NAJWAN | Diari Lelaki: 4 Tabiat Jutawan Online Yang Anda Perlu Tahu

Thursday, August 27, 2015

4 Tabiat Jutawan Online Yang Anda Perlu Tahu



Sebagai manusia, kita pasti mempunyai tabiat dan kebiasaan dalam melakukan sesuatu perkara. Dan jika anda mahu berjaya, sudah pastilah anda perlu melihat kepada profil-profil individu yang sudah berjaya agar anda boleh mengecapi hasil yang sama.

Ramai orang yang ingin berjaya di luar sana suka meniru cara jutawan yang sedia ada dan menambah ilmu daripada mereka. Ianya benar, tetapi, dengan meniru sahaja tidak memadai jika anda ingin menjadi jutawan online yang hebat. Anda seharusnya memiliki dan mempunyai tabiat-tabiat para jutawan ini agar anda akan menjadi lebih baik daripada mereka pada masa akan datang.

Jadi, di sini saya kongsikan kepada anda 4 Tabiat Jutawan Online Yang Anda Perlu Tahu jika anda mahu jadi seperti mereka atau lebih baik lagi.

1. Kerja keras.

Untuk jadi jutawan dalam jangka masa yang pendek itu sangat cliche'. Tidak dapat tidak, kadar usaha yang berpanjangan dan tindakan yang berterusan itu amat-amat diperlukan.

Sebagaimana yang kita semua tahu, purata jumlah pendapatan yang para jutawan ini peroleh dalam tempoh setahun itu pastinya sangat tinggi daripada pendapatan kita yang 'newbie'. Tetapi, apa yang kita tidak tahu adalah, kisah-kisah 'disebalik tabir' yang mereka hadapi untuk jadi seperti diri mereka sekarang ini.

Mereka tidak takut untuk bekerja keras dan keluar daripada zon selesa. Mereka tidak risau untuk melakukan perkara yang belum pernah mereka lakukan sebelum ini. Jika gagal, itulah 'rasa' yang mereka gelarkan sebagai resepi untuk mencapai kejayaan.

Anda tanyalah mana-mana jutawan pun, sebenarnya tiada rahsia pun untuk menjana pendapatan yang tinggi dalam tempoh yang singkat. Yang ada hanyalah kerja keras yang konsisten, disiplin yang tinggi, kecekalan untuk sentiasa bertindak dalam apa-apa keadaan sekalipun, dan terus-menerus berdoa kepada yang Esa.

Tiada 'shortcut' yang ada untuk berjaya.

2. Matlamat dan gol yang jelas.

Tahukah anda mengapa jutawan sanggup bekerja keras? Kerana mereka tahu di mana kerja keras tersebut akan dituai hasilnya. Mereka ada matlamat dan gol yang jelas. Ia boleh diibaratkan seperti pemain bola yang sanggup bersusah payah meredah sayap pertahanan pasukan lawan demi menjaringkan gol!

Untuk menetapkan matlamat yang jelas, anda perlu menetapkannya sejelas-jelas yang mungkin. Ini antara contohnya...

Yang manakah anda rasa lebih bersemangat apabila membaca ayat-ayat dibawah :

"Apabila saya kaya, saya nak beli sebuah kereta yang mewah."? Atau, "Apabila saya kaya, saya nak beli sebuah Lamborghini Aventador LP 750-4 Superveloce, warna merah."?

Yang mana satu pilihan anda yang anda rasa boleh memberi semangat kepada anda untuk bekerja keras?

Selain daripada menjelaskan matlamat anda, anda juga boleh menggantung ataupun menetapkan gambar matlamat anda di tempat yang anda selalu lihat. Contohnya dengan menggantungkannya di bilik tidur, menetapkannya sebagai wallpaper komputer anda, dan sebagainya.

Cara-cara ini boleh membuatkan anda semakin jelas dengan apa yang anda mahukan dan tidak bekerja keras dengan target yang kabur. Jadi, apa yang perlu anda lakukan sekarang, JELASKAN se'detail' yang mungkin matlamat anda - perkara apa yang anda mahu - menjadi hasil dan tuaian daripada kerja keras anda.

3. Berani untuk gagal.

Rasa takut untuk gagal biasanya akan membuatkan anda terlalu berhati-hati. Jika anda terlalu berhati-hati dan takut untuk gagal, anda akan terlepas peluang yang ada mungkin sudah ada dihadapan mata anda - semuanya disebabkan anda terlalu takut untuk melakukan sesuatu.

Mereka yang bergelar jutawan ini suka untuk mengambil cara dan jalan yang berbeza. Bagi mereka, daripada takut untuk gagal, lebih baik mereka mengalu-alukannya untuk mendapatkan pengalaman yang berharga. Mereka tahu bahawa risiko dan kegagalan itu adalah lumrah bagi setiap keputusan yang dibuat. Jadi, bukankan kita boleh belajar daripada setiap kesilapan yang kita lakukan?

Walaubagaimanapun, anda janganlah fikir yang anda akan terus gagal jika melakukan apa-apa keputusan di luar sana. Itu pemikiran yang kurang cerdik namanya. Tetapi, jika anda gagal, terima kegagalan tersebut sebagai satu titik permulaan baru untuk anda berusaha dengan cara yang lebih baik dan berbeza.

Ya, ianya mungkin agak memenatkan dan meletihkan, tetapi, anda boleh menggunakan kegagalan itu sebagai penambahbaikan dalam hidup dan bisnes anda. Apabila anda sudah biasa dengan kegagalan dan 'ketagih' dengannya, anda akan jadi semakin kuat dan tidak kisah dengan apa pun perkara yang berlaku, asalkan pada akhirnya, anda boleh mencapai target matlamat yang anda telah tetapkan.

4. Cari mentor jutawan.

Jika anda mahu belajar menjahit, anda tidak akan dapat kemahiran itu secara penuh dan anda juga tidak akan jadi pakar dalam kemahiran itu, TANPA ada mentor yang mengajar anda.

Mentor yang bagus akan menjimatkan masa yang anda luangkan untuk belajar berseorangan. Contoh, jika anda ingin belajar menjahit sendiri, mungkin anda akan mengambil masa selama 3 tahun dan lebih. Tetapi, bagusnya jika anda mempunyai mentor adalah, anda  mungkin akan menjadi pakar dalam menjahit lebih kurang dalam tempoh setahun sahaja.

Ingat, perkara yang paling penting jika anda ada mentor adalah, mentor tersebut akan memberi anda jalan pintas yang sangat berharga kerana beliau tidak akan membiarkan anda melakukan kesilapan yang sama sepertimana beliau lakukan dahulu.

Giliran Anda

Apapun, yang paling penting adalah, anda kena terus-menerus positif dengan diri anda dan syukuri segala apa yang berlaku dalam diri anda. Setiap apa yang berlaku itu ada sebab dan manfaatnya. Lihatlah setiap kesilapan itu sebagai guru yang mengajar kita agar kita melakukan perkara yang sama.

Baik, itu sahaja, semoga artikel kali ini memberi manfaat kepada pembaca SifufbAds.

No comments: