NAJWAN | Diari Lelaki: Salah satu impian ku..^^,

Tuesday, October 25, 2011

Salah satu impian ku..^^,


Salam perdebatan kepada pihak kerajaan dan pembangkang. Blog ni kalo ikutkan, xberape nak aktif. Tapi, cuba sedaya upaya untuk mengaktifkannya. Baru sat td kat dewan CAC@UIAM, USIM dinobatkan sebagai juara Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2O11 setelah berhempas pulas menentang UITM sebagai pihak kerajaan. In addition of that..==''..pendebat terbaik USIM memang kaw kaw lah...seronok tengok [ tetap sokong UIAM walaupun dapat nomb 3 jek >_< ]..


Apa orang kata..hm..pengalaman sesuatu yang berharga, selagi mana kita ada usaha untuk mendapatkannya, selagi tu kita menambahkan ilmu pengetahuan kita. Tentang perihal pertandingan tu, dari awal memang 'clear2' nampak macam USIM menang.. Gaya dan intonasi yang dicampuradukkan, keyakinan dan kefasihan yang dilontarkan.. Walaupun rasa 'jealous' tu ada..[ nak jugak dapat duit macam diorang >_< ]..tapi, malam ni memang puas lah..InsyaAllah tidak akan lupa pengalaman ini..

Lupa lak, masa mula Dato Sri Hishamuddin datang tadi, kitorang nyanyi lagu Negaraku [ perlu ke nak bagi tahu =='' ], and then, nyanyi lagu UIA...lets lead the way~~enlighten the future~~bla bla bla~~..kelakar tengok mahasiswa dari IPT lain yang nak nyanyi lagu tu..cam ketam belajar berjalan jer..hihi..:3..Walaupun baru sebulan lebih saya kat UIA ni, macam-macam pengalaman suda saya kecapi..bersyukur sangat2 dapat peluang and hidup di bumi Gombak ini..



Semangat nak belajar tu...kadang2 menurun..and way to increase it back, i need some refreshment from my family..thats why i always call them..kita kene ingat asal usul..segala jasa baik mereka, hanya Allah sahaja yang tahu..tidak dapat akal ini nak ingat semula kesemua jasa serta pengorbanan mereka..sebak rasa dihati ketika mengenangkan wajah mereka yang sayu..yang mana sentiasa tersenyum ketika menyambut kepulangan anak-anak mereka..Saya selalu berdoa kepada Allah supaya saya dapat menggembirakan hati ibu bapa saya selama mana umur mereka masih tidak dihentikan Rabbal 'Alamin..

Tentang debat tadi tu..memang menguji kesabaran ketika mana seorang 'cewek' ni, menghalang penglihatan ku untuk melihat pertandingan itu dengan lebih jelas..ikutkan hati, rasa nak hempoke2 jer dia dengan kerusi..tapi sabar..kan sabar tu sebahagian daripada iman..bercakap tentang iman, Ya Allah, memang kat UIA ni..setiap langkah sama ada nak pergi kelas ke, nak pegi 'library' ke, pergi cafe ke, memang ada je 'something' yang membuat kan mata meliar untuk melihat kiri dan kanan..Ish2...kadang2 ikut jugak nafsu ni..walaupun begitu, saya tetap cuba untuk melatih nafsu ke arah yang lebih baik supaya diri ini tidak menyesal pada zaman yang mendatang..

Ok lah..mula-mula ni..post sikit je dulu..nanti post banyak2 sikit..yela kan, orang tak de pengalaman lagi.. oklah..Jaga Hati, Jaga Iman..Assalamualaikum..^^

No comments: