NAJWAN | Diari Lelaki: Nakhoda Sekujur Jasad

Monday, February 3, 2014

Nakhoda Sekujur Jasad



Assalamualaikum... Kaifaha luk? (amboih mengada nak berbahasa arab >_<).. Didoakan agar kalian sentiasa berada dalam sihat dan sejahtera. Mak ayah sihat? Dah telefon mereka ke belum nih? Hehe..

Ekceli, pagi ni nak kongsi bahawa, kita ni, untung sebenarnya jadi manusia. Bak kata 'omputih' (kau orang jangan tiru perosak bahasa macam aku ni okai?),


''No one can hurt you without your consent."

Dalam bahasa kampungnya ialah, 'tiada siapa boleh sakiti kamu, tanpa kerelaan kamu'. <---macamlah orang lain tak pandai terjemah..lalala~. Aku rasa selalu je kita dengar ayat ni. Tapi dek kerana 'thought' atau pemikiran kita yang tersangat misteri dan pelik yang sampai tahap 'unbelievable', tercetuslah huru-hara dalam tindakan kita. Ha, faham ke faham ni? Okai, contohnya, kita tengah duk cakap ni depan orang. Syok sangat cerita tentang diri kita ni. Tiba-tiba lah kan, ada pula seorang mamat/minah ni berbisik-bisik dengan orang sebelahnya, dan bisikan beliau itu kita dengar.

"Eh, Tipah cuba kau tengok Si Najwan ni, ada 'something' melekat kat hidung dia.''

"Eh, ha'ah lah kan Tijah. Euww. Homaigod what's that?" (bergosip dalam bahasa omputih tu bak hang..wkwkwk..)

(kau orang jangan buang tabiat buat macam ni kat kawan ye..haha..)

Pastu yang Si Najwan tu pula dengar dan berasa lain macam. Mula la 'cover' sana sini. Cerita yang disampaikan pada awalnya bersemangat, kini menjadi merapu dek kerana fokus dah hilang. Eh, jap! Apa kaitan tajuk awal post ni dengan situasi ni?

Kaitannya ialah, usah peduli apa yang orang cakap. Tu je. Okai, jom kita fikir sat, kita bayangkan yang kita di tempat Si Najwan tu. Tengah kita bercakap-cakap, kita dengar orang bisik tentang benda alah tu.

Kita bahagi kepada dua situasi. Situasi A, kita respon seperti respon yang tertera di atas, iaitu dengan hilang fokus terhadap penceritaan, dan sapu benda alah misteri yang melekat pada hidung tu. Di tambah pula rasa malu, dan sebagainya. Sebab, apabila kita sapu, fikiran kita dah berkecamuk (berkecamuk tu habaq hang! HAHA). Jadi, jalan cerita yang kita nak sampaikan dah entah ke mana, 'confirm' penyampaian jadi kekok, dan sebagainya. Orang/audiens dah nampak dah benda alah misteri tu oitt kat hidung hang. Tak payah nak 'cover' sangat lah~.

Situasi B, kita teruskan sahaja dengan cerita kita. Sebab kita tahu, kalau kita buang atau sapu benda alah misteri tu pun, orang/audiens dah tahu benda tu melekat kat hidung kita. Jadi, sapu atau tak sapu pun sama je. Kelebihannya dalam situasi B ni, kita boleh terus fokus dengan persembahan atau penceritaan kita. Orang yang berbisik tadi pun sebenarnya dia bisik masa tu je. Kalau gelak pun, gelak masa tu je. Tak ada lagi aku jumpa orang yang macam tu, gelak sampai ke kiamat. Paling kurang pun sejam je. Dia orang pun ada banyak benda lagi nak fikir. Bukannya hidup dia orang dengan batang hidung kita je. Kannnn~~... :P

Ke tak percaya?

Hello! Kau orang kalau dengar cerita, kau orang fokus kat cerita ke atau kat lobang hi*** kawan kau orang? Of coz la kat ketampanan/kecantikan kan? <----oopss..tiba~..wkwkwk.. Of coz la fokus pada cerita yang nak disampaikan. Betul tak? Ke cemana?

Krikk...krikk..krikkk.... Kau orang ni sebenarnya dah kenapa? Aduiii peliks~

Haha... Okai, aku tulis je post ni. Mana yang baik tu, boleh diambil buat ilmu guna-guna. Harharhar~... Ilmu yang baik-baik la ye. Jangan pi buat benda merepek pula! InsyaAllah bermanfaat. Walaubagaimanapun, 2 situasi di atas masih ada pengecualian/ 'exception'. Banyak lagi di luar sana cara yang sesuai untuk hadapi keadaan sebegitu. So, don't worry. We are not 'jumud' right? (^^,)v

Okai,  tamat siaran untuk hari ini. Ingat, pagi-pagi ni Allah suruh kita pi cari rezeki. So, jangan tidoq pas subuhhh naa...! (apasal aku macam tulis guna loghat Kedah ni, aku orang Pahang la @.@).. Hihi.. InsyaAllah rezeki ada di mana-mana. Jom selawat & istighfar, ingat pada Allah & Nabi S.A.W.

No comments: