NAJWAN | Diari Lelaki: Bagaimana 'Menulis' Boleh Ubah Hidup Kita?

Thursday, December 5, 2013

Bagaimana 'Menulis' Boleh Ubah Hidup Kita?

Apa yang kita selalu tulis? Ramai antara kita selalu tulis email, tugasan harian, 'assignment' dan lain-lain. Yang menariknya, dengan hanya menulis, kita boleh ubah cara pemikiran dan gaya hidup kita.

Di sini NS sediakan 5 cara yang berbeza untuk 'menulis' yang boleh mengubah serba sedikit cara dan gaya hidup kita.


1 - Menulis boleh merehatkan minda dan melonjak pemikiran ke arah yang lebih tinggi.

Caranya, kita digalakkan menulis semua aktiviti, projek, tugasan kita yang perlu kita lakukan setiap malam sebelum tidur. Daripada pergi ke kelas/kerja sehingga pulang makan malam di rumah/cafe. Melalui cara ini, kita dapat menyusun jadual kita dengan lebih teratur dan tersusun dan sekaligus meringankan beban hidup kita seharian.

2 - Menulis boleh membantu kita memproses emosi.

Dengan menulis perkara yang terdapat di dalam minda kita adalah cara yang terbaik untuk menangani masalah dalaman atau memproses perasaan tersebut ke sudut yang berbeza. Ianya serupa seperti berbual atau meluahkan perasaan bersama kawan kita. Cuma, dengan menulis, ia lebih berkesan kerana ia boleh menguatkan diri untuk menenangkan perasaan dan meningkatkan pengetahuan diri kita.

3 - Menulis boleh merekod sesuatu yang mudah kita lupa.

Jika kita selalu menulis mengenai pemikiran dan perasaan kita di dalam diari ataupun jurnal, kita akan mudah untuk mengingatinya dan tidak mengulangi kesalahan (jika ada) yang sama. Tambahan pula, apabila kita baca semula apa yang kita tulis, bukan sahaja ianya sesuatu yang menarik, bahkan ia boleh menambah nilai dalam kehidupan kita dan meningkatkan lagi keseronokan dalam diri kita.

Menyimpan diari ataupun jurnal boleh membantu meningkatkan kepercayaan dan keyakinan diri kita. Pengalaman lama yang ditulis boleh mengajar kita sesuatu yang baru dan bermakna.

4 - Menulis boleh meningkatkan rasa ingin berjaya.

Apabila kita menulis, kita secara tidak langsung meningkatkan daya rasa ingin berjaya dan meluaskan kemungkinan dalam diri kita sekaligus mengembangkan produktiviti diri.

Jika kita menulis, dan terus menulis mengenai cara kita berfikir dan perasaan kita di dalam diari ataupun jurnal, kita boleh menilai impian kita dengan lebih jelas dan terang lagi bersuluh. Lebih menarik lagi, apabila kita berjaya menulis jurnal, kita sudah menulis satu 'buku'. Ini boleh menaikkan semangat kepuasan diri dan kegembiraan dalam hidup kita.

5 - Menulis boleh meluaskan pemikiran.

Meluaskan pemikiran ini boleh diasah dengan pelbagai cara. Antaranya adalah dengan menulis. Tidak kisahlah apa pun yang kita tulis, jika kita mula menulis, kita menulis sesuatu yang berada di luar akal manusia dan singgah ke dunia yang asing. Dengan melakukan perkara sebegini, ianya boleh membantu kita terus bermotivasi dan mengurangkan rasa takut untuk berfikir luar kotak. Ingat, idea itu ada harganya. Jangan pandang rendah walaupun idea tersebut tidak masuk akal dan tidak disambut meriah oleh orang sekeliling.

Akhir kata, terus menulis, dan realisasikan impian untuk beroleh kejayaan...:)

1 comment:

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.