NAJWAN | Diari Lelaki: Penipu Dunia

Tuesday, November 11, 2014

Penipu Dunia



Haha, cantik tak gambar atas ni? LOLs sangat~

Hasil gambar yang diambil menggunakan GT 2 7.0 inilah yang membuatkan aku rasa nak tulis kat blog bersawang lawang nih. (Korang jangan komen bebanyak gambar tuh, aku tau tak cantik pon -_-')

By the way, korang semua boleh baca kan? Okeh, kalau mata korang rabun, meh aku tolong bacakan.


"Taubat : 
Syaitan says YOU CAN'T,
  Allah says YOU CAN!"

Amacam? Fahamkan? Sekali sekala boleh kan menulis dalam bahasa inggeris ni? Haha.. Actually, penipunya tu Syaitan la. Tahu kan? HAHA.
Okeh, ceritanya macam ni. Aku tak saja-saja tau menulis benda ni. Setiap sesuatu itu, pasti ada kisahnya. Sama juga kalian semua. Hee~

Hari ini, (iaitu semalam, Isnin), aku ditakdirkan untuk jadi orang paling sengal sedunia. Memang lengitlah hari aku semalam. Tak tahu nak cakap macam mana. Ibadah entah ke mana, meeting pun macam apa entah. In brief, serabut! 

Lepas tu, nak dijadikan cerita, aku scroll-scroll FB aku, which aku bersyukur sangat dapat friends FB yang geng-geng budiman tahap soleh level 5 punya. Jadi, status-status diaorang memang banyak yang menusuk jiwa. Sedang aku scroll-scroll, memang terpesona juga dengan ayat-ayat Quran, kalimah-kalimah motivasi dan sebagainya. 

Tapi, tengah-tengah menikmati kata-kata elok macam tu, ada 1 gambar jadi spoil mood aku, which gambar orang kahwin (hahah!!). Woi, angpa tak payah kot cerita pasal kebahagiaan angpa kat FB kan? Haha, dah angpa dulu derita sangat hidup dengan mak bapak angpa masa kecik dulu? Heh~
Gurau beb! Aku doa kalian semua yang kahwin awal ni dianugerah rezeki oleh Allah berserta keberkatan daripadaNya. Dan, of course jangan lupa doakan aku yeah? Haha :P

Okeh, sambung cerita. Habis saja scroll-scroll. Aku berhenti sekejap. Memang berhentilah. Ala-ala tekan button pause gitu. Haha, over tak? Dalam masa aku kaku seketika tu, memang banyak benda main dalam kepala aku. Kenapa itu, kenapa ini, mengapakah, bagaimana, macammana, bila <--- ni semua soalan yang aku monolog dalam diri ketika itu. Akhirnya, memang satu je jawapan yang aku dapat. Dan aku percaya semua orang pun pasti akan mendapat jawapan yang sama. 

Apa dia? hehe... Korang baca sampai habis dulu deh. Dah nak habis da ni. Kat hujung post ni aku tulis apa yang jawapan yang aku dapat. Okeh itu ja nak cerita untuk hari ini. Tak ada apa sangat pun sebenarnya. Haha. Maaf zahir batinlah ya kalau buang masa korang baca post ni. Aku menulis tengah pagi kot. Dengan test yang tak siap langsung lagi nya ni. Apa nak jadi pun tak tahu lah (-___-)v. 

Okeh, terima kasih sebab sudi menapak di blog ini. To conclude, may we meet again someday. Assalamualaikum :)

"ISTIGHFAR"


No comments: