Monday, October 21, 2013
Strategi Menjual Barang
Assalamualaikum dan selamat pagi :)
Lamanya tinggalkan blog ni. Exam & Test asyik memburu NS je minggu ni. =,=... Walaubagaimanapun, insyaAllah dengan pertolongan Allah, dipermudahkan segala urusan. Okay, pagi ini, NS nak kongsi tentang beberapa tip untuk strategi jual barang.
Mesti ramai yang ada produk, tetapi tak tahu nak buat macam mana untuk jual. Lebih malang lagi, kalau perniagaan kita menjual produk yang original, dan sebelah kedai kita, ada orang yang menjual produk cetak rompak. Pasti kita rasa terancam dan tercabar. Tapi jangan risau, tak elok kita berasa macam itu. Mungkin itu rezeki mereka.
Kita cuba usaha untuk meningkatkan sales kita. Dengan itu saya sarankan 4 strategi mudah untuk membuatkan pelanggan melekat rapat, dan tak pergi mana-mana dah selain daripada kedai kita. Pasti mereka akan datang lagi. Caranya adalah seperti berikut :
1. Meningkatkan service kita dengan customer. Sehingga customer mencari kedai kita semata-mata mendapatkan layanan dari kita. Maknanya kita jual diri kita dahulu.
2. Mengubah cara penyusunan produk, menghias tempat berniaga dengan lebih menarik supaya mengalihkan pandangan customers kepada kedai kita dahulu.
3. Memberi hadiah percuma kepada setiap pembelian kepada customers.
Walaupun pemberiannya kecil tapi dapat mengembirakan hati mereka.
4. Dan merancang strategi dari masa ke semasa. Contohnya mewujudkan produk baru yang pesaing kita belum pernah menjualnya.
Senang dan mudah bukan? Mungkin usaha ini perlukan masa. Tapi jangan risau. Belum cuba belum tahu. Jom berjaya ramai-ramai.
Ada seorang mentor usahawan beritahu, 'jangan anggap orang lain sebagai pesaing, dan kita berbisnes dengan wujudnya daya saing, tetapi, berbisnes lah dengan sifat ingin berlumba-lumba tanpa menjatuhkan mana-mana pihak. Jangan melakukan perkara yang buruk untuk mendapatkan rezeki.'
Alhamdulillah. InsyaAllah kita ketemu lagi ya. Jangan nakal-nakal..(^^,)v
Lebih menarik di Page Motivasi Hati ... :)
Labels:
Bisnes
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment