NAJWAN | Diari Lelaki: Pelita Hati ku

Sunday, October 9, 2011

Pelita Hati ku



Assalamualaikum kpd semua pembaca note nih…

Ni la kalo boring ngat duk umah…trpakse lah nulis note2 ni sume…drpd tido je tiap mase, better do something useful..

Bila duk dlm bilik sorg2..kdg2 trfikir juga 1 persoalan yg susah nk dijawab dlm minda nih..’Mengapa manusia sukar untuk menerima perubahan?’….


Mungkin kalian yg membaca post ni lebih arif tntg persoalan ni..sy secara jujur nya msih xtahu mengapa fenomena begini masih wujud dlm kalangan masyarakat moden skrg..hndak pula masyarakat yg dididik dgn ilmu agama dan akhlak2 mulia ni..

Sering kita lihat dlm tv, 1 crita yg mengisahkn seorg penagih dadah ni, baru b’taubat dan b’hijrah ke kampung lamanya…malangnya penduduk di sana tidak dpt menerima perubahan sikap yg dimiliki pnagih ini sdgkn pnagih itu sudah insaf dgn perbuatannya yg lalu seperti mencuri merosakkan harta dan sebagainya...padahal penagih itu memerlukan sokongan drpd org ramai utk memulakan hidup dgn cara yg baru…ok, habis part tv.. kita ni pula sebagai penonton crita ni, mesti terdetik dlm akal yg penduduk kampung tu, ‘Napela begok atau degil sgt nak mnerima penagih dadah yg dah berubah dan bertaubat itu..?’…dan selain itu.. Mengapa kita boleh menerima perubahan yg dialami oleh Tyson,



seorg peninju Barat yg dahulu nya kafir skrg telah mngucapkan dua kalimah syahadah..?

Kita pandai bertanyakan persoalan seperti itu kerana dlm cerita itu mengisahkn ‘kisah perubahan’ penagih trsebut dan sekaligus kita boleh menerima setelah mengetahui yg penagih tu sudah berubah…sama juga seperti Tyson itu, kisah beliau semasa sedar dan kembali ke pangkal jalan sering di uar-uarkan oleh media massa, oleh itu, mudah kita menerima nya sebagai saudara seagama dgn kita…ok…harap2 kalian semua faham la apa yg sy maksudkan mlalui text yg kt atas ni…

Point yg nak sy smpai kan kt sini,. Kita senang nak menerima perubahan seseorg bila kita sentiasa tahu perkembangan mereka stiap masa, tetapi, bg mereka yg kita x tahu, kita anggap mereka masih tdk berubah dan tetap sama seperti diri mereka yg dahulu… sy x kata atau tuduh semua manusia macam ini, masih ada manusia yg professional dlm menjalani kehidupan seharian mereka, tetapi tdk dpt dinafikan bahawa masih ada kelibat manusia yg mempunyai pemikiran seperti ini…kita sebagai manusia biasa, perlulah sering ‘update’ minda dan perasaan tntg seseorg…bukan ke dlm islam ni x wujud permusuhan sesama saudara seagama?

Teringat pula tntg seorg kwn lama ku ini…diluar mmg nampak baik, tulus dan murni akhlak nya…ramai org gerun dan hormat kpd nya kerana mempunyai peribadi yg mulia cmtu…tp malang…dia ni sering bersangka buruk kpd org lain…mulutnya selalu mngukir kata2 nasihat dan tazkirah kpd org ramai…tp sukar bg dirinya utk mnerima perubahan dlm diri seseorg…alhamdulillah skrg dia sudah sedar dan mnuju ke jalan yg lebih baik…kat luar sana, bermacam2 ragam manusia kita jumpa…pengalaman sy selama hidup di muka bumi, memijak dan menghuni bumi Allah S.W.T selama 19 tahun ni, sdikit sbyk, dpt mngubah diri sy ini…prubahan itu, tdk lah sekaligus mnjadikan sy seorg yg alim dan warak..walaupun begitu, syukur kpd Allah S.W.T krana sy boleh brubah drpd seorg yg jahil dan buta agama kpd yg lbih baik…

‘Caj positif dan negatif dalam diri seseorang itu akan berubah berikutan masa yang mereka tempuhi’…sy petik ungkapan ni drpd penulis buku motivasi trkenal Barat, Dale Carnegie....dlm buku nya yg sy lupa tajuk nye…sorry..hehe:P..
Mcm yg kita tahu, ramai org ingin diri mereka mengalami anjakan paradikma yg maksimum ke arah kebaikan… Tetapi mungkin disebabkan faktor media massa, pengaruh rakan sebaya yg pada hari ini lebih cenderung kepada arah yg tidak bertepatan dgn agama lalu menyebabkan berlakunya kesukaran dlm menjalani perubahan… Walaupun begitu, ianya tdk mustahil bertepatan niat kita yg kukuh serta sifat istiqamah yg mantap dlm diri seseorang itu…

‘Ustaz2…boleh ke ‘couple’ ni?’…..selama lebih kurang 2bulan ½ sy belajar hidup bekerjaya sebagai seorg guru,. Ini lah soalan yg sering ku terima drpd pelajar2 sekolah yg mana diriku ditempatkan utk mengajar…terkesima segala percakapan dan perbuatan ku serta terdetik di dlm hati kecil ini berfikir.. Ya Allah...jika aku menjawab soalan ini, maka semakin besar tanggungjawab ku di muka bumi-Mu Ya Allah…setelah sejenak memikirkan ayat apa yg patut ku karang…’Couple’ ni xde dlm islam…haram hukumnya hubungan lelaki dan perempuan jika wujud antaranya perasaan saling cinta mencintai serta ‘couple’ ni juga merupakan bunga2 zina yg akhirnya boleh membawa pelakunya ke lembah perzinaan yg dimurkai Allah…selepas itu, pelbagai soalan lain yg ditujukan kpd ku…Alhamdulillah, soalan2 mereka boleh dijawab oleh ku walaupun ada antaranya aku menyuruh mereka merujuk kpd org yg lebih alim utk mndptkan penerangan yg lebih mantap…setelah mereka masuk ke kelas…aku duduk di hujung penjuru perpustakaan sekolah, berfikir sejenak…Aku bersyukur pd-Mu Ya Allah kerana pantas menyedarkan diri ku Ya Allah…rezeki yg Kau berikan kpd ku ini amat besar nikmat-Nya…teringat pula aku kepada ‘perlakuan’ yg dimaksudkan oleh pelajar2 itu…selama 3 tahun bergelumang dgn dosa ‘couple’ ini…kdg2 diri ku trsenyum memikirkan perbuatan ku itu…apakah bodohnya diri ku ini...jahilnya diri ku Ya Allah…

Walaupun begitu… aku x menafikan yg aku masih berkawan dgn kwn2 ku, yg dulu2 sama ada lelaki atau perempuan, xkira jahil ataupun cerdik… bermusuh antara kwn ni bkn lah jenis diri ku…walaupun mulutku serta perkataan ku sering menuturkan kata2 yg mungkin menyakitkan hati pihak yg lain, tetapi diriku ini tdk lah lengkap dan sempurna…nafsu amarah tu tetap mekar dlm diri ini walaupun sudah cuba utk memadamkan nya berkali2…betullah kata ustaz ku yg sering ku mendengar tazkirah drpdnya stiap minggu..’Jika 2 jenis nafsu ini dpt dikawal, InsyaAllah, hidup boleh dijalani dgn aman dan tenteram…nafsu itu ialah nafsu syahwat dan nafsu amarah…’…aku tahu akannya, tp sukar utk diriku menjaganya... seperti mana kalian semua tahu tntg kisah nafsu ini apa bila di hadapkan kepada Allah, betapa sukarnya nafsu itu untuk mengaku bahawa Allah ialah tuhan nya…degil nya nafsu itu dan aku sendiri menuruti kedegilan nya…alhamdulillah, sekarang aku masih cuba utk mengatasi nya walaupun sering kali ter’kantoi’ sikit2…haha:P…

‘Ko ni kalo nak lepas, lepas lah semua kat Allah…’…seorg kwn ku memberi pesanan ringkas sebegini pada ku…aku tdk menafikan kata2 dia itu benar…tetapi...aku ini hamba yg mana merupakan seorg manusia…manusia juga memerlukan tmpt lain utk meluahkan pendapat dan isi hati…seperti mana sahabat2 nabi sering mengadu kepada Nabi S.A.W tntg masalah mereka…menurut kajian, seorg manusia yg apabila disokong serta diberi respon positif terhadap apa yg mereka adu kan, mereka boleh menjadi seorg yg lebih baik…tdk mustahil anak seorg penoreh getah boleh menjadi seorg doktor yg berjaya apabila mereka diberikan perhatian dan respon positif drpd org sekeliling nya…

Jadi, mengapa ada segelintir manusia yg sukar utk menerima kebaikan org lain? Malah sanggup membutakan mata hanya semata2 mahu menegakkan ego yg berada di dlm diri nya? Adakah mereka ingin melihat kebaikan itu di depan mata mereka sendiri, baru mereka mempercayai nya? Cuba kalian fikir, kalian semua berada di tempat penagih dadah yg sy ceritakan pada awal text ini… Sakit hati bukan jika masyarakt sekeliling tdk menerima anda? Dan tdk mustahil, dgn respon negatif masyarakat itu, penagih tersebut akan kembali kepada perlakuan buruk nya dahulu…

Sedar lah sahabat2 ku…sy menulis text ini, utk berkongsi bahawa sikap manusia ini, tdk dpt kita jangka…kita x boleh menganggap si fulan A sama dgn si fulan B…Ya, sy x nafikan yg ada org di dunia ini boleh menjadi seorg yg alim dan baik, tetapi, adakah persekitaran mereka itu sama seperti kita? Mengapa kita tdk pernah duduk dan berfikir sejenak,. ‘aku ni alim dan cerdik sgt kah sehingga aku berani mengatakan org itu tdk betul, org ini salah’ dan mcm2 lagi? Adakah sama pelajar di sekolah A yg berada di tengah bandar serta pelajar di sekolah B yg berada di luar bandar?

Post ini bukanlah utk memerli atau mengata sesiapa…hanya utk kongsi pendapat bersama kalian semua yg membaca text ini…jika ada yg terasa, mohon maaf kerana kesilapan sy…text ini juga boleh menjadi teguran serta peringatan buat diri ku sepanjang facebook ini di ‘activate’ kn…kepada sahabat2ku diluar sana, aku bertuah mendapat sahabat2 seperti kamu semua yg mana sering memberi peringatan dan nasihat kepada diriku dan tdk putus2 memberikan kata2 semangat kepada diriku ini…Alhamdulillah…
Semoga diriku ini menjadi seorg yg lebih baik dlm menjalani kehidupan seharian…
Amin Ya Rabbala’lamin…

3 comments:

Farid said...

Teruskan berkongsi Ustaz, sememangnya tak semua orang sempurna, yang mencantikkannya adalah tegur menegur dan saling ingat mengingati antara satu sama lain. Semoga usaha kita mendapat rahmat daripada Allah, bukan sahaja kebaikkan untuk orang lain, malah kepada diri sendiri juga. Insya-Allah.

Unknown said...

setuju dengan farid ni...jika inginkan yang sempurna,jangan jadi manusia..ini semua Allah aturkan...^_^

wanmin92 said...

Allahuakbar...terima kasih sudi baca entry kerdil sy ni..:)
InsyaAllah..