NAJWAN | Diari Lelaki: Cinta Dan Kejujuran

Thursday, November 26, 2015

Cinta Dan Kejujuran


Intro: Hello geng! Tajuk atas ini untuk SEO je tau. Apa yang aku tulis bawah ini is totally different dengan tajuk. HAHAHA. Saja nak gempakz. Kay, mohon sambung baca~

========

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian. Semoga sihat-sihat sahaja hendaknya. Topik penulisan saya pada hari ini sempoi sahaja. Ala-ala jiwang parang kapak tahun 80-an dulu. Jam 2 petang sekejap lagi ada kelas (sekarang 1.23pm), jadi saya luangkan masa yang berbaki untuk berkongsi tentang SATU perkara yang sangat penting. 

Apa?

KEJUJURAN.

Nampak mudah dan simple kan? Tetapi, ia memberi kesan yang besar. Apa itu kejujuran ini? Ia lebih kepada kita terus terang dengan apa yang kita mahukan, dan perkara apa yang berlaku disebalik sesuatu perbuatan. Contoh, jika kita ingin minta duit daripada mak, tidak perlulah nak bodek sana sini, minta sahaja terus. Dan, jika kita buat salah, maka beritahu kepada siapa yang kita buat salah. Jangan simpan. Be honest.

Saya pun kadang-kadang menyorok juga daripada kebenaran contoh, dulu masa darjah 5, dah pandai tulis surat-surat cinta dengan budak sekelas. HAHA. Apa ke bodohnya aku. Okey, the fact is, surat itu saya simpan lagi kot dalam dompet, dan masih ada sekarang.... O...mai....gaw....

Tapi saya tidak buka dan tidak baca. Nak buang nanti, rasa nak tunjuk pada anak-anak dan isteri tentang kebodohan ayah dia. Jadi, nanti anak tak akan buat. Haha, aci tak taktik ini? pfftt....

Okey, kembali pada topik tadi. Orang yang selalu bercakap jujur, sentiasa terus terang ini mudah disukai ramai. Dan lagi best, entah-entah, kalau dia berterus terang, orang lain akan jadi lebih suka pada dia. Ramai juga kawan-kawan saya yang dipertemukan jodoh atas sebab mereka terus terang sesama sendiri. Aku? Wakakaka.... #brosentap

Biaq pi dulu lah no....

Oh ya, honesty is an expensive gift, and it doesn't come from cheap people. Right?

Alhamdulillah, sekarang ini saya pun dah macam tak kisah apa nak jadi. Elok kita terus terang sahaja. Nak sorok-sorok pun, kita nak bawa ke mana? Kita bukannya buat dosa pun. Lainlah  kalau kita terus terang yang kita buat maksiat (contoh berzina). Itu jangan. Nabi S.A.W minta kita jangan maklumkan dosa kita pada umum. Jangan bagitahu orang lain. Ingat lagi kan kisah Ma'iz Ibn Malik?

Jadi, berpada-padalah. Bagi saya, kejujuran itu elok. Sebab, jika kita tak berkata jujur, kita akan rugi. Disebalik kejujuran itu ada permata dan duka. Jadi, jika kita tidak berani untuk berkata jujur, kita tidak akan dapat merasa permata. Duka itu tidak semestinya cuka. Ia juga boleh menjadi gula.

Percaya pada janji Allah. InsyaAllah hidup akan sentiasa tenang. Hihi. Kay, nak bersiap ke kelas. Adios amigos Bha bhai......

No comments: