NAJWAN | Diari Lelaki: 3 Sebab Mengapa Anda Perlu Ber'Networking' Sekarang Juga

Sunday, October 18, 2015

3 Sebab Mengapa Anda Perlu Ber'Networking' Sekarang Juga

Assalamualaikum kaliannnnnn semuaaaaa.....:P

Sihat? Saya doakan anda sentiasa berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Hari ini saya nak kongsi benda mudah-mudah dan semua orang boleh hadam sekali telan sahaja. 

"Mengapa Networking Itu Penting?"

Pertama sekali, anda pernah tengok Power Rangers? Mesti pernah kan. Sailormoon? Dragonball? Ini memang animasi terbaik bagi mereka yang lahir tahun 80-90an. Sebab apa cerita begini sangat memberi impak kepada hidup kita?

Ini kerana, cara penyampaian cerita itu sangat berguna untuk kita gunakan sekarang. Iaitu, setiap manusia yang berlainan bakat, jika digunakan bersama-sama, insyaAllah akan cepat berjaya. Kita lihat sahajalah robot-robot Power Rangers bertarung dengan raksasa jahat. Mereka bergabung bakat untuk menewaskan musuh. 

Sama juga Dragonball. Masing-masing punya kuasa yang berlainan dan bersatu untuk menentang musuh. Jadi apa yang animasi ini mengajar kita sebagai penonton? Ya, ia mengajar kita untuk sentiasa bekerjasama dengan orang yang lain bakat dan skilnya daripada kita.

Jika kita pandai menulis, kita cari kawan yang bijak melukis dan berlakon. Pastikan bakat mereka itu ada gunanya untuk bidang yang kita ceburi. 

Kedua, ia dapat menambah ilmu kita dari hari ke hari. Cuba bayangkan yang jika kita hidup dikelilingi orang yang sama niche dengan kita sahaja, contoh, jika kita pelakon, kita juga kawan dengan pelakon sahaja, kita tidak mahu kawan dengan orang lain. Maka kita tidak akan tahu apa-apa yang berlaku disekeliling kita. Kita akan jadi manusia yang rugi. 

Apalah salahnya jika kita ini pelakon, dan berkawan dengan jurumekap atau jurusolek. Paling kurang, mereka boleh kongsikan tip mekap yang mahal dan berguna. Seronok bukan ada kawan yang datangnya daripada pelbagai latar belakang? 

Ketiga, kita juga boleh menolong orang disekeliling kita. Jika network kita luas, insyaAllah kita boleh memudahkan urusan orang lain di dunia ini. Makin kita mudahkan urusan orang lain, makin Allah akan memudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat. Percayalah.

Apa yang kita beri, insyaAllah akan kita peroleh semula dengan ganjaran yang berganda. Jadi, jangan risau nak tolong orang. Cara nak berjaya yang paling mudah adalah dengan kita membuat orang lain berjaya dahulu sebelum kita. 

Jangan dengki, jangan busuk hati, jangan ada sikap yang Allah benci. Deal?

Baiklah, itu sahaja. Jadi, cuba fikir dan renung-renungkan. Oh ya, sesiapa yang baca artikel ini, jom kita berkenalan. Ini Facebook saya : Najwan Shaharum. Boleh sahaja tanya apa-apa soalan. Saya suka untuk berkongsi. 

Moga bermanfaat. Terima kasih. :D

No comments: