NAJWAN | Diari Lelaki: 2014

Sunday, December 28, 2014

Keluarga Dan Cinta

family aku, saudara, dan nenek (wan) yang terlibat dengan banjir ;)

Assalamualaikum. Sihat? Aku penat bercampur puas. Sudah 2 hari aku tidak bertemu air suci. Cuma bertentang mata dikala wudhu' dan memberus gigi. Itulah lumrah kehidupan insan-insan yang diuji. Maka, bertasbih lah kepada Ilahi. Tiada yang lebih mengetahui perkara ghaib kecuali Dia Yang Maha Mengetahui.

Menjadi mangsa banjir selama 2 hari setengah amat menyeronokkan.

Friday, December 26, 2014

Dunia & Keluarga

my house is just behind the Temerloh sign

26 Disember 2014

Aku masih disini, mereput di dalam bilik. Mengelamun mengimbau detik dan tika mana mereka dikampung bersusah payah memunggah barang. Aku mahu tolong. Paling tidak pun, aku mahu berada disana bersama mereka. Tetapi, apakan daya, 30 Disember merupakan tarikh kertas pertama peperiksaan akhir ku.

Baiklah, aku mengambil jalan untuk tidak ke meja peperiksaan,

Thursday, December 25, 2014

Jodoh & Ujian Ditangan Allah

pagi 25/12 : gambar ni diambil di depan gate rumah
Assalamualaikum. Kerap pula 2, 3 hari ni aku update blog. Ada udang sebalik mee-hun kah? Haha. Opkos lah tak ada. Aku tak berapa makan sangat mee-hun ni. Cuma, aku tak tahu kat saluran mana aku nak express feelings aku pasal mangsa banjir tu semua. Sedih tu ada, gembira sebab diorang pasti dikurnia hikmah yang lebih besar pun ada. Hmm... (tetiba celaru identiti kat sini -__-)

Tuesday, December 23, 2014

Rindu : Dia & dia


Gelora jiwa entah mengapa,
Adakah kerana kehilangan si dia?
Bukan! Aku tahu apa sebabnya,
Aku jauh daripada Dia,
Apa pula beza antara dia & Dia?

Tuesday, November 11, 2014

Penipu Dunia



Haha, cantik tak gambar atas ni? LOLs sangat~

Hasil gambar yang diambil menggunakan GT 2 7.0 inilah yang membuatkan aku rasa nak tulis kat blog bersawang lawang nih. (Korang jangan komen bebanyak gambar tuh, aku tau tak cantik pon -_-')

By the way, korang semua boleh baca kan? Okeh, kalau mata korang rabun, meh aku tolong bacakan.

Sunday, November 2, 2014

Aku Ingin Melakukan Dosa



Dalam hati kecil ku, meronta-meronta ia untuk bersuka ria di 'night club'. Siapakan tidak mahu untuk berseronok. Bersama jantina yang berbeza pula tu. Pasti puas! Tetapi... ku lihat almari baju, tiada pula baju yang sesuai. Jeans tiada, baju yang berlogo universiti itu ada lah. Tak kan aku mahu pakai baju berlogo itu pula. Malulah nanti.

Monday, August 11, 2014

Belajar Suka Perkara 'Present' Sebelum Dianugerah Perkara 'Future' Yang Kita Suka


Assalamualaikum. Hai teman-teman semua sihat? Alhamdulillah.
Teringat zaman dulu-dulu bila saya sertai kem motivasi ada seorang penceramah ini sering menuturkan ayat seperti dibawah :

"Hadirkan perasaan suka kepada perkara yang kita lakukan sekarang supaya nanti mudah mendapat perkara yang kita suka."

Jelaskan? Atau berbelit ayatnya?

Saturday, August 9, 2014

Yakin Pada Diri


Assalamualaikum sahabat-sahabat. Sihat? Bila tengok tajuk ni, mesti kalian sudah tahu apa yang bakal menjadi intipati artikel kali ini kan? Ya, betul, jika ingin menggapai apa yang kita mahu, wajib kita kena yakin pada diri.

"Saya dah yakin, tapi tak dapat apa pun."

Monday, August 4, 2014

The Truth Behind Success



Sengaja mahu share artikel daripada LifeHack untuk tatapan kita bersama.
Tidak kisah barat ke timur ataupun lain agama, yang penting, isi dan pengajaran.

Sedut-sedut mana yang patut

LifeHack.org

Wednesday, June 25, 2014

Cinta L.A.P ( Law Attachment Programme )


Assalamualaikum teman-teman. Lama sudah tak menulis di blog ni. Sihat-sihat sahaja kan semua ni? Haha... Habis karat semua isi-isi dalam blog ni. Tapi rasa mahu berkongsi masih lagi asli dan elok cantik rupanya. Pasti diri ni tak kan berhenti berkongsi sesuatu yang insyaAllah membawa manfaat. Kalau tak bawa tu, PM senyap-senyap la ye, heh. Jangan hentam je. =_____=''

Saturday, March 29, 2014

Permata Dikala Kesusahan


Assalamualaikum teman-teman. Apakah masih kau sangka aku lupa padamu? :)

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurniaNya, masih mampu untuk aku bernafas pada pagi yang hening, menikmati alam ciptaanNya. Agung sungguh kebesaranMu ya Allah. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW (selawat sama-sama), pengorbananmu telah melahirkan ramai anak muda yang memperjuangkan hak-hak manusia seantero dunia. Islam insyaAllah kini bangkit menentang kezaliman.

Sunday, February 16, 2014

Indah Hidup Bersahabat



Assalamualaikum. Sihat? Lama sudah tidak 'update' blog (bajet macam orang lain suruh kau update sangat~). Aku kira labah-labah dah nak mula buat jaringan perumahan mereka di laman ini. Syiioohh~ Jangan kau berani bertapak di medan untuk aku melontarkan persoalan dan pandangan wahai labah-labah.(>_<)

Monday, February 10, 2014

Mengapa Menulis?



Assalamualaikum teman-teman. Menulis lagi aku hari ni. Alhamdulillah diberi nikmat hidup, nikmat menulis dan semuanya. Baru balik daripada kelas. Awal-awal semester masih rasa bahang seronok belajar, tetapi, dah akhir-akhir nanti harap Allah tambahkan lagi bahangnya InsyaAllah. Wuwuwu..T_T..
Biasanya makin hari makin lemah semangat. Tapi tak apa, aku boleh! :P

Sunday, February 9, 2014

Dulu Dan Sekarang

(Gambar ni tak da kaitan dengan post aku okai?) Apa kono eh jang! haha

Assalamualaikum teman-teman (yang baru dan yang lama~). Harap sihat sentiasa dan berada dalam rahmat Allah Ta'ala. Dah makan? Solat jemaah ke idak? Kekeke~..:P

Okai, hari ni tak mau bebel panjang-panjang. Baru sat tadi, tengah-tengah ber-Blog Jogging tadi, terjumpa satu blog ni. Dah dinamakan jodoh kot, (lol, aku dah mula merepek >__<"). Oke, serius2...

Thursday, February 6, 2014

Ujian : Kisah Semalam



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (panjang sikit bagi salam hari ni ^.^). Sihat kan teman-teman? InsyaAllah kita sentiasa berdoa agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat dan seterusnya dimasukkan ke dalam syurga yang kekal abadi.

Wednesday, February 5, 2014

Disebalik Dukacita



Assalamualaikum teman yang dihormati sekalian. Harapnya sihat sentiasa dan berada dalam keampunan Allah Ta'ala. Teman, hidup kita penuh dengan warna pahala dan dosa. Kita yang melaksana, kita yang menerima segala apa jua balasan yang setimpal dengan apa yang telah terlaksana. Semoga Allah terima taubat kita.

Tuesday, February 4, 2014

Pilihan Hidup



Assalamualaikum wahai sahabat-sahabat yang dikasihi Allah. Ingat lagi tak ni nak lawat blog aku? (>_<)v.. InsyaAllah akan ku doakan aku dan kalian semua agar diampun dosa oleh Allah dan kita sama-sama mendapat rahmat Allah di dunia dan di akhirat.

Hari ni macam biasa, berpagi-pagi aku bangun, berbekalkan hati semurni embun pagi (cewaahh!), menulis sepucuk surat untuk kalian. Bacalah...

Monday, February 3, 2014

Nakhoda Sekujur Jasad



Assalamualaikum... Kaifaha luk? (amboih mengada nak berbahasa arab >_<).. Didoakan agar kalian sentiasa berada dalam sihat dan sejahtera. Mak ayah sihat? Dah telefon mereka ke belum nih? Hehe..

Ekceli, pagi ni nak kongsi bahawa, kita ni, untung sebenarnya jadi manusia. Bak kata 'omputih' (kau orang jangan tiru perosak bahasa macam aku ni okai?),

Sunday, February 2, 2014

Pasangan Acuan Al-Quran


Assalamualaikum teman teman budiman. Sihat? Aku sentiasa doakan kalian berada dalam keadaan yang dirahmati Allah dan hidup dalam keadaan kaya dan berjaya. Mula daripada hari ni, aku nak update blog aku yang jadi kediaman labah-labah (bukan labu labi okeyyy) sejak turun temurun nih. So far, insyaAllah aku akan terus menulis dengan tulisan yang aku kira, ada nilai disisi sudut pandang ku insyaAllah (harapnya untuk kalian ada jugaa...huuu). Walaupun blog aku ni tak ada lah se'famous' (ini bahasa rojak~) blog-blog yang hebat-hebat belaka di luar sana, aku tak kisah pun semua tu. Asalkan aku ada platform sendiri yang dapat aku salurkan idea dan perkongsian. Daripada aku pendam, dan

Saturday, February 1, 2014

Indah Hidup Apabila Diuji



Assalamualaikum guys! Peace yo! Didoakan para sahabat kekal sihat sentiasa. Yang kena makan ubat jangan lupa pi amik air, dan telan ubat elok-elok. Jangan pakai telan je ubat tu. Tercekik nanti padan muka (>_<).

Sudah lama tak menjenguk taman sesawang ni. Habis sawang sana sini dek malas nak update. Ini semua salah Anwar Ibrahim! (tiba~). Ok, tu cerita lama~ Abaikan~. Dah, habis muqaddimah :)