NAJWAN | Diari Lelaki: Cinta L.A.P ( Law Attachment Programme )

Wednesday, June 25, 2014

Cinta L.A.P ( Law Attachment Programme )


Assalamualaikum teman-teman. Lama sudah tak menulis di blog ni. Sihat-sihat sahaja kan semua ni? Haha... Habis karat semua isi-isi dalam blog ni. Tapi rasa mahu berkongsi masih lagi asli dan elok cantik rupanya. Pasti diri ni tak kan berhenti berkongsi sesuatu yang insyaAllah membawa manfaat. Kalau tak bawa tu, PM senyap-senyap la ye, heh. Jangan hentam je. =_____=''


L.A.P

Orang luar kebanyakkannya selalu bertanya,

"Eh, lap? Kau nak lap apa cuti-cuti ni?"

"Dey oppa~, ni bukan lap pinggan mangkuk tu semua la. Dalam bahasa lainnya, serupa je macam praktikal yang budak-budak U selalu buat tu. Ade paham? >_<"

"Ooo.." <--- stress jugak kalau ada manusia jenis reply pendek kalau kita bagi dia mesej panjang-panjang~

Ini boleh diibaratkan seperti ayah bagi lembu, anak bagi siput; Karang Sing Walao, TB3.

A : Mula dah merapu makhluk sorang nih.

B: Okay-okay, minta ampun minta maaf T_T

Nota 1

Aku ni mula benda alah LAP ni daripada 9.6.2014 dulu dah. Memang seronok beb praktikal ni. Part yang paling best bila tempat praktikal tu dekat nak mampos dengan rumah ku syurga ku. Oleh itu, dengan jarak yang hanya 5-6 minit sahaja dah boleh sampai, ditambah pula duit memang tak keluar langsung kecuali minyak moto je, pergghh...memang mai secaween lah aku rasa. (haha..kaitan sangat dengan kopi Radix)

Masa mula-mula je sampai pejabat nih, ade la sorang lagi rupanya student practical daripada U lain. Dalam hati memang bersyukur sebab ada teman. Nasib baik lelaki, memang sujud syukur terus aku. Kalaulah dia tu perempuan, memang nasib malang la beliau. HAHAHAHA..! Buka je pintu pejabat, muka dia terus aku nampak. Pastu tegur la jugak sikit-sikit. Tanya-tanya dia daripada U mana, duduk mana, nama apa, ada adik perempuan ke tak.. Eh? Hahaha...



(ni gambar dia tengah tidur rehat tengah hari tadi..haha..maapkan aku upload gambar ko tanpa izin..huhu..maap jugak sebab aku amik gambar pun curik-curik..huhu~)

Lepas habis jer tegur dan kasi siasat background dia ni, aku terus menuju ke tempat manusia jenis praktikal macam kami ni kena buat kerja. Sampai-sampai je,...... Aikk? Aku nampak 2 orang perempuan. Dalam hati aku kata,

"Aish, ade jugak perempuan rupanya. Memang angpa berdua ni jadi mangsa akulah nanti. Hahaha (gelak jahat dalam hati, dalam masa yang sama, mulut senyum menyapa mereka berdua)"

Memang hantu berwajah manusia betoi sifat sebegitu rupa. Jangan ditiru ya. Haha.. Sila abaikan~ -____-'

Nota 2

Banyak benda dan pengalaman aku dapat sejak 2 minggu aku kerja sini. Panjang sangat aku nak cerita semua. Cuma apa yang berlaku hari ni lagi menarik dan best la jugak bagi aku. Bagi korang aku tak tahu la kan. Haha..

Pagi-pagi lagi, aku teman sorang staf kat tempat aku kerja ni pergi mahkamah. Aku teman dia buat sebutan kes. Haha, apa lagi, berhitam putih lah jawabnya aku harini. Btw, aku dengar je dan catit-catit sikit apa yang penting masa sebutan tu. Seronok jugak. Ramai plaintif dan defendan yang ada. Tapi yang tak seronoknya, kes-kes tu semuanya jenis cerai dan seangkatan dengannya. Jadi, aku macam buat la muka kasihan jugak. Nak gelak nanti macam kasar sangat kan. Haha <--- eh.. tergelak~ :P

Dalam masa sebutan tu, macam-macam hal jadi. Kadang-kadang benda yang tak pernah terfikir pun boleh jadi isu. Ada yang marah sangat kat suaminya sampai siat habis sijil nikah. Yang aku peliknya, kenapa mesti siat sijil nikah. Habis berselotip sijil nikah nya. Haha... Last-last, pasangan tu rujuk semula. Dalam hati aku kata,

"Deyyy.... dah kenapa siat sijil nikoh. Doh tak dok kertas lain doh nok siat...?" ... Walau apa pun, aku ucap alhamdulillah sebab mereka tak jadi cerai. Harap kekal hingga ke syurga. ^___^

Nota 3

Haha... berapa banyak kali nota daaa.... Ok, ni yang terakhir. Saja nak kongsi, sebenarnya memang dah malas nak menulis blog ni. Tapi sebabkan ada la sorang budak ni, tetiba rasa semangat nak menulis. Haaa....
Sebab dia suka sangat makan kopi kot. Haaa. (kaitan sangat..asyik dengan kopi je)

Walau apa pun, terima kasih lah kepada si cilik tu. Nak sebut nama kang, tak pasal aku kena kejar dengan lembu sat lagi. Haha. Terima kasih kerana membaca. Miss u all! :)

Jom Istighfar dan Selawat ^_^

No comments: