NAJWAN | Diari Lelaki: Yakin Pada Diri

Saturday, August 9, 2014

Yakin Pada Diri


Assalamualaikum sahabat-sahabat. Sihat? Bila tengok tajuk ni, mesti kalian sudah tahu apa yang bakal menjadi intipati artikel kali ini kan? Ya, betul, jika ingin menggapai apa yang kita mahu, wajib kita kena yakin pada diri.

"Saya dah yakin, tapi tak dapat apa pun."




"Alah kau yakin mana pun, aku tak nampak pun kau pakai ferrari."

Siapa kata jika kita yakin, kita dapat ferrari? Siapa kata kalau kita yakin, kita tak peroleh apa-apa? Jika kita tak peroleh apa-apa, itu tandanya masih ada lubang 'self doubt' dalam diri kita. Percayalah.

Ok, stop babbling! Sekarang saya mahu ucap tahniah dan selamat hari tuah kepada anda kerana membaca artikel ini. Kerana apa? Kerana saya suka nak kongsi dengan anda semua, 'ada apa dengan yakin diri' ni.

Untuk pengetahuan anda, saya sedang duduk di kerusi taman tasik Temerloh, Pahang, menikmati ciptaan Allah, sambil mencari ilham menulis untuk anda. Ok back to our main topic!

Sebelum saya mula, saya ada 3 soalan. Pernah tak anda dengar orang cakap macam ini,

"Kalau nak berjaya, tulis matlamat di dalam kertas secara jelas dan spesifik."

Pernahkan? Itu tandanya kita sudah menapak sebelah kaki ke pintu gerbang kejayaan. Ok. Tu soalan pertama, yang kedua, anda pernah buat tak? Yang ketiga, jika pernah buat, betul ke cara yang anda buat tu? Tepati syaratnya atau tidak?

Jika semua soalan di atas, anda dapati semuanya telah anda lakukan, maka, bersabarlah. InsyaAllah akan dikurnia Allah bila tepat waktunya. Jika ada yang masih anda belum lakukan, tidak apa. Saya seronok untuk berkongsi dengan anda hari ini.

Di bawah ini saya sertakan cara dan tip penting dalam menulis matlamat kita, harap dapat membantu anda.

+ Pastikan perkara yang anda mahu itu, sesuatu yang memang anda mahukan. Sesuatu yang anda mahu lakukan, atau dapatkan dalam hidup anda. Dan ingat, mestilah perkara tersebut sesuai dengan keadaan anda sekarang dan bukan di luar kejadian alam seperti hujan emas.

Contoh : jika perkara tersebut merupakan objek, maka tulis namanya, seperti iPhone 5s, atau Motorsikal Yamaha LC 135. Jika ia merupakan pekerjaan, maka tulis jawatan dan di mana tempat bekerja dan sebagainya, seperti,

"Saya mahu ada bisnes menternak ikan patin di sungai pahang di hadapan sungai rumah saya". Tulis sejelas-jelasnya.

+ Seterusnya, pastikan anda letak maklumat selanjutnya secara jelas dan spesifik. Maklumat tersebut seperti tarikh, saiz, atau apa-apa yang berkaitan dengan perkara yang anda mahukan itu.

Contoh : "Saya mahu ada bisnes menternak ikan patin di sungai pahang di hadapan sungai rumah, dengan jumlah sebanyak 100 ekor ikan di dalam 1 sangkar pada akhir bulan September 2014". Wah! Panjangnya! Memang pun.

+ Selepas anda sudah teroka apa yang anda ingin mahukan dan sudah mengarang ayat tersebut, anda ambil lah kertas, atau apa-apa sahajalah yang mudah bagi anda untuk baca semula apa yang anda tulis itu. Jika saya, saya tulis di skrin laptop saya sebab saya sentiasa buka laptop. Haha.

Jika anda bukan jenis yang menulis diari, maka jangan tulis di diari. Jika anda bukan jenis yang suka tengok kalender, maka jangan tulis di sisi kalender. Ingat, cari tempat yang sering anda lihat setiap hari. Mungkin cermin, almari dan sebagainya.

+ Selepas itu, yang tinggal untuk anda lakukan adalah berdoa dan berusaha. Seriously, you need to do this. Why? It is because, even you write down a dozen of hundred sentences on a paper, but you do not take an action or an effort, you will get nothing. Believe me.

+ Last but not least, satu rahsia mengenai tip ini adalah, setiap kali kita lihat matlamat kita itu, apabila kita baca, itu merupakan doa. Yakinlah. Dan jangan hanya bergantung pada kertas tersebut, berdoalah juga pada Allah
selepas waktu solat atau bila-bila sahaja selain itu. Yakinlah bahawa anda akan menggapai matlamat tersebut. Dan jangan berharap impian tersebut akan tertunai dalam sehari dua ya.
Even a tree will need months to bear fruits.

Ok guys! Fuuhh.. Panjang pula kan. Haha. Seronok menulis untuk anda. Harap tip ini dapat membantu anda ya. Terima kasih kerana membaca, sampai jumpa lagi :)

No comments: