NAJWAN | Diari Lelaki: Nasi Goreng Kampung

Thursday, November 5, 2015

Nasi Goreng Kampung

Mesti korang pelik kan kenapa nama post aku nama pokok. Eh, nasi goreng melayu. Aku buat nama macam ni sebab aku sekarang tengah nak membahan nasi goreng kampung. Itu ja sebabnya.

Orait. Hari ini, aku nak membebel pasal apa. Ha, sat tadi aku baru ubah nama blog aku daripada NAJWAN | Tip Copywriting & Bisnes, kepada NAJWAN | Story of Success. Aku masih belum berjaya. Tapi, insyaAllah aku akan kongsikan cerita-cerita dan cara-cara untuk kita sama-sama berjaya. Tak kisah anda dalam bidang apapun. Cikgu ke, pelajar, bisnes, dan sebagainya.

Sebab apa aku ubah nama? Ni aku tanya sendiri memandangkan tak ada orang pun yang tanya aku. *sobs*. Sejak kebelakangan ni, aku rasa macam dah tawar hati dalam dunia copywriter. Aku boleh je nak tulis-tulis ayat iklan. InsyaAllah boleh. Tapi mungkin lah tak terer macam orang yang besar-besar di luar sana. But at least, aku tahu la cara nak menulis tu. Kalau tak percaya, meh aku angpa servis free. Haha.

Sambung cerita tadi. Aku tukar sebab aku sekarang dalam projek menulis 1 buku inspirasi. Aku tak akan cerita benda yang tak jadi, jadi orang yang istimewa sahaja yang akan tahu benda ni. Bila dah publish nanti, insyaAllah aku akan viral kan dia macam viralnya kes 1MDB dan 2.6 BILLION... Billion...billion...billon..*echoing billion*.

Apapun, tunggu masa ja insyaAllah. Aku dah siap tulis, tinggal nak edit sikit. Nak bagi last touch up bak orang Mat Saleh kata. Sat, apasal orang kita panggil orang yang daripada Europe country ni sebagai "Mat Saleh"?? Aku rasa diorang tak ada darah daging orang melayu atau arab pun. Mat, then saleh. What....daaaa.....heck.....

Kay sambung cerita tadi. Merapu banyak seyh aku sekarang. Tapi tak pa, orang kata kalau kita makin merapu, kita makan kiut dan hansom #oi!

Jadinya, aku sekarang fokus nak kasi angpa semua cerita-cerita yang inspirasi gituuu. Nak ke nak? Ececece tanya ala-ala poyo pulak mamat sorang ni. Apapun, stay tuned. Aku akan cerita sorang-sorang nanti. Mungkin bulan depan kot baru aku mula cerita. Untuk sekarang, mohon bersabar dan menghadap lah korang dengan bebelan sakti aku.

Habis. Setel, selesai. Oh ya, esok aku ada exam. Doakan ye. Even sesapa yang baca entry ni 2 tahun akan datang, ang doa ja. Dapat pahala beb. Sapa tak nak pahala free kan? Luls.

Itu sahaja, selamat malam! Assalamualaikum...:D

No comments: