NAJWAN | Diari Lelaki: Antara Dua

Wednesday, July 24, 2013

Antara Dua

Dingin angin meniup diri tika berada di dua perhentian, mencari sinar agama atau menggari diri bersama dosa. Sangkaan mula bertelagah mencari jawapan yang bakal meninggalkan noda ataupun pahala. Ketahuilah kepuasan dunia itu tempohnya hanya seketika, dan pasti akan dihantui dengan sesalan yang mendera. Inilah hidup seorang manusia yang tidak kenal erti syurga dan neraka, lisan berebut-rebut
untuk menutur kata cinta ulama, tetapi amalan mulia diketepikan ketika ujian melanda. Malang nasib umat yang mencintai prasangka daripada hikmah dan aturan Yang Maha Berkuasa. 
Wahai diri, hidup ini ibarat lukisan dan kau merupakan si pemegang pena. Corak dan warnakanlah hidupmu selagi kamu diberikan peluang untuk bernyawa. Imbau kembali apa tujuan mu diturunkan ke muka dunia. Engkaulah penentu hari sedih dan gembira, murung ataupun gelak ketawa. Engkau juga tuan kepada jasad yang dipinjamkan maka gunalah ia sebaik mungkin kerana DIRIMU hanya SATU yang telah dicipta. Allah telah menjadikan kamu insan yang teramat istimewa. Yang tinggal hanya tindakan dan usaha daripada mu wahai diri yang ku cinta. :)

No comments: