NAJWAN | Diari Lelaki: Anda Mungkin Ingin Bina Website Sendiri Selepas Baca Artikel Ini

Monday, August 31, 2015

Anda Mungkin Ingin Bina Website Sendiri Selepas Baca Artikel Ini


Bagi mereka yang mahir dalam ilmu pemasaran, sikap fleksibel terhadap perubahan teknologi dalam dunia bisnes amat diperlukan. Segala perkara yang baru diwujudkan, dan dinaiktarafkan oleh mana-mana sistem online, perlu diambil perhatian untuk memastikan bisnes pesat berkembang selari dengan teknologi semasa.

Sekarang, terlalu ramai orang yang hanya fokus kepada 1 Facebook Page sahaja dalam bisnes mereka. Jika mereka menjual tudung, mereka hanya ada 1 sahaja sumber maklumat yang boleh dilihat oleh audiens, iaitu Facebook Page.

"Jika anda merupakan prospek mereka, anda dinasihatkan untuk jauhkan diri daripada bisnes sebegini."

Sekarang ini bukan lagi tahun 2005 yang mana kita menggunakan sistem offline untuk membuatkan bisnes kita dipercayai audiens. Jika anda ada Facebook Page sahaja, tanpa ada website rasmi bisnes, anda bakal membuatkan bisnes anda tidak bertahan lama.

Anda boleh lihat sebabnya di bawah :

Bagaimana Anda Meraih Kepercayaan Audiens?

Bagi mereka yang menjalankan bisnes melalui Facebook Page sahaja perlu melihat beberapa perkara mengikut sudut pandang audiens.

Cuba letakkan diri anda dalam diri audiens. Contohnya, anda terjumpa satu Facebook Page brand A ini dan anda memang tidak pernah dengar langsung apa-apa mengenainya. Anda tidak pernah baca artikel mereka, apa produk mereka, dan sebagainya.

Satu-satunya perkara yang anda tahu daripada brand A adalah, mereka kerap mempromosi berita betapa berjayanya produk mereka.

Jadi? Adakah cukup untuk anda percaya kepada brand tersebut dengan hanya berbekalkan maklumat sebegitu?

Buktikannya!

Di mana artikel yang mereka tulis untuk anda baca? Di mana maklumat mengenai produk mereka yang anda perlu tahu? Atau apa-apa sahajalah, ada?

Sudah pasti tiada di page mereka. Yang ada hanyalah skrip jualan <em>hardsell</em> yang dipertontonkan kepada anda. Mereka mengatakan produk mereka bagus dan jualan sentiasa meningkat, tetapi, di mana buktinya?

Baik, anda mungkin terfikir ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai brand A di website mereka. Jadi, anda membuat carian Google, dan menaip nama 'Brand A', dan tekan Search.

Tunggu kejap... Mereka Kan Tiada Website Sendiri?

Adakah anda boleh percaya kepada brand yang langsung tiada website sendiri? Cuba tanya diri anda persoalan ini, mengapa anda perlu melaburkan wang anda untuk mereka, sedangkan mereka sendiri tidak melaburkan apa-apa untuk brand mereka?

Jadi, tidak cukup dengan hanya menggunakan Facebook Page untuk brand anda. Anda perlu mewujudkan platform informasi lain untuk brand anda seperti WEBSITE.

Bagaimana Anda Target Audiens Tanpa Ads?

Masalah utama yang anda akan hadapi jika anda hanya menggunakan Facebook Page sebagai syarikat maya anda adalah; apabila anda nyahaktifkan ads anda, trafik anda akan jatuh menjunam.

Memandangkan anda hanya boleh target audiens melalui ads sahaja, anda jangan terlalu berharap untuk mendapat audiens yang banyak dan berkualiti.

Saya juga tertanya-tanya, bagaimana anda membina senarai emel audiens dengan hanya menggunakan Facebook Page? Dan jika anda dapatkannya pun, apa jenis informasi yang anda berikan kepada audiens melalui emel??

"Tahniah! Terima kasih kerana melanggan berita mengenai produk kami. Sekarang akan sentiasa mendapat update tentang kelebihan produk kami."

Adakah seperti di atas ini? Jika begini, sudah pasti audiens akan mencari butang unsubscribe tanpa berfikir panjang.

Bagaimana Anda Membina Audiens Yang Relevan?

Jika anda menjalankan bisnes anda dengan hanya fokus kepada Facebook Page, siapa sebenarnya target audiens sasaran anda?

Sebagai contoh di dalam syarikat Sifufbads, mereka target jumlah audiens yang pernah melawat website mereka (WCA). Dan yang paling penting, audiens tahu apa yang mereka mahu dapat daripada website tersebut.

Jika anda hanya ada Facebook Page, anda cuma ada pilihan untuk target audiens dengan memfokuskan ads kepadabinterestbsahaja. Apabila cara tersebut masih tidak mencapai target audiens, jadi apa pilihan lain yang anda ada?

Di sinilah antara titik tamatnya bisnes yang anda jalankan. Anda sudah tiada audiens, tiada trafik, dan tiada prospek serta pelanggan. ZERO!

Baik. Mungkin anda ada sejumlah KECIL audiens yang anda boleh retarget, dan beberapa senarai emel audiens yang anda simpan. Tetapi, bagaimana anda ingin jadikan mereka sebagai pelanggan anda?

Tidak dapat tidak, anda perlu melabur untuk brand anda agar ianya mudah diakses oleh audiens.

Invest In Content

Pada pandangan saya, setiap produk dan servis memerlukan website masing-masing, terutama bagi bisnes yang fokusnya untuk menyebarkan maklumat.

Baik, di sini saya akan kongsikan beberapa langkah mudah untuk menggunakan website, bersama dengan Facebook Page, supaya anda boleh tingkatkan trafik website anda untuk jalankan ads produk anda yang seterusnya.

Lakukan langkah-langkahnya seperti yang tertera di bawah:

1) Kumpulkan dan buat beberapa set soalan yang diperoleh daripada prospek atau audiens berkenaan produk/servis anda.

2) Tuliskan satu artikel di blog untuk menjawab segala persoalan tersebut.

3) Kongsikan artikel anda tersebut di channel media sosial yang paling banyak trafik (Facebook Page).

4) Promosikan artikel yang telah dikongsikan di Facebook Page tersebut menggunakan Facebook Ads.

5) Bina Website Custom Audience (WCA) melalui data yang diperoleh daripada hasil Facebook Ads tersebut.

6) Seterusnya target WCA yang diperoleh untuk pastikan bahawa target audiens anda betul-betul berkualiti.

7) Tulis 1 ebook yang berkaitan dengan produk/servis anda.

8) Promosikan ebook tersebut kepada WCA anda.

9) Buat pop-up di website anda (skrin yang mula-mula audiens lihat sebelum mereka baca website anda). Contohnya pop-up yang menawarkan ebook percuma dengan hanya audiens perlu masukkan nama dan emel.

10) Jual produk anda. Mungkin sebelum anda jual, anda mahu hantar newsletter berbentuk info produk/servis kepada audiens yang telah anda peroleh emel mereka (langkah 9).

Walaubagaimanapun, langkah-langkah ini boleh diubahsuai ikut kesesuaian produk anda. Jadi, cuba lakukannya dan lihat hasilnya.

Giliran Anda

Jadi apa pendapat anda mengenai langkah-langkah ini? Berikan pendapat di bahagian komen.

No comments: