NAJWAN | Diari Lelaki: Tip FB Page Marketing

Saturday, October 19, 2013

Tip FB Page Marketing



Assalamualaikum sahabat-sahabat (^^,).. Harap sihat sentiasa hendaknya. Hari ini NS mahu kongsi apa yang mentor NS kongsikan lama dahulu. Baru sekarang rasa nak 'publish' lepas godam-godam 'file' dalam laptop ni.

Ramai nak tahu apa rahsia FB Page yang menarik kan? TeeHee..:P

NS mahu kongsi serba sedikit tip yang insyaAllah boleh membantu kita semua untuk mendapat FB Page yang disukai ramai. Selamat mencari informasi...:)

Ok, kita teruskan pada tip-tip nya :

1. Jangan tulis di 'status' macam buat karangan. Tulis macam ada 'conversation' dengan kawan-kawan. Kalau karangan, konfem boleh tertidoq..Kalau 'conversation', kita akan rasa ada 'engagement'. Itu yang kita nak, kannn...

2. Bercakap atau bercerita tentang perkara yang benar-benar terjadi. Jangan menipu di FB Page kerana sebenarnya pembaca kita boleh 'rasa' sama ada cerita kita tu benar-benar terjadi atau menipu. Apa yang kita cuba sampaikan nanti nampak palsu...

3. 'Be yourself'. Jangan cuba berlakon dan jadi orang lain. Kalau ada kelemahan dan keburukan, tak perlu 'cover'. Tunjukkan jer...Tak payah sorok-sorok..

4. Tulis dan bercerita dari hati. Katakan kalau kita nak tulis tentang naik jatuhnya diri kita, kita tulis sampai tahap kita menangis sendiri. Pernah saya tulis pasal macamana sejarah silam mengajar diri saya sampai jadi hebat macam ni (=,='..erkk...). Saya bukan setakat menangis, saya meraung terus...sampai berair mata menitis macam hujan dah saya petang tu... Dan, bila jadi macam ni..tengoklah nanti..LIKE punyalah tinggi...yang komen pun banyaknya...Barulah ada 'engagement".

5. Jangan 'hard sell'. Contoh, kita suka cakap pasal produk kita dan harga produk sahaja. Pelanggan dah letih nak 'engage' kalau asyik tunjuk produk dan harga jer... Zaman dah berubah cikkk...

6. Jangan 'expect' dari FB Page ni kita boleh dapat 'direct sales'. Sebenarnya apa yang kita buat ini adalah untuk tingkatkan jualan tapi secara indirectly. Contohnya apa yang berlaku dengan pembaca Page Anis Choc Moist Cake, ni komen Founder Anis CMC, 'ramai yang bermula hanya dengan membaca posting kami, dan mereka pulak suka sangat 'content'nya, akhirnya selepas beberapa kali baca posting kami, mereka pasti terjebak sama ada teringin nak jadi pengedar atau teringin nak rasa keenakkannya.'

7. Kena faham, bila kita dah decide untuk focus on FB Page ini, kita kena konsisten. Kita kena selalu ada di page dan berkomunikasi di page. Once kita dah start, kita cannot stop. Kita kena terus aktif walaupun letih, contoh baru balik dari kelas ke...atau pegi melancong ke..ada kerja lain ke. Kalau kita tak sempat nak buat hari tu, its okay..tapi make sure kita ada pengganti atau orang lain tolong postkan. Kita boleh jugak schedule posting kita untuk 10 hari kalau kita keluar melancong contohnya..Apa pun, kita kena exist jugak dalam fb. Sebab kalau kita tak konsisten, traffic akan drop 21% ...rugi tau....

8. Start tulis dengan bahasa yang mudah difahami dan yang mengikut bahasa audiens. Jangan gunakan bahasa bombastik dan bahasa berbunga-bunga. Ini membuatkan orang boleh tertidor.

9. Jangan cuba nak tunjuk pandai di fb page. Customer cuma nak info yang simple dan clear. Customer bukannya online sebab nak cari yang 'bijak'. Diorang nak yang simple.

10. Kadang-kadang cuba selesaikan atau beri pandangan pada pertanyaan orang.

11. Mesti ada personal connection. Tunjukkan kepada audience kita yang kita 'care about them'.

12. Jangan buat kerana nak dilihat 'amaze'. Kita cuma nak bagi sesuatu yang ada value, yang berguna untuk mereka. Seolah-olah kalau kita mintak bayaran pun mereka akan bayar.

13. Jadikan page kita page yang harmoni. Yang terbaik ialah berkongsi pengalaman dengan niat untuk tambah nilai hidup orang lain.

14. Buat sesuatu yang membuatkan orang gembira. Dari gembira, dia akan ada love dan relationship/friendship factor, dengan ini ia akan connected dengan manusia.

15. Penceritaan mesti ada elemen enjoy (Jangan terlalu static).

Ha, setakat ni jelah perkongsiannya. Harap bermanfaat untuk kita semua. Apa yang penting, kita praktikkan apa yang kita tahu. Jangan baca dan tunggu orang buat untuk kita. Buat dulu, baru tahu apa kesannya. Haha. Okay. Hingga jumpa lagi nanti (^^,)

Lebih menarik lagi di Page Motivasi Hati ... (^,^)

No comments: