NAJWAN | Diari Lelaki: Tip Memilih Rakan Kongsi

Sunday, October 20, 2013

Tip Memilih Rakan Kongsi



Assalamualaikum sahabat-sahabat..(^^,)..
Didoakan sentiasa berada dalam keadaan sihat yang sangat-sangat dan dirahmati Allah S.W.T. Pada pagi yang mulia ini, NS mahu 'share' tentang cara untuk memilih rakan kongsi yang bagi NS, ada manfaatnya insyaAllah. Nak baca tak? TeeHee..


Bukan apa, kita mesti nak rakan kongsi yang kena dengan kita kan? Tapi, haa.. tudia tapi.. Mungkin ada baiknya kita cuba cari yang lain sikit daripada kita.

Ok, dah, jom... Kita 'enjoy' membaca sat...:)

Mula-mula, rakan kongsi ni terbahagi kepada 2 :

1. Rakan-kongsi Strategik
2. Rakan-kongsi Sebulu

Apabila kita nak memilih business-partner, pilih partner yang menghasilkan perkongsian strategik.

Sebagai contoh:

+ Kita mempunyai kemahiran memasak resipi Thai. Kita pilih 3 orang rakan-kongsi strategik. Orang yang pertama mempunyai rumah kedai. Orang yang kedua memiliki modal wang tunai. Wang itu diperlukan untuk renovasi kedai dan membeli peralatan kedai makan. Orang ketiga mahir dalam 'marketing'.

+ Kita mempunyai kemahiran membela kambing. Kita pilih 3 orang rakan-kongsi strategik. Yang pertama memiliki tanah pertanian kosong. Yang kedua memiliki modal wang tunai. Wang itu diperlukan bagi membina kandang kambing dan membeli kambing. Orang ketiga mahir menjual.

Jangan pilih rakan-kongsi yang sebulu dengan kita. Orang yang sebulu dengan kita memiliki kekuatan dan kelemahan yang serupa dengan kekuatan dan kelamahan diri kita sendiri.

+ Kita suka membuat produk sendiri. Orang itu pun suka membuat produk sendiri.

+ Kita suka duduk buat kerja di pejabat. Orang itu pun suka duduk di pejabat.

+ Kita suka jadi boss. Orang itu pun suka jadi boss.

+ Kita tidak suka melakukan kerja-kerja remeh. Orang itu pun tidak suka melakukan kerja-kerja remeh.

Biasanya kita lebih mudah menyukai orang-orang yang sebulu dengan kita. Mereka adalah bayangan wajah kita sendiri. Kita seronok berbual-bual dan berkawan-kawan dengan fotokopi kita.

Dalam memilih rakan-kongsi bisnes, tujuan kita adalah memiliki tim yang kuat dan efektif. Bukan tim yang kita suka! Hehe. NS tak marah ya. Inilah antara sebab, kenapa perlunya perbezaan aliran dalam sesebuah tim. Lebih banyak warna, lebih menarik kan? Tapi, apa pun, bergantung pada tuan dan cik puan la (eh, sejak bila...:P ), saya cuma berkongsi aje kan..

Okaaayyy...! Terima kasih sudi luangkan masa membaca ini post. Huu.. Didoakan agar isi ini bermanfaat pada kita semua dan moga jumpa lagi..(^^,)

Lebih menarik lagi di Page Motivasi Hati (^,^)v...

No comments: