NAJWAN | Diari Lelaki: #hashtag2017

Tuesday, June 20, 2017

#hashtag2017



Assalamualaikum guys! Dah lama tak tulis di blog ni. Sebenarnya dulu saya beli domain najwanshah.com dan sambung tulis di situ. Cuma tu lah, tak bernafsu pula nak buat di website untuk tulis-tulis perkara macam ni. Jadi, saya hentikan langganan tersebut dan unhide semula blog lama ni. Yezza!

Jadi. tadi masa belek-belek blog ni. terhibur pun ada ahaha sebab baca tulisan 2 tahun lepas. Ya Allah, banyak sangat dah berubah sekarang. Alhamdulillah. Jadi sesiapa yang nak kenal saya ni bagaimana, baca lah tulisan saya sejak awal. Haha.

Okay, harini malam Ramadhan yang ke-25. Puasa saya okay sahaja. Moga dapat ganjaran dan hikmah daripada Allah SWT. So, malam ni lepak di Old Town Coffee, Temerloh. Saja lepak nak cari wifi percuma nak muat turun video. Kahkah. Di rumah tiada WIFI, jadi, bermusafirlah kita yop ke bandar sekejap.

Duduk dalam cafe ni, termenung kejap seorang-seorang bertapa pantasnya masa berlalu.

Too many things have change including myself. Sometimes, we are too scared to change. but that is the best path we need to go. Create something that we never imagined before. Dream more. Stop chasing for easiness. Go strong, be bold.

Seronok sebenarnya bercerita tentang hidup ini. Apa tak nya, peratusan mahu jadi manusia pun amat rendah kot. Kalau tak silap, 1/400 milion macamtu lah peratusan untuk jadi manusia ni. Jadi, bersyukur sangat. Tak ada sebab nak stress atau depress bila tahu tujuan hidup ni. Okay, panjang pulek membebel.

Jadi, kita stop sini dulu lah untuk tulisan hari ni. Nak sambung minum kopi putih hazelnut (lol?). Byeee...

No comments: