NAJWAN | Diari Lelaki

Wednesday, June 26, 2013



Mencari ketenangan dikala hati ditusuk kekecewaan,
Hampir punah harapan untuk berjuang tika dihujani ujian,
Walau bagaimanapun, tiada pihak yang perlu dipersalahkan,
Percayalah bahawa setiap sesuatu itu pasti ada ganjaran,
Dan segala apa yang berlaku merupakan suatu ketetapan,



Teruskan tabah dalam menjalani kehidupan,
Fokus kepada hubungan erat dengan Ar-Rahman,
Teliti ketika berbicara dengan sahabat dan teman,
Kerna tidak semua mampu menahan tajamnya bilahan lisan,

Sentiasa menjaga hubungan yang telah dianugerahkan,
Elakkan merasa dengki kepada yang berkedudukan,
Tiada guna jawatan jika hati penuh dengan kekotoran,
Bersyukurlah atas segala nikmat yang telah diberi Tuhan,

Usah mengadu domba jika melihat sesuatu kelemahan,
Perbaiki dan terus mengambil risiko untuk mencapai kegemilangan,
Pintu kejayaan sentiasa terbuka bagi yang berkeinginan,
Tidakkan pernah Allah menyusahkan orang beriman,

Gagal hari ini tidak bermakna hidup kita tiada tujuan,
Peluang sentiasa berkeliaran menunggu seorang insan,
Insan yang berani untuk berubah dan mengambil cabaran,
Tiadalah berubah nasib sesuatu kaum tanpa daripada usaha empunya badan,

Percaya dengan segala qada' & qadar yang telah ditetapkan,
Tanya diri mengapa masih bernyawa pada saat manusia lain dikebumikan,
Pasti ada sesuatu yang Allah ingin kita lakukan,
Sesungguhnya perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan..(^^)v

No comments: