Assalamualaikum teman-teman. Menulis lagi aku hari ni. Alhamdulillah diberi nikmat hidup, nikmat menulis dan semuanya. Baru balik daripada kelas. Awal-awal semester masih rasa bahang seronok belajar, tetapi, dah akhir-akhir nanti harap Allah tambahkan lagi bahangnya InsyaAllah. Wuwuwu..T_T..
Biasanya makin hari makin lemah semangat. Tapi tak apa, aku boleh! :P
Hari ni aku nak tulis simple post je, tak panjang, tak pendek. Yang sedang-sedang je. Tapi, harap bermanfaat pada semualah ye yu'olls. Okai, macam ni. Dulu, ada orang tanya kat aku,
"Erm, wei najwan, apasal ko menulis ha? Bajet bes la tu? Kau tak ade la hebat mana pun bab menulis nih. Buang masa ko je. Baik kau tanam anggur (aku tak tahu kenapa asyik anggur je jadi mangsa kena tanam). Dapat jugak hasilnya."
.... v(O_O)v ....
Opss, sebelum tu, sama sekali bukan macam ni ayat kawan aku tu. Dia sopan sikit. Tapi isi yang sama lah. Persoalan mengenai mengapa aku ni suka buang masa dengan menulis (padahal aku memang suka buang masa pun.. Kalau bukan dengan menulis, aku tido.. wkwkwk.. :P)
Okai, aku bagi jawapan simple and precise je. Actually, not that so-called precise. Hekekeke..
Aku jawab macam ni,
"Aku memang bajet bes pun, apasal kau? Tak puas hati? Aku dah ada anggur belakang rumah aku, kau ada? Aku memang suka sangat menanam ni. Anggur memang boleh hidup sangat kat tanah belakang rumah aku." <--- haha, ni aku over terlebih. Bukan ni ok jawapannya.:P
Aku jawab,
"Ok macam ni. Back to basic, kita manusia, hamba pada Yang Maha Esa. Kenapa kita diutuskan di dunia? Untuk bersuka ria ke? Atau untuk makan minum tidur? Bukan kan? Bagi aku, kita kena buat apa yang biasa seorang hamba buat pada tuannya. Contoh sediakan makanan, buat kerja rumah dan sebagainya. Sama juga kita dengan Allah. Allah utus kita kat dunia ni bukan saja-saja. Dia nak kita sebarkan agama yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad Sallahu 'alaihi Wasallam (selawat sama-sama yuk..). Jadi, apa tugas kita adik-adik?
'Berdakwah..'
'Betul, nah hadiah..'
'Yeay jajan dindang..'
Kekeke.. kau orang jangan perasan muda terlampau pulak~
Okai, sambung. Aku sedar aku bukan Imam Muda, bukan juga selebriti yang baru berhijrah, dan jauh sekali ulama' besar dalam Islam. Tetapi, tak ada pun syarat kalau nak sebarkan Islam, mesti jadi salah seorang seperti yang aku tulis kat atas kan? Jadi lah siapa kita sekarang. Medium nak berdakwah dan sebarkan Islam ni cukup luas. Bahkan dengan senyuman pun boleh dikira dakwah tau? Kau orang nak pahala tak ni? Haha..
Bagi aku, menulis ni adalah antara medium ataupun cara untuk berdakwah pada zaman kontemporari sekarang. Ramai manusia lebih menggunakan internet berbanding merujuk kepada media massa untuk mencari apa-apa sumber ilmu pengetahuan. Jadi, apa salahnya kita ambil peluang ini untuk menyinari kembali cahaya Islam dalam diri seseorang. Kan?
Lepas tu, ada pula yang persoalkan, 'Ada ke orang baca blog kau?' atau, 'Ada ke orang baca tulisan kau?'.
Hurm.. Ada atau tidak tu hasil daripada gerak hati Allah terhadap individu tersebut. Jika ada, alhamdulillah. Kalau tidak ada pun, mesti dia baca tulisan atau blog orang lain. Aku tak kisah pun. Matlamat pendakwah ini serupa dan sama. Iaitu untuk melahirkan khilafah Islamiyyah. Dalam proses untuk mencapai matlamat tersebut, banyak la matlamat sampingannya. Contoh, individu muslim, keluarga muslim dan sebagainya.
Kiranya, walaupun orang tak baca aku punya post, tapi, dia masih baca orang lain punya post kan? Dan post dia orang tu masih dalam lingkungan dakwah kan? So, no problem at all. Aku lagi gembira. (^____^)"
Psst..Psst... Tadi ada orang kata nak tulis sedang-sedang je~
Harharhar... itu lah jawapan aku. Kalau menulis, panjang la jugak. Kalau lisan, aku cakap sikit je aku rasa. InsyaAllah yang bertanya tu dah boleh faham. Huhu.
Walaubagaimanapun, teruskan berlari membawa agama yang satu. Keep spreading da'wah. Utamakan pandangan Allah berbanding manusia ya. :)
Sampai sini jep. Terima kasih membaca. Jom selawat dan istighfar :)
No comments:
Post a Comment