NAJWAN | Diari Lelaki: Memori Hati (SMAW)

Wednesday, October 14, 2015

Memori Hati (SMAW)

*haha gambar ni aku pakai ambik je. tak tahan muka masing2*

Assalamualaikum. Lama sudah aku tak menulis kat sini. Sihat semua? Peek-aaaaa-booo???
InsyaAllah semua sihat serta dirahmati Allah S.W.T..

Malam ni, nak tulis sikit je memandangkan blog ni dah lama tak hidupkan. Jadi, seperti mana tajuk di atas, aku nak tulis tentang 'memori hati' gittewww. Nama agak jiwang tetapi punya makna yang @!#$*!.

Ringkaskan cerita, malam ni tadi, aku tengah 'scroll-sroll' Facebook aku, dan aku ternampak video lama yang dikongsikan oleh seorang sahabat aku masa aku sekolah menengah di Sekolah Menengah Agama Al-Wosto (SMAW) dulu. Video ni ringkas je. Ada gambar-gambar budak sekolah 'batch' aku masa tingkatan 5 (2009), dan lagu nasyid ala-ala UNIC sikit. Biasalah dulu, duduk sekolah agama ni dengar nasyid je. Sekarang je aku jadi ape ntah dah tak dengar nasyid. HAHAHA. K.

Jadi, cadangnya tadi aku nak 'remove tag' nama aku daripada video tu. Sebab aku nak 'clean up' Facebook aku daripada bahan-bahan tag yang orang lain sesuka hati tag aku waktu dulu-dulu. Tapi, sebelum aku remove tu, aku tengok jap video ni. Sebab aku rasa aku tak pernah tengok pun dulu. Sebabnya, cuba bayangkan, video tu bertarikh Oktober 2010 kalau aku tak silap. Sekarang ni dah 2015. Kau rasa? haha.

Bila aku tengok video tu, macam biasa 'starting' lagu nasyid. Haha. Dan gambar satu persatu lah muncul. Of course la ada gambar aku kan. Ajet-ajet retissss seyh. Kui. Ok, Masa aku tengok video yang berdurasi 4:16 tadi, aku rasa rindu sangat kat sekolah lama aku (tetiba). Serius. Sebab aku banyak juga berkhidmat kat sana dulu. WAHAHA (penolong ketua pelajar kot). Tapi serius, aku rasa damai hati aku tengok video tu.

Yela, dulu mana ada instagram atau Facebook ni. Dulu guna Friendster je. Tu pun tak ramai yang ada sebab semua buta IT (ops). Waktu tu gajet paling hot 3310 dan Nokia Butterfly. LOL sangat. Takde nye nak selfie2 bagai. Sapa yang ada kamera kodak waktu tu pun dah kira kaya dah. Haha. Nak gitaunya, susah lah nak dapat gambar dulu-dulu.

Bila aku tengok kawan-kawan aku dulu, happy sangat. Sekarang ni entah mana la diorang. Ada lah lagi dalam 3, 4 orang yang aku masih berhubung sehingga sekarang. Tapi, tulah. Rindu sangat saat-saat kelas, bergaduh, ponteng-ponteng. Haha. Sekarang ni, ramai antara diorang dah kahwin. Dan, ada sorang kawan rapat aku ni, baru je kahwin minggu lepas.

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA MOHD AZLAN BIN NORUDIN & PASANGAN (NAHDHAH)!!!

Dia ni la ketua aku dulu. Haha. Tapi, maaf aku tak dapat datang kenduri sebab kekangan masa. Walaubagaimanapun, kira ok lah kan aku ucap dalam blog aku nih? Kau baca dak blog aku ni aih???

Ok, dah 'meniyang rapik' dah aku. Sambung cerita tadi....

Bila dah lama tak jumpa dorang, dalam 6 tahun juga aku rasa (2010-2015), bila tengok video ni, macam-macam aku teringat. Serius, rasa nak balik semula zaman dulu-dulu. Sekarang masing-masing dah lalui perjalanan hidup masing-masing. Aku pasti diorang tak 'expect' pun yang diorang akan jadi macam diri diorang sekarang. Sebab dulu kitorang berebut-rebut nak jadi No. 1 dalam kelas, nak markah paling tinggi dalam kelas, dan sebagainya. 5 tahun kitorang berkongsi matlamat yang sama iaitu untuk dapat banyak A dalam SPM. HAHA.

Tapi, tu semua dulu. Sekarang aku rasa matlamat kitorang, semuanya dah berbeza. Ada yang ke timur tengah, ada yang ke selatan, ke Medan, dan sebagainya. Walauapapun, aku doakan, insyaAllah kitorang akan bermatlamatkan ke syurga sentiasa. Amiin...

Aku tak tahu nak tulis apa dah. Sedih pulak tengok video tadi. Rasa nak emo sekejap SObs... Dahlah gambar lama-lama aku waktu aku kat sekolah dulu dah hilang.... Zzzzzzz... sedeyyy..

Walaubagaimanapun, tak apa lah. Yang penting, memori ni semua ada dalam hati aku. :')

TRIBUTE : Terima kasih kepada semua kawan-kawan aku terutama yang 1 kelas dengan aku, (5 Al-Farabi), Abdullah Fahmi, Mohd Azlan, Aliff Azran, Hanafi, Yusuf Azhar, Muhaimin, Wan Hussein, Abdul Hadi, Alyaa Izati, Anis Shakirin, Khairunnisa, Norida, Fasiha, Fazira, Syakilla, Mariam, Haslinda, Siti Sarah, Naimah, Munirah, Shaierah, dan yang aku tak sebut namanya (sebab lupa..haha). Terima kasih!

"Hail Hydra!" *tetibah* kbai.

No comments: