perkara 'Future' Yang Kita Suka

Monday, August 11, 2014

Belajar Suka Perkara 'Present' Sebelum Dianugerah Perkara 'Future' Yang Kita Suka


Assalamualaikum. Hai teman-teman semua sihat? Alhamdulillah.
Teringat zaman dulu-dulu bila saya sertai kem motivasi ada seorang penceramah ini sering menuturkan ayat seperti dibawah :

"Hadirkan perasaan suka kepada perkara yang kita lakukan sekarang supaya nanti mudah mendapat perkara yang kita suka."

Jelaskan? Atau berbelit ayatnya?
Saya pasti kalian faham dan mengerti apa yang dimaksud pada ayat di atas. Secara mudahnya, ayat ini memberi makna, dalam apa jua perbuatan yang kita buat, usah memilih. Cuba kita hadirkan perasaan seronok membuat perkara yang telah ditetapkan untuk kita dahulu, kerana nanti pasti kita akan dianugerah perkara yang kita suka selepas perkara itu. Contohnya seperti seorang pelajar.

Saya ambil Ali sebagai contoh. Ali ini tidak suka belajar, dia mahu terus bekerja atas minatnya yang mendalam untuk menjadi seorang anggota polis. Jadi, aplikasi ayat di atas terhadap situasi Ali adalah, Ali seharusnya menyukai belajar dahulu kerana disebabkan belajar itu, Ali mungkin akan menjadi anggota polis yang lebih baik daripada dia meninggalkan pelajarannya. Bagaimana mungkin boleh jadi berbeza? Mungkin daripada segi kewangannya, dan pengiktirafan sijil dan lain-lain lagi. Ingat, kata-kata di atas ini amat berkait rapat dengan sifat sabar yang Allah terapkan kepada manusia.

Okay, itu kisah yang saya ambil sebagai contoh. Dan sekarang, saya sendiri merasakan perkara ini. Perkara ini berlaku pada 4 atau 3 hari lepas. Saya dipilih oleh Allah melalui boss saya untuk sertai satu pasukan yang cukup hebat. Pasukan berkuli dalam membina satu laman web yang berkisar tentang 'gadget' dan berita mengenainya. Saya cukup seronok, dan berjanji agar tidak akan putus asa. Kami dikumpulkan dalam satu 'group chat' di Facebook, dan semua perkara dibincang dan diterangkan melalui 'group chat' tersebut.

Saya masih baru dan banyak perkara yang saya perlu belajar. Semangat berpasukan bersama mereka amat memberangsangkan. Nampak tegas, tapi santai. Pada mulanya, saya rasa amat rendah diri. Saya bukanlah orang yang pandai menulis mengenai 'gadget' ini. Tambah-tambah lagi, saya ini bukanlah orang yang pandai sangat bab 'gadget' ini. Saya hanya pandai 'menulis'. Menulis itu pun, bukanlah seperti A. Samad Said atau penulis buku 'best-seller' yang terkemuka di luar sana. Saya cuma penulis yang mungkin tiada apa yang perlu dibanggakan. Buku pun tiada lagi. Tetapi, saya tetap positif dan cuba sebaik yang mungkin. On top of that, I believe in myself! Kejayaan itu tidak datang sepantas kilat. Walaupun begitu, yang menariknya ialah, my boss keep saying that,

"Buat je dulu, nanti kalau salah betulkan."

Selepas itu, saya pun terus mencuba. Hari pertama saya cuba post satu artikel. Saya tak tahu apa pandangan massa terhadap post tersebut. "Biarlah. Peduli apa orang kata", pujuk hati ini. Sekurang-kurangnya saya mencuba. Kita tak akan menjadi hebat dalam sekelip mata. Keesokannya saya cuba post lagi 2 artikel. Cuba-cuba sahaja. Daripada situ, saya merasakan ingin memberitahu sahaja boss saya bahawa saya mahu tukar niche cara penulisan saya. Kerana saya tahu, saya tidak mahir dalam niche 'gadget' atau pun 'tech' ini.

Tetapi, selepas berfikir masak-masak, monolog diri banyak membantu saya,

"Kenapa kau ni cepat sangat putus asa? You not even try it."

"Plus, you have been given the best opportunity which people out there really want it!"

"Be thankful man!"

Akhirnya, saya tahu apa masalah utama diri saya. Saya cepat berputus asa dan meninggalkan perkara yang pada zahirnya mungkin tidak baik, tetapi batinnya siapa tahu kan? Saya mula sedar bahawa Allah itu mahu menguji setiap kata-kata hambaNya. Kini, saya akan terus istiqamah dengan tugasan dalam pasukan tersebut kerana saya percaya pasti ada sesuatu disebalik hukum alam Allah ini.

Jadi, sekarang saya mula suka menulis perihal 'gadget'. Saya letak jauh-jauh tentang kekurangan saya mengenai 'gadget' ini. Setiap orang ada kelemahan, nobody is perfect, so what? Just stay positive!
Dan kepada teman-teman di luar sana, try your best in everything u do. Don't give up. Because life is not a hotel for you to live in pleasure. Terima kasih kerana membaca dan selamat maju jaya :)

2 comments:

ainaanajihah said...

This is indeed true! Good one thanks for sharing

wanmin92 said...

ahah..thanks aina :)