NAJWAN | Diari Lelaki: 9 Tip Facebook Page Yang Anda Mungkin Terlepas Pandang

Friday, February 5, 2016

9 Tip Facebook Page Yang Anda Mungkin Terlepas Pandang


Artikel kali ini memang KHUSUS untuk anda yang ada Facebook Page dan masih tertanya-tanya bagaimana untuk menguruskan Facebook Page anda dan berinteraksi dengan audiens.

Kenapa anda perlu tahu tip marketing ini?

Antara kelebihan tip ini adalah, ia boleh membantu anda meningkatkan KREDIBILITI profil Facebook Page anda di hadapan audiens dan sekaligus mencipta BRAND anda sendiri.

Sebelum anda baca tip ini, pertama sekali, anda mesti kosongkan dahulu minda anda. Tarik nafas… Hembus… Sebab, kalau anda baca dalam keadaan yang serabut dan tidak terurus, anda akan terlepas isi-isi penting yang artikel ini ingin sampaikan.

Okey, baik. Tipnya seperti di bawah :

Tip Marketing Facebook Page

1. Elakkan tulis di 'status' macam buat karangan SPM. Seeloknya, tulislah macam ada 'conversation' dengan kawan-kawan. Kalau karangan, sudah pasti orang lain akan layu bila baca. Kalau 'conversation', pembaca akan rasa ada 'engagement' dengan anda. Itu yang kita nak.

2. Bercakap atau bercerita tentang perkara yang benar-benar terjadi. Tak kisahlah tentang perkara yang kita dapat daripada pengalaman kita ke, atau cerita benar kawan-kawan kita. Yang penting, jangan menipu di Facebook Page kerana sebenarnya pembaca kita boleh rasa je sama ada cerita kita tu betul-betul terjadi atau palsu. Kalau tak percaya, cubalah buat.

3. 'Be yourself'. Jangan nak cuba-cuba berlakon jadi orang lain. Kalau dah diri tu tangan kanan, tak payah gatal-gatal nak tiru gaya orang tangan kiri. Kalau ada kelemahan dan keburukan, tak perlu nak sorok-sorok. Tunjukkan je pada orang. Pembaca ni suka pada orang yang jujur.

4. Tulis dan bercerita dari hati. Katakanlah kalau kita nak tulis tentang kisah kejayaan diri kita, kita tulis sampai tahap kita menangis bercucuran air mata sendiri. Jangan kita buat-buat cerita dan tambah perisa pula sebab nak jadi penyedap rasa. Tak asli langsung kalau buat macam tu. Cerita setulen-tulen yang mungkin. Pembaca tak kisah pun asalkan cerita tu memberi semangat dan pengajaran kepada mereka.

5. Jangan 'hard sell'. Contoh, kita suka cakap pasal produk kita dan harga produk sahaja. Pelanggan dah letih nak ‘scroll’ Facebook Page dan baca post kita kalau asyik tunjuk produk dan harga je. Pelisss lah. Sekarang bukannya zaman P.Ramlee jual ubat sakit dalam cerita Do Re Mi tu dah.

6. Jangan meletak harapan yang terlalu tinggi daripada Facebook Page ni untuk dapat jualan secara terus. Sebenarnya apa yang kita buat ini adalah untuk tingkatkan jualan tapi secara tidak langsung sahaja. Apa yang penting, Facebook Page ini digunakan sebagai medium untuk kita ada ‘engagement’ dengan pembaca. Kita buat Facebook Page ni macam kita punya pusat social nak borak-borak dan kongsi-kongsi. Bila pembaca dah percaya dan dah biasa dengan kita, tak mustahil mereka akan beli produk kita.

7. Kena faham, bila kita dah buat Facebook Page ini, kita kena lah konsisten. Kita kena selalu ada di page dan berkomunikasi di page. Bila kita dah start, kita tak boleh berhenti okay. Kita kena selalu aktif walaupun letih, contoh baru balik dari kelas ke, atau pergi jalan-jalan ke, ada kerja lain ke. Contohlah kan kita tak sempat sangat nak focus pada Facebook Page hari tu, okay, tidak mengapa. TAPI, pastikan kita ada pengganti atau orang lain tolong ‘menyamar’ jadi kita. Bahayanya kalau kita abaikan Facebook Page kita walaupun sehari, traffic akan jadi kurang tau. So, hati-hati.

8. Tulis post dengan bahasa yang mudah difahami dan yang mengikut bahasa pembaca. Jangan gunakan bahasa bombastik dan bahasa berbunga-bunga. Kalau boleh, kita guna bahasa yang geng-geng orang berumur faham. Tak kisahlah pembaca kita tu ada yang peguam ke, ada yang pensyarah tahap PhD ke, tak kisah. Entah-entah pembaca kita nanti ada yang tak lepas SPM pun. Jadi, bahasa kita kena mudah untuk difahami.

9. Jangan nak cuba-cuba tunjuk pandai di Facebook Page. Ingat, kita ni sentiasa belajar. Tak hebat mana pun. Pembaca ni nak info yang ‘simple and clear’. Mereka bukannya online sebab nak cari post yang kerek dan bajet baguzz. Mereka nak sesuatu yang mereka boleh hadam dan dapat manfaat daripada perkongsian tersebut.

Giliran Anda

Ha, setakat ni jelah perkongsiannya. Harap bermanfaat untuk kita semua. Apa yang penting, kita praktikkan apa yang kita tahu. Jangan baca dan tunggu orang buat untuk kita. Buat dulu, baru tahu apa kesannya.

No comments: